Bahaya Tinggalkan Anak Seorang Di Garaj, Ini Cara Babyproof Garaj Untuk Jamin Keselamatan

Adakah garaj anda selamat untuk anak-anak kecil anda? Ibu bapa perlu cakna dan memantau pergerakan dan tahap keselamatan garaj di rumah anda. Jadi, bagaimanakah cara untuk menyediakan kawasan garaj yang selamat terhadap si manja?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak kira sama ada di dalam bilik air, bilik tidur mahupun di perkarangan rumah, ibu bapa mempunyai satu tanggungjawab penting iaitu perlu memastikan anak sentiasa selamat. Sekiranya anda antara salah seorang keluarga bertuah yang memiliki rumah landed, pastinya anda akan membina garaj sendiri. Di sini juga tempat untuk menyimpan barang-barang seperti cecair mudah terbakar, peralatan tajam mahupun barangan elektrik. Oleh sebab itu, anda juga harus babyproof garaj walaupun ia di luar rumah!

Kadang-kala kita tidak perasan anak-anak kita pergi ke garaj tanpa pengetahuan. Bagi mereka, mereka hanya ingin meneroka dunia baru. Tetapi bagi kita pula, garaj adalah tempat bahaya kerana banyak barangan berat dan tajam. Jadi, apa yang anda harus lakukan bagi memastikan anak sentiasa selamat walaupun dia bermain di garaj? Ini caranya.

Babyproof Garaj Bagi Kurangkan Risiko Kecederaan

Kredit: Freepik

Kita tahu bahawa kawasan garaj adalah tempat yang merbahaya bagi anak-anak kecil kerana terdapat banyak peralatan yang mampu memberi kecederaan jika tidak diambil berat, termasuklah kereta yang juga diparkir di halaman garaj tersebut. Tanpa kita sedari, kereta yang tidak bergerak juga boleh mengundang bahaya kepada si manja.

Oleh yang demikian, di dalam artikel ini, kami akan kupaskan cara-cara untuk ibu bapa menyediakan persekitaran yang dapat menjadikan garaj sebuah tempat yang selamat di rumah untuk menjaga keselamatan ahli keluarga, terutamanya si manja.

Jadi, bagaimana anda boleh babyproof garaj anda untuk melindungi ahli keluarga?

Cara Babyproof Garaj di Rumah Anda

1# Pasang kunci pada pintu garaj

Kredit: Pexels

Ibu bapa dapat mengawal pergerakan keluar masuk garaj dengan memasang kunci di setiap pintu di dalam rumah yang menghala ke garaj untuk mengelakkan anak-anak mengakses garaj dengan mudah. Ibu bapa juga boleh turut serta memasang penutung tombol pintu sebagai langkah keselamatan ekstra, dan perlu sentiasa memastikan pintu tersebut dikunci setiap masa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2# Memasang pintu “Dutch” atau pagar di pintu

Ibu dan bapa boleh mengambil inisiatif untuk memasang pintu “Dutch” di pintu yang bersambung dengan garaj rumah. Pintu ini boleh dibuka di bahagian atas dan bawah. Apabila bahagian bawah ditutup, anak-anak kecil tidak dapat untuk masuk ke kawasan garaj kerana terhalang oleh pintu tersebut.

Jika ibu bapa mahukan alternatif lain, ibu bapa boleh memasang pagar mini di pintu tersebut, dan pagar yang mempunyai fungsi sama seperti pintu “Dutch” tersebut.

3# Pastikan setiap tempat penyimpanan barang dikunci

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tempat penyimpanan barang mungkin salah satu kawasan yang paling merbahaya kepada anak-anak kecil.

Di situlah tempat tajam, barangan cecair toksik, barangan elektrik dan elektronik disimpan. Dengan berbekalkan sifat ingin tahu anak-anak, gabungan antara dua perkara ini mampu mengundang kecelakaan.

Untuk mengelakkan perkara tidak diingini dari berlaku, pihak dewasa perlu kunci setiap tempat penyimpanan dan pastikan ianya kekal berkunci setiap masa ia ditinggalkan. Selain itu, ibu bapa perlu sentiasa menyimpan setiap barang ditempat yang sepatutnya untuk mengelakkan anak kecil dari mencapai barang-barang tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4# Ibu bapa perlu cakna setiap masa

Kredit: Freepik

Perkara ini mungkin nampak remeh di mata orang lain, tapi perkara kecil sebegini perlu dititik beratkan oleh setiap orang, bukan sahaja oleh ibu bapa. Keselamatan anak kecil adalah sangat penting dan ibu bapa perlu ambil tahu dan sentiasa berjaga-jaga untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini untuk terjadi.

Jadi, adakah anda akan babyproof garaj anda untuk memastikan si kecil selamat dari risiko-risiko di garaj? Kami cadangkan anda lakukan segera sebelum malang tidak berbau.

Semoga berjaya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: WikiHow

Baca juga: Dapur Bukan Tempat Bagi Bayi, Ini Cara Menjadikan Dapur Kalis Bayi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan