Adakah rumah anda sudah mesra bayi atau sudah diubah untuk menjadi baby proof? Jangan ambil ringan lagi tentang hal keselamatan ini jika anda mahu anak-anak selamat.
Sekiranya anda mempunyai anak kecil lagi-lagi yang baru pandai berjalan, anda boleh lihat si manja akan cuba segala-galanya di sekeliling mereka. Mereka ingin membuka pintu kabinet, atau menarik perhiasan di meja atau memasukkan jari dalam soket.
Di Barat, ada sesetengah ibubapa memanggil pakar ‘baby proofing’ datang ke rumah mereka untuk menilai tahap keselamatan serta memberi saranan akan teknik-teknik ‘baby proofing’ yang sesuai untuk rumah tersebut.
Walau pun ada yang beranggapan dengan menjadikan rumah anda ‘baby proof’ akan membuatkan anak anda mendapat kurang peluang untuk belajar membezakan yang boleh/selamat dengan yang tidak boleh/bahaya, namun terdapat lebih banyak manfaat yang diperolehi dengan menjadikan rumah anda ‘baby proof’.
Isi Kandungan
Mengapa perlu ‘baby proof’kan rumah anda
1. Untuk melindungi keselamatan anak anda
Anda pasti tidak mahu kepala anak anda terhantuk pada bucu meja kopi anda dan luka ketika dia sedang sibuk menajamkan skil merangkak yang baru diperolehinya. Dan salah satu mimpi ngeri setiap ibubapa adalah, anak jatuh tangga. Jadi, anda perlu ‘baby proof’kan rumah anda bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku.
2. Memberi sedikit ketenangan fikiran kepada ibubapa
Sistem ‘baby proof’ di rumah anda sedia bekerja 24 jam sehari walaupun ketika anda sedang leka menonton tv, tertidur di depan tv, atau asyik menaip mesej di telefon bimbit. Setidak-tidaknya risiko kemalangan dapat dikurangkan dengan adanya sistem ‘baby proof’ di rumah anda.
3. Untuk menjaga harta benda
Terutama bagi anda yang banyak mempunyai barang-barang mudah pecah, adalah penting untuk anda memastikan yang rumah anda adalah ‘baby proof’. Anak kecil paling gemar bermain dengan hiasan yang nampak ‘fragile’ di mata mereka seperti pasu bunga kaca ataupun hiasan kecil yang penuh bermanik.
4. Supaya anda tidak perlu menggunakan kata ‘jangan’ kepada anak anda dengan terlalu kerap
Tahukah anda, terlalu kerap mengatakan ‘jangan’ kepada anak anda boleh menjejaskan hubungan anda dengan si manja anda? Ini kerana dia akan sentiasa merasakan bahawa semua yang dibuatnya adalah salah. Lambat-laun ini akan menjejaskan tahap keyakinan mereka.
Oleh itu, dengan bantuan sistem ‘baby proof’ di rumah anda, mereka secara automatik akan terhalang daripada melakukan apa yang tidak sepatutnya mereka lakukan tanpa perlu menerima arahan negatif ‘jangan’ anda!
Tips untuk “baby proof” rumah demi keselamatan anak
Pada tahun 2011, sebuah kajian telah menganggarkan hampir 5,000 kanak-kanak maut kerana terjatuh dari bangunan atau kediaman tinggi setiap tahun.
Statistik ini pasti akan membuatkan anda susah hati, kan? Jadi jom pastikan rumah anda sudah di-baby proof-ing dengan sempurna untuk keselamatan anak. Mari kita ikut tips childproofing atau babyproofing ini:
1. Pasangan geriji keselamatan di tingkap
Ingat: Tingkap saja tidak mencukupi. Anda harus memasang geriji atau tingkap keselamatan juga, lebih-lebih lagi jika anda membesarkan anak dalam kondominium atau apartmen tinggi.
2. Kunci tingkat dan pintu balkoni
Walaupun anda di rumah, tapi cuba jadikan perbuatan mengunci semua pintu dan sliding door sebagai satu tabiat. Apa yang lebih merisaukan, kanak-kanak bawah umur 2 tahun pun sebenarnya sudah pandai membuka pintu yang tak berkunci!
3. Jangan letak perabot dekat tingkap
Kanak-kanak ada rasa ingin tahu dan mahu mencuba. Sebab itu mereka akan memanjat apa saja. Selain memastikan almari atau perabot lain sudah cukup baby proof, anda juga kena pastikan tiada objek/perabot berhampiran tingkap.
Ibu dan ayah digalakkan untuk memastikan setiap almari atau perabot dilekap baik dengan dinding. Ini kerana pernah terjadi kes kabinet terjatuh atas anak kerana si kecil cuba memanjat kabinet tersebut.
4. Jangan tinggalkan anak seorang diri di rumah
JANGAN benarkan anak-anak anda berada jauh dari pandangan, walaupun sekejap! Kemalangan yang boleh membawa maut mampu berlaku dalam sekelip mata saja.
Jadi, jangan sibuk nak meninggalkan anak seorang diri di rumah kalau anda tidak mahu mereka tercedera atau sebagainya. Anda juga boleh beli baby monitor untuk pantau anak sekiranya anda perlu ke tandas atau ke dapur.
5. Jauhi objek tajam atau objek berat
Objek yang tajam dan berat seperti permainan kanak-kanak yang besar, mampu memecahkan pintu kaca. Jadi, jauhi objek-objek ini. Oleh itu, pasu bunga ataupun perhiasan rumah kaca atau kristal perlu disimpan di tempat lebih tinggi atau tertutup agar anak anak tidak mudah capai.
6. Pastikan pengasuh anda juga tahu peraturan/tips keselamatan ini
Pastikan sesiapa yang membantu anda menjaga anak (mungkin anak saudara atau pengasuh) tahu tentang langkah-langkah keselamatan ini. Anda mungkin tak mampu nak perhati anak 24/7 sehari, tapi anda pasti yakin nak tinggalkan anak pada pengasuh jika anda pasti mereka faham tentang keselamatan anak.
Cara kreatif menjadikan rumah ‘baby proof’
Anda boleh menggunakan cara alternatif bagi menjadikan rumah anda ‘baby proof’. Ianya juga boleh digunakan pada waktu-waktu kecemasan di mana anda tidak sempat untuk berlari ke kedai bagi membeli alat khusus bagi tujuan tersebut.
Antaranya ialah:
- Gunakan ‘pool noodle’ bagi menggantikan kusyen keselamatan pada bahagian bucu perabot. Belahkan sedikit ‘pool noodle’ itu dan pasangkannya ke bucu perabot.
- Getah pengikat (rubber band) boleh digunakan untuk mengunci pintu-pintu kabinet daripada dibuka oleh tangan kecil si manja anda.
- Guna packing tape untuk menutup lubang soket elektrik sementara mendapatkan penutup soket yang khusus.
Baby proofing rumah anda adalah langkah penting untuk memastikan keselamatan bayi anda. Dengan mengikuti tips kami dan mengambil kira potensi bahaya, anda boleh mencipta persekitaran yang selamat dan selesa untuk bayi anda membesar dengan baik.
Ingatlah untuk sentiasa berwaspada dan awasi bayi anda pada setiap masa, dan bersedia sekiranya berlaku daripada kecemasan.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Budak Maut Tertusuk Pisau Lepas Minum Susu, Ini Rawatan Awal Jika Tercedera Objek Tajam
Baca juga: 8 Barang Wajib Yang Perlu Ada Dalam Kit Kecemasan Anak, Pastikan Bawa Jika Bercuti!
Baca juga: Jangan Marah Kalau Anak Terlalu Buas, Itu Maksudnya Sel Otak Sedang Aktif & Berkembang!