Sekarang ramai anak-anak yang mula bersekolah. Dan tak dinafikan struggle ibu ayah setiap pagi adalah mengejutkan anak. Tapi ibu ayah perlu tahu, kejut anak bangun dari tidur pun ada adabnya supaya badan segar dan otak mereka cerdas sepanjang hari.
Kadang-kadang bila dah lambat nak ke sekolah, ibu ayah pula mengejar masa untuk ke pejabat, waktu pagi adalah waktu paling huru-hara di rumah.
Masa itulah ibu dan ayah mula nak marah-marah jika anak lambat bangun dan sebagainya. Ada pula anak yang merengek dan meragam tidak mahu ke sekolah sedangkan ibu ayah berperang dengan masa.
Rahsia pastikan badan segar, otak anak cerdas sepanjang hari
Memang tak sah kalau setiap hari ibu tak jadi petir jika musim persekolahan sudah bermula. Anak yang liat sangat nak bangun memang benar-benar menguji kesabaran.
Walaupun malam sebelumnya sudah tidur awal, tapi punyalah liat nak bangun pagi. Memang mencabar kesabaran betul lebih-lebih lagi jika ibu ayah bekerja.
Mahu kejar masa untuk punch in, mahu kejar masa hantar anak ke sekolah supaya tidak terlambat. Pendek kata, huru-hara dan kelam kabutlah jadinya setiap hari.
Jadi bagaimana mahu kejutkan anak dari tidur dengan penuh beradab? Cara ini terpakai untuk semua peringkat umur tidak kiralah jika anak anda itu masih bayi, kanak-kanak, remaja atau dewasa sekali pun.
Jadi mungkin boleh guna cara ini juga untuk kejutkan suami atau isteri bangun dari tidur.
- Beri salam kepada anak yang sedang tidur
- Sentuh hujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan-lahan.
- Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya.
- Kalau masih belum bangun, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.
- Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak.
- Bangunkan sambil memujinya contoh: Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin
- Setelah anak bangun, usap kepalanya sambil berucap dengan lembut agar ia mandi , solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.
- Anak anda akan bangun dengan badan yang segar dan otak yang cerdas kerana dibangunkan dengan penuh kasih sayang.
Tips bangunkan anak awal
#1. Elak makan lewat malam
Seeloknya makan malam lebih awal supaya anak-anak boleh tidur lebih awal. Makan malam yang lewat dan berat sebelum waktu tidur boleh menggangu tidur dan membuatkan anak anda lebih susah untuk bangun di pagi hari.
#2. Hadkan penggunaan gajet waktu malam
Sesetengah pertarungan untuk bangun awal pagi adalah berpunca daripada tidur pada lewat malam. Hadkan penggunaan gajet mahupun televisyen yang boleh membuatkan anak leka sehingga berjaga ke larut malam.
#3. Siapkan kelengkapan esok dengan awal
Siapkan juga kelengkapan untuk esok pagi seperti kerja sekolah, alat tulis, pakaian sekolah, beg sekolah dan sebagainya dengan lebih awal. Bila semua sudah sedia, urusan pada waktu pagi insya Allah akan berjalan dengan lebih lancar.
#4. Elakkan konflik sebelum tidur
Jika ada, selesaikan dengan segera. Pujuk anak dan terus bermaaf-maafan. Berikan pelukan dan ciuman pada si manja sebelum mereka tidur. Pastikan mereka tidur dalam keadaan gembira dan mencium tangan ibuayah terlebih dahulu sebelum mereka lena dibuai mimpi.
#5. Wujudkan suasana tidur yang aman
Pastikan anak-anak tidur dalam suasana aman, jauh dari gangguan dan kebisingan. Jika memasang rakaman bacaan Al- Quran atau white noise semasa anak-anak tidur, kurangkan bunyinya.
#6. Elak ketuk pintu bilik anak dengan kuat
Elakkan mengetuk pintu bilik mereka dengan keterlaluan sehingga menyebabkan anak bangun dalam keadaan terkejut dan ketakutan.
#7. Kejut secara berperingkat
Kejut anak secara berperingkat. Jangan memaksa mereka. Jangan terus disimbah air ke atas mereka.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Tidur Lambat Boleh Ganggu Perkembangan Otak Anak! 8 Tips Buat Anak Tidur Awal
Baca juga: Nak Anak Tidur Lebih Lama? Ajar Mereka Tidur Seorang Diri Bermula Usia Ini – Kajian
Baca juga: Anak “Hiperaktif” Sebenarnya Mungkin Kerana Tak Cukup Tidur!