Ini Yang Terjadi Dalam Otak Manusia, Bila Sedang Ghairah Menikmati Seks Bersama Pasangan

Aktiviti seksual amat penting dalam hubungan suami isteri. Ketika 'beraksi', bahagian otak manusia menerima rangsangan untuk menghasilkan pelbagai hormon.

Setelah mendirikan rumah tangga, aktiviti seks menjadi kewajipan kepada pasangan suami isteri. Berdasarkan beberapa kajian, hubungan kelamin mampu memberikan pelbagai manfaat termasuklah bahagian otak manusia.

Selain mampu memberikan kesan positif terhadap kesihatan fizikal, pernahkah anda berfikir tentang apa yang terjadi pada bahagian otak manusia ketika sedang bercinta?

Kesan seks terhadap bahagian otak manusia

credit to sources

Walaupun otak mampu memberikan pelbagai reaksi berbeza terhadap setiap individu, dengan mengetahui kesan seks terhadap otak mampu membuatkan anda lebih memahami respon emosi dan mental setelah selesai ‘beraksi’.

Dipetik penerangan dari Bustle, terdapat 7 perkara unik yang bakal terjadi kepada bahagian otak manusia ketika sedang melakukan hubungan suami isteri. Antaranya:

#1. Mengaktifkan hormon oksitosin

Ketika anda sedang bersama dengan pasangan, otak akan melepaskan hormon oksitosin yang sering dikenali sebagai hormon cinta.

Ia berperanan penting dalam menentukan tingkah laku manusia dan berada di dalam hipotolamus otak.

Ketika anda sedang berasa ghairah dengan pelbagai aksi seks menyeronokkan bersama suami, hormon ini akan dilepaskan kerana wujudnya rasa hangat, selesa dan gembira.

Hormon oksitosin ini juga memiliki sifat dalam menghilangkan rasa sakit dan sekaligus membantu mengatasi gejala penyakit yang anda alami seperti sakit kepala atau tekanan.

#2. Merangsang bahagian Cerebellum

Otak kecil atau cerebellum merupakan bahagian sistem saraf pusat yang terletak di atas batang otak. Ia berfungsi dalam mengawal gerakan, keseimbangan dan kemampuan ingatan.

Ketika anda melakukan hubungan seks bersama pasangan, bahagian otak ini ini akan meningkatkan ketegangan otot. Seterusnya, ia akan menciptakan jalur untuk mempercepatkan proses klimaks yang membuatkan nafsu anda berasa puas.

#3. Penghasilan hormon Dopamin

credit to sources

Hormon ini adalah zat kimia dalam otak yang menyebabkan anda berasa ketagih. Dalam hubungan seks, hormon dopamin akan menjadi aktif ketika anda dan pasangan mencapai klimaks.

Kesannya anda akan berasa lebih bahagia, bermotivasi dan berkeyakinan tinggi dalam menempuhi perjalanan kehidupan seharian.

#4. Mempengaruhi tahap memori

Ingatan terhadap sesuatu perkara sangat berbeza mengikut kemampuan otak seseorang. Segelintir pasangan menganggap seks adalah hubungan yang berkesan dalam merapatkan hubungan suami isteri.

Hal ini kerana bahagian otak besar (hippocampus) bekerja secara lebih ketika di ranjang dan sekaligus mempengaruhi memori ingatan anda.

#5. Membantu anda membuat keputusan

Tahap klimaks yang dirasai ketika melakukan persetubuhan akan menutup sebagian cortex orbitofrontal pada otak, iaitu bahagian berperanan dalam memilih sebarang keputusan.

Ini adalah kerana tubuh badan anda akan mengalami perubahan seperti hilang tenaga dan keletihan sesudah sahaja selesai ‘beraksi’. Waktu yang paling efektif untuk melakukan seks ialah pada waktu pagi.

#6. Mengaktifkan jalur neural

foto: shutterstock

Pernahkah anda berasa separa sedar ketika sedang ghairah menikmati hubungan seks bersama pasangan?

Hal ini kerana jalur neural pada otak diaktifkan. Ia akan menyebabkan anda mengalami kesulitan dalam membuat penilaian logik dan analitis terhadap pasangan. 

Justeru jangan hairan mengapa selepas berdepan konflik atau salah faham terhadap suami, mood anda kembali baik seperti biasa!

#7. Mengelakkan berlakunya kecurangan

Kebanyakan pasangan yang curang akan menganggap hubungan seks bukanlah sesuatu yang pentingan dalam rumah tangga.

Akibatnya, hubungan suami isteri menjadi dingin dan berjalan seperti biasa-biasa sahaja. 

Sekiranya anda menyedari bahawa tabiat sering bersetubuh mampu mengaktifkan hormon Vasopressin pada otak. Ia menimbulkan perasaan terikat secara emosi dan sekaligus membuatkan pasangan selalu dilamun cinta.

Kesannya jika anda hebat melayan keinginan nafsu seks suami, mereka akan hanya ‘menggilai’ anda seorang pada setiap hari.

Kesimpulannya, hubungan suami isteri yang bahagia mungkin berkait rapat dengan kemampuan anda dalam memenuhi keinginan zahir dan batin pasangan.

Namun, ia tidak hanya melibatkan satu pihak sahaja kerana untuk mencapai kepuasan di ranjang memerlukan ‘usaha’ suami dan isteri.

Sumber: Pop Bela

Kredit foto: Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga:

https://my.theasianparent.comnikmat-seks