Apabila tiba di hujung trimester, pasti ibu-ibu sudah semakin teruja kerana bakal berjumpa dengan si kecil tidak lama lagi. Tapi si kecil di dalam itu pula makin selesa, nak pula posisi baby songsang seolah-olah tak bersedia lagi untuk keluar.
Kalau keadaan bayi songsang (breech) adakah pilihannya cuma czer? Tidak ya, sebelum memilih untuk prosedur pembedahan, doktor akan sarankan cara lain untuk anda kekal bersalin normal. Ia adalah proses External Cephalic Version (ECV).
Berikut adalah pengalaman seorang ibu yang bernama Nursuriani yang baru-baru berkongsi ceritanya di Facebook beliau.
Baby songsang, dah pusing tapi baby patah balik
Alhamdulillah..sy nursuriani selamat melahirkan ank ke2 -baby girl 3.13kg..pukul 10.50mlm td 3/7/2021 scra normal di hospital putrajaya.. segala2x nya dipermudahkan..
30/6-appt ecv (external cephalic version) atau bahasa mudahnya kaedah memusingkan baby songsang..msa ni sis dh 37week6day..baby sis still songsang kepala diatas..so sis request doc untk buat ecv proses sbbnya kelahiran yg pertama sis bersalin normal..agak rugi jika yg kedua ni sis czer..jd doc pakar pn setuju untk cuba ecv dhlu..
Sis pn dh buat kajian google sna sni,tnya pndpat pnglmn org..so far feedback positif..msa hr ni doc cuba pusing ikut arah jam tapi tak blh pusing br spruh jln baby patah balik…so doc cuba pusing kan baby ikut lawan jam plk..alhamdulillah..process berjaya..kepala ank dh dibawah & masuk laluan..syukur..ada yg tanya sakit ke x ecv ni? Jujur sis ckp tak sakit langsung..doc akn masukkn ubat dkt drip tgn -ubat untk lembutkan rahim..lps masuk ubat automatik jantung kt akn berdebar mcm br lepas berlari..itu simptom normal ye..lps doc tnya ada rsa berdebar tak? Ada ,doc…br doc akn proceed ecv…process tak smpai pn 30min siap..
lps ecv doc akn pantau ibu dan baby 1-2jam…takut ada cntraction…alhamdulillah sis ok lps tu n balik la rmh dgn hati gembira..syukur…sis dh standby semua kelengkapan sbb slalunya lps ecv, tak lama lps tu cnfrm akn bersalin sbb doc dh usik perut & dh berlaku pergerakan dlm rahim.
12:40tgh hr,3/7/21- 38week3day..air ketuban pecah sndr di rumah..blh lg call kembar sy suriana tnya air ketuban tu mcm mana…sbb dia dl ank sulung pn pecah air ketuban sndr jgk.. lps tu sis mandi, sempat lg mkn nsi dl dkt rmh mcm biasa sblm tuju ke hosp putrajaya.
Sis trus kena admit wad lps tu..sblm ni ank sulung kena induce drip kena paksa bersalin sbb baby sis bsr br 37week scan berat bby dh 3.7kg..sis nk bersalin normal jg sbb tu doc decide kena induce skrg n bersalin trus.. klau sis tggu smpai week 40, alamatnya mmg czer la. so bersalin yg ke2 ni mmg sis layan btl contraction..mmg minta dipermudahkan segalanya la, sis teringin nk rsa sakit cntraction semulajadi..alhamdulillah..pregnnt yg ke2 ni mmg sis dpt rasa pnglmn tu..msa pkul12:40 tu jln br bkk 1cm shja.
Prosedur bersalin ketika pandemik: Wajib ambil swab test
4pm: sis dh dpt msuk wad..lambat dpt wad sbb kena tggu result swab test dl..negative br la blh naik wad walaupn sis ambil FPP…procedure covid test ni semua sama tiada yg special layanan ye..tp tak apa pn kena mnggu sbb sis selesa je tggu di ruangan CAC..siap ada katil lg blh baring..
8pm: sis blh lg msg semua org smbil layan contraction tu.. lps tu doc check jln.. dh 4cm..trus srh tolak msk LR..doc tnya sakit tak..nk ambil epidural tak? Sis ckp msa tu blh tahan lg doc cntraction ni.. nnt sy pkir dl epidural tu..masa ank sulung dl sis tolak epidural.. tp lps msg dgn suriana, trus rsa nk ambil epidural mmndgkn sis dh rsa sakitnya tahan cntraction 2hr+ 8jam di LR msa ank sulung dl..so sis pn dgn confident bgtau doc, ok doc, sy nk epidural.
9-10pm: dlm LR mmg high class la.. private sis sorang je satu bilik tu…msa tu cntraction dh mkin kuat dh..15min dh sakit.. tnya doc lg bila nk epidural ni? Doc pn check jln, dh 6-7cm..ko rsa?? Mmg tak blh la nk epidural sbb jln dh bkk bsr..tambah lg doc kata lembut je servik semua.. skjap je ni puan blh bukak 10cm..nak tak nak sis pn tahan dan layan je cntraction tu..bertarung la sis dlm LR smbil istigfar, zikir semua..tapi mmg btl org ckp kelahiran ank ke 2 dan ke atas akn mudah sbb jalan dh ada..
tepat 10:50pm, berbekalkan kudrat yg ada.. sis teran & keluarkan puteri kami..mmg mudah sgt bersalin yg ke2 ni…doc pn puji sbb pandai teran, tak angkat punggung koyak skit shja..cuma 1cm..syukur alhamdulillah..
Alhamdulillah, syukur sbb Allah s.w.t telah mmberikan kesembuhan buat suami sis (selepas 3x operation).. skrg dh sihat sepenuhnya ditambah pula dgn kehadiran insan bru.. lengkap sepasang ank kami.. yg sulung lahir boy 3.3kg (skrg dh setahun 7bulan) ..yg kedua girl 3.13kg..
Bersalin pakej FPP dapat layanan 1st class
Kenapa hosp putrajaya? Sbb sis ambil package FPP (full paying patient)..hosp putrajaya je yg kosong pakej ni..hosp gomen yg lain fully booked & ada yg cancel pakej ni msa covid ni.. yg mana nk rsa pnglmn layanan class swasta tp dihosp gomen dgn kadar byran yg jauh lebih jimat, blh la ambil pakej FPP ni..
Tempahan:
Buat tempahan seawal 6 bulan di Hospital Putrajaya
Tempahan melalui panggilan telefon pun boleh. Nanti cakap nak tempah FPP. Nanti dia akan tanya ‘due date’ bersalin dan kalau kita setuju, dia akan bagi 1 tarikh untuk appointment pertama
Ini nombor yang boleh dihubungi: 03-8312431 – FPP PUTRAJAYA
Pilihan Doktor:
Boleh pilih doktor, tapi bergantung kepada jadual mereka
Mmg klau blh nk doc prmpuan kn, tapi sis ok je sbb bersalin yg 1st dl mmg doc laki yg smbut ank.
Rezeki kami dpt Doktor Hazim (ketua jabatan O&G); tapi masa hari bersalin smlm Doktor Hazim tak dapat dtg, dan diganti dengan seorang lagi doktor pakar – Doktor Hamidah.. alhamdulillah, rezeki sis dpt jg doc prmpuan.
Pemeriksaan bulanan:
Wajib 2 kali pemeriksaan di Hospital Putrajaya (appointment)
Selebihnya buat check-up di klinik kesihatan
Bayaran:
Harga setiap kali check-up adalah RM60 (pendaftaran) dan RM75 (selepas jumpa doktor). Jumlah RM135
Untuk pembayaran, hanya tunai sahaja diterima. GL tidak diterima
Deposit untuk kemasukan ke wad bersalin adalah RM3000. Baki akan dipulangkan semasa discharge nanti. Sekiranya kos melebihi deposit, maka kena buat tambahan bayaran
Kos bersalin normal (RM1,200 – RM3,000); caesarean (RM3,500 – RM5,000)
Bilik Eksekutif FPP:
Bilik eksekutif adalah RM300/malam (seorang atau berdua) bergantung kepada kekosongan
Suami boleh menemani isteri 24 jam (covid ni maaf ye bgtau mmg suami tak blh teman) tp tak apa rmai nurse yg akn tlg..tekan je suis pggil mereka.
Lg satu, dlm LR spttnya suami blh teman (covid ni mmg mrka tak blh teman)
Ada katil tambahan (untuk bilik seorang sahaja-ini smsa tak ada covid ye..waktu sis bersalin hnya satu katil shja)
TV dan tandas sendiri
Peti ais (untuk bilik seorang sahaja)
Makanan memang lazat (hanya untuk isteri sahaja)
Layanan:
TERBAIK
Nurse yang peramah dan sangat membantu
Hanya doktor pakar/berpengalaman dan jururawat terlatih (tiada doktor pelatih yang bertugas)
Pakej FPP diatas sis cerita secara general apa yg kt akn dpt melalui pakej ini..harap maklum waktu skrg covid, tidaklah fully keistimewaan kt akn dpt terutama mahu suami disisi smsa di LR atau wad..tapi sgt berbaloi sbb lepas bersalin kt nk selesa,tenang ,dpt layanan dr doc & nurse yg baik..etc…itupn dh memadai slps kt bersalin ni.
Pakej bersalin FPP selain Hospital Putrajaya (dikemaskini sehingga 8 May 2019):
Hospital Sultanah Aminah (Johor)
Hospital Sultan Ismail (Johor)
Hospital Pulau Pinang (Penang)
Hospital Ampang (Selangor)
Hospital Sungai Buloh (Selangor)
Hospital Selayang (selangor)
Hospital Serdang (selangor)
Pendapat keseluruhan:
Puas hati
Kos yang berlipat ganda lebih murah daripada hospital swasta, dengan layanan yang sama hebat
Lebih terjamin sekiranya ada kecemasan pada ibu dan bayi
Alhamdulillah semuanya selamat buat Puan Suriani, walaupun bayinya perlu ditahan di wad akibat kuning yang tinggi. Selepas kejadian baby songsang, diduga pula dengan jaundice.
Mcm biasa lah..sis drh O..so ank2x sis cnfrm ada jaundice.. baby girl sis kena admit wad sbb kuning tggi sama mcm abg dia dl total bil hosp selepas discharge sis hnya kena rm1600 shja under FPP pakej ni.
Terima kasih buat semua yg mendoakan kami sekeluarga..doa kalian mmbantu memudahkan perjalanan liku kehidupan kami..sekian..
Sumber: SurianiRidzuan
Baca juga: Bayi Songsang Patah Leher Selepas Dipaksa Bersalin Normal
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!