Bahana Taksub Sangat Dengan Gajet - Cucu Pun Boleh Maki Dan Ugut Datuk!

Telefon pintar boleh buat orang hilang akal. Contohnya cucu ini. Akibat terlalu marah, dia sanggup mengamuk dan mengacu pisau pada datuknya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Taksub dengan gajet dan telefon bimbit

Pernah atau tidak anda terfikir, sejauh manakah sebenarnya pengaruh atau ketagihan gajet sebenarnya boleh memberi kesan pada anak anda?

Pihak theAsianParent pernah mengongsikan sebuah artikel yang menunjukan ketagihan gajet tiada had umur. Bayi pun boleh ketagih untuk main dengan teknologi canggih ini!

Sudahlah pakar menyamakan telefon bimbit sebagai kokain pada anak-anak!

Dan kali ini pihak theAsianParent ingin mengongsikan bahana taksub dengan gajet ini melalui sudut berbeza. Ia berdasarkan satu video yang tular di Facebook tempoh hari.

Kerana taksub dengan gajet, cucu maki datuk

Anda boleh lihat video itu seperti di bawah:

Menurut pemilik Facebook yang mengongsikan video ini, kanak-kanak tersebut mengamuk kerana datuknya enggan membayar permainan video di telefon pintarnya.

Akibat terlalu marah, kanak-kanak ini telah mengamuk sambil memegang pisau pemotong daging dan mengacu-acukannya pada si datuk.

Ya, PISAU hanya kerana datuknya enggan membayar yuran permainan video di telefon pintar terbabit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Foto ehsan facebook Ina Bakeri

Melihat pada video ini, tidakkah anda rasa kesan penggunaan gajet terlalu bahaya?

Dan apa yang lebih menakutkan ialah: kesan ini boleh berlaku pada anak sesiapa pun.

Kawal penggunaan di rumah – jangan taksub dengan gajet!

Tidak kira siapa ibu bapa mereka, jika penggunaan gajet tidak terkawal, tidak mustahil perkara seumpama ini boleh terjadi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanak-kanak di dalam video ini hilang pertimbangan hanya kerana datuknya enggan membayar yuran permainan videonya.

Sedangkan telefon pintar tersebut diberikan oleh ibu bapa bagi memudahkan mereka menghubungi kanak-kanak terbabit!

Jelas menunjukkan walaupun niat memberikan mereka telefon pintar adalah baik, tapi tanpa pengawasan yang ketat, gajet boleh memberi kesan yang sangat teruk.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Acap kali kami di theAsianParent mengongsikan pelbagai tip, cadangan dan artikel bagaimana ibu bapa boleh mengawal penggunaan gajet oleh anak-anak.

Dan kami tidak akan jemu mengongsikan hal ini kerana masalah ketagihan gajet bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan.

Kerana seperti kata pakar: Beri Telefon Pintar Pada Anak Sama Seperti Beri Dadah Kokain!

Kesan buruk penggunaan gajet adalah lebih banyak berbanding kebaikannya. Terdapat banyak kajian yang telah membuktikan hal ini. 

Terdapat banyak kajian yang telah membuktikan hal ini. Dan adalah wajar untuk ibu bapa berkira-kira untuk mengehadkan penggunaan telefon pintar pada anak-anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Secara ringkasnya, penggunaan gajet, bukan sahaja memberi kesan buruk terhadap kesihatan fizikal tetapi juga pada perkembangan emosi kanak-kanak.

Lihat sahaja video yang telah dikongsikan di atas.

Bagaimana seorang kanak-kanak yang sepatutnya menghormati orang lebih dewasa, berupaya bertindak mengambil pisau untuk memarahi datuknya.

Anda mungkin mahu membaca tentang cara untuk mendidik anak-anak yang telah ketagih gadget dan “Mama, nak handphone!” – Memantau penggunaan alat elektronik anak-anak dengan bijak yang mungkin dapat membantu anda.

Atau juga anda ingin mengongsikan tip bagaimana anda mengawal penggunaan gajet anak anda.

Sumber: Ina Bakeri

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.combill-gates-umur-terbaik-beri-telefon-anak/

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma