Jangan Marah Kalau Anak Terlalu Buas, Itu Maksudnya Sel Otak Sedang Aktif & Berkembang!

Jangan Marah Kalau Anak Terlalu Buas, Itu Maksudnya Sel Otak Sedang Aktif & Berkembang!

Risau di hati ibu bila melihat anak semakin buas berlari dan berkejaran ke sana sini. Berikut adalah beberapa kecederaan yang sering dialami si kecil

Jangan berlari nanti jatuh dan cedera! – Pernah tak anda sebut kata-kata ini pada anak? Ini kerana cedera adalah apabila berlakunya luka di bahagian tubuh anak hingga menyebabkan sebarang risiko.

Memang agak merimaskan kalau anak belari, memanjat dan melompat sepanjang masa cuma bila sampai waktu bermain anda sepatutnya membiarkan saja perlakuan mereka itu.

Mengikut kajian oleh Chaddock et al (2014), yang diterbitkan dalam Journal Frontiers of Human Neuroscience, kanak-kanak yang mempunyai tahap kecerdasan fizikal yang tinggi cenderung memiliki otak yang sihat dan
cerdas.

Sebab itu ibu bapa perlu faham tentang fitrah anak-anak yang suka bergerak, bermain dan lincah serta tidak tahu duduk diam.

Jadi peranan ibu bapa adalah memastikan mereka salurkan tenaga tersebut ke jalan yang lebih bermanfaat dengan menyediakan tempat dan ruang aktiviti yang menarik.

Sekiranya ini tidak anda pegang, ia boleh mendatangkan pelbagai risiko kecederaan seperti berikut:

Cedera adalah bila anak jatuh dan terluka

Inilah antara jenis-jenis kecederaan yang boleh berlaku kepada anak yang berumur 6 bulan sehingga 12 bulan. Ibu ayah kena take note ya!

#1. Bayi mengalami tersedak

cedera adalah

Keadaan tersedak ini berlaku apabila bayi memasukkan sesuatu ke dalam rongga mulut hingga menyebabkan ia tersekat lalu tersedak.

Namun, ada beberapa cara yang boleh menangani bayi tersedak ini.

Langkah-langkah:

1) Keluarkan benda yang membuatkan bayi tersedak contohnya pin tudung atau wang syiling. Caranya adalah dengan telungkupkan tubuh bayi ke arah bawah dengan satu tangan menopang rahangnya. Kemudian, posisikan kepala si kecil lebih rendah dari tubuhnya.

2) Tepuk punggung anak beberapa kali dengan tumit telapak tangan anda. Buat langkah ini pada kedua tulang belikat hingga benda tersebut keluar dengan sendiri. Jika masih tak keluar, segera bawa anak berjumpa doktor
dengan kadar segera.

3) Hentikan memberi anak minum susu badan buat sementara waktu apabila bayi tersedak. Itu disebabkan aliran air susu yang terlalu laju.

Pencegahan:

Sebaiknya ibu ayah simpan segala benda yang bersaiz kecil di kawasan yang tertutup dan jauh dari jangkauan anak. Apabila penyebab bayi tersedak ini adalah disebabkan aliran susu yang laju sebaiknya baringkan tubuh anak secara  mengiring.

#2. Anak terjatuh tiba-tiba

Ini berlaku disebabkan anak yang semakin melasak dan suka berlari ke sana dan ke mari.

1) Ibu harus membantu anak untuk berdiri kembali dengan mengangkatnya atau mengedongnya.
2) Buat pemeriksaan pada tubuh anak jika terdapat sebarang luka dan calar.
3) Usap bahagian yang tercedera supaya dapat hilangkan rasa terkejut pada anak. Lakukan ini sampai anak berhenti menangis dan kembali tenang seperti selalu.

Pencegahan:

Pastikan anda mengosongkan tempat di mana anak suka bermain dan berlari supaya kakinya tidak tersadung pada lantai yang tidak lurus atau ada benda yang boleh dia terlanggar.

#3. Anak terkepit

anak terkepit

Situasi ini dialami apabila anak suka merangkak atau menjelajah ke tempat tersembunyi dan sempit seperti di lorong meja atau belakang kerusi.

1) Bungkus ais dan damah di bahagian yang bengkak dan sakit. Kemudian bawa anak jumpa doktor sekiranya keadaan si kecil semakin parah atau berlaku pendarahan kerana dibimbangi adanya jangkitan.

Pencegahan:

Jika ada tempat yang berisiko untuk anak menyorok atau menjelajah di kawasan itu, adalah baik menutup kawasan tersebut.

#4. Bayi tertusuk dengan benda tajam

Biasanya terjadi kepada bayi yang masih belajar meraih benda-benda baru yang ada disekelilingnya.

1) Keluarkan serpihan sama ada kayu dengan menggunakan pinset yang sudah disterilkan dengan alkohol 70% secara berhati-hati. Kemudian tempel bahagian luka dengan ais batu kecil supaya terasa kebas kemudian guna jarum yang sudah disteril untuk mencungkil serpihan.

2) Bersihkan bahagian yang tertusuk dengan sabun antiseptik dan air bersih dan sapu antiseptik untuk cegah jangkitan.

Pencegahan:

Jauh semua benda tajam dan simpan di tempat yang sukar anak nak capai.

5) Tertumpah air panas

tumpah air panas

Bayi menarik cawan atau ceret panas sehingga tertumpah di bahagian badannya.

1) Dinginkan tempat luka dengan air selama 10 minit. Kemudian damah dengan ais batu.
2) Hindari menyentuh luka dengan tangan kerana dibimbangi terjadinya infeksi.

Pencegahan:

Menjauhkan anak dengan semua benda yang berpotensi menimbulkan luka misalnya menyalakan lilin dan meletakkan di tempat yang selamat. Pastikan anda simpan cerek sedikit ke dalam selepas menggunakannya terutama bila masih ada air panas di dalamnya.

Jangan Marah Kalau Anak Terlalu Buas, Itu Maksudnya Sel Otak Sedang Aktif & Berkembang!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Ayah Bunda

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

11 Tip Pertolongan Cemas Yang Setiap Ibu Bapa Wajib Tahu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner