Benarkah Bedak Bayi Tak Selamat Digunakan Dan Punca Kanser?

Benarkah bedak bayi ini boleh menyebabkan kanser? Bagaimana ia boleh terjadi? Kupasan lengkap dalam artikel ini

Dalam kita tak sedar, rupa-rupanya ada bahaya bedak bayi jika ia ditabur pada tubuh si kecil. Hal ini kerana, kebanyakan bedak bayi mengandungi serbuk talkum yang terdiri daripada talkum mineral. 

Secara amnya, talkum mengandungi asbestos yang boleh menyebabkan kanser. Benarkah dakwaan ini?

Bahaya bedak bayi – Adakah semua bedak bayi mengandungi talkum? 

Secara umumnya, bedak bayi diperbuat daripada beberapa bahan berikut:

  • Talkum
  • Cornstarch atau tepung jagung 
  • Arrowroot atau bahan berasaskan ubi 

Ramai ibu yang suka meletakkan bedak di celah kelangkang bayi supaya kawasan lipatan itu cepat kering. 

Malah, ramai juga kaum wanita menggunakan bedak bayi pada alat kelamin bagi hilangkan bau. 

Ada juga lelaki dan wanita yang menggunakan bedak di bahagian badan yang lain bagi merawat ruam atau mengurangkan geseran pada pakaian. 

Bahaya bedak bayi – Apa hubungan antara bedak bayi dengan kanser? 

Sebelum itu pada Julai 2018, satu produk bedak bayi popular telah diarahkan mahkamah untuk membayar pampasan kepada 22 orang wanita yang mendakwa menggunakan bedak tersebut hingga menghidap kanser ovari.

Sehingga kini, hampir 6000 tindakan undang-undang telah difailkan terhadap syarikat pembuatan bedak tersebut. 

Menurut para wanita yang menderita kanser ovari terbabit, mereka telah menggunakan bedak tersebut hampir bertahun-tahun di bahagian alat kelamin. 

Akan tetapi, syarikat tersebut dengan tegas mengatakan produk mereka bebas asbestos. Namun, pada April 2018, pengeluar bedak bayi tersebut didapati bersalah dalam perbicaraan menjual bedak bayi yang tercemar. 

Plaintif bernama Stephen Lanzo berkata, beliau menghidap mesothelioma yang merupakan kanser yang dikaitkan dengan asbestos. 

Dia menambah, kanser tersebut diperoleh kesan daripada penggunaan bedak bayi tersebut secara berterusan sejak dia dilahirkan lagi. 

Walau bagaimanapun, pengeluar produk tersebut tetap teguh dengan pendirian mereka mengatakan produk keluaranya bebas asbestos. 

Kajian dilakukan untuk mengesan bahaya bedak bayi

Kredit: Family Guide Indonesia

Kajian telah dijalankan dan memberi fokus kepada kanser ovari dan paru-paru. Pakar menemui, punca kanser tersebut adalah apabila pesakit terdedah kepada talkum

Namun begitu, Persatuan Kanser Amerika mengesahkan tiada dokumentasi antara produk kosmetik talkum yang dikaitkan dengan kanser paru-paru. 

Manakala, hubungan kanser ovari dan produk berasaskan talkum adalah lebih kompleks.

Menurut pakar kesihatan, apabila produk yang mengandungi talkum digunakan pada kawasan alat kelamin, akan ada talkum masuk ke dalam tubuh. 

Mereka mendapati, akan ada zarah talkum dalam tumor ovari.

Dalam analisis-meta 2018, semua kajian yang melibatkan hubungan antara kanser ovari dan produk talkum adalah disahkan benar

Adakah bedak bayi selamat digunakan? 

Kredit: Kawai Beauty Japan

Seperti yang dijelaskan, sains belum mengesahkan bedak bayi penyebab kanser. Akan tetapi, adalah lebih bagus jika kita mula mengurangkan penggunaannya dan hati-hati. 

Jika bayi anda menghidu bedak bayi secara tidak sengaja, ia boleh menyebabkan masalah pernafasan. Sebenarnya, tiada sebab untuk anda guna bedak pada bayi

Namun, jika anda tidak boleh berhenti menggunakan bedak bayi pada si kecil, ikut garis panduan ini: 

  • Jangan sapu bedak bayi terus pada tubuh si kecil tapi taburkan atas kain bersih terlebih dahulu. Kemudian, tepuk kain pada tubuh bayi. 
  • Elakkan dari terkena mata bayi. 
  • Jangan taburkan bedak di kawasan alat kelamin bayi. 
  • Jauhkan penggunaan bedak di kawasan muka anak. 
  • Pilih bedak yang dibuat daripada kanji jagung dan ubi. 
  • Pertimbangkan untuk ganti bedak bayi dengan menggunakan krim jika alasan anda menggunakan bedak untuk elak ruam lampin.

Diharap artikel ini memberi maklumat jelas untuk anda. 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Nalika Unantenne. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga:

4 Sebab Bedak Baby Berisiko Pada Kesihatan Anak, Salah Satunya Boleh Menyebabkan Pneumonia