Bersenam atau melakukan regangan di pagi hari boleh memberikan tenaga dan kekal cergas. Manakala, baca yasin selepas solat subuh boleh dijadikan sebagai senaman otak untuk meningkatkan fungsi kognitif dan konsentrasi seorang muslim.
Jika membacanya pada waktu malam pun banyak fadilatnya, inikan pula jika baca yasin setiap pagi sebagai permulaan hari.
Tahukah anda apa kelebihan mengamalkannya?
Kelebihan baca yasin setiap pagi
Surah yasin adalah surah yang ke-36 dalam al-Quran. Surah ini terdiri daripada 83 ayat, termasuk surah-surah Makkiyyah yang diturunkan selepas surah Aj-jin.
Sepertimana surah-surah yang lain, surah ini ternyata sangat istimewa kerana digelar ‘jantung al-Quran’.
Didalam tafsir Ibnu Kasir ada menyatakan satu hadis sesiapa yang membaca surah Yasin pada waktu malam, diampunkan dosanya pada waktu pagi.
Begitu juga dengan siapa yang membaca yasin pada siangnya, dia akan mendapat keampunan Allah pada petang hari.
Antara kelebihan mengamalkan surah yasin setiap pagi berdasarkan kitab Mazahirul Haq oleh Nawab Qatbuddin Khan Bahaduradalah:
- Sesiapa yang membaca surah yasin sebagai permulaan hari, segala hajatnya akan ditunaikan satu persatu.
- Sesiapa yang membaca surah yasin, maka dosanya akan diampunkan.
- Sesiapa yang membaca surah yasin, maka akan dihilangkan kelaparannya itu.
- Sesiapanya yang membaca ketika tersesat jalan, maka dia akan menjumpai semula jalannya.
- Sesiapa membacanya ketika kehilangan haiwan kesayangan, maka dia akan menjumpainya semula.
- Apabila seseorang membacanya kerana bimbang makanan tidak cukup, maka makanan itu akan menjadi cukup.
- Sekiranya membaca yasin kepada orang yang sedang nazak, maka kesakitan nazak akan dikurangkan.
- Jika seseorang membaca surah yasin kepada wanita yang sukar melahirkan anak, maka akan dipermudahkan kelahiran bayinya.
Kesimpulannya, jika mengamalkannya setiap pagi segala urusan akan dipermudahkan dan berjalan lancar dengan izin-Nya. Jika anda berhajat sesuatu, cuba amalkan membaca yasin sebanyak 40 kali.
Baca Juga: Surah Yasin: Arab, Rumi & Maksudnya
Jika niat kita baik, insha allah Allah akan bantu.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Hebatnya Penangan Air Yassin Untuk Suami Isteri, Penawar Masalah & Menguatkan Kasih Sayang
Baca juga: Surah Untuk Ibu Mengandung Yang Perlu Diamalkan Selalu, Bayi Lahir Mudah & Tidak Meragam
Baca juga: Bila Bayi Sukar Tidur Malam, Ibu Amalkan Surah Untuk Tidur Ini Agar Lena Hingga Pagi