Ibu Ayah Tolong STOP Sabotaj Otak Anak, Gula Putih Menganggu Pembelajaran Mereka!

Kebanyakannya sudah mengetahui akan bahaya gula putih terhadap kesihatan. Namun sedarkah anda bahawa ia turut berupaya menganggu proses pembelajaran anak?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam menjaga kesihatan diri sendiri dan anak-anak, ibu ayah perlu mengetahui akan bahaya gula putih sekiranya diambil secara berlebihan. Menyingkap sejarah penghasilannya, bahan utama ialah tebu kuning dan tebu hitam.

Lebih kurang 107 buah negara telah menghasilkan ladang tebu untuk memproses sebanyak 1,324 juta tan gula. Manakala, batang tebu yang tebal memiliki kandungan sukrosa.

Bahaya gula putih terhadap anak kecil

credit to sources

Dr. Zubaidi Hj Ahmad mengatakan bahawa kesan buruk pengambilan gula putih adalah dapat menganggu proses pembelajaran anak-anak.

Kesian pun ada. Sedih pun ada apabila terdengar bualan seorang ibu dan anaknya. Saya bukan nak pasang telinga. Tapi bila si ibu menjerit, terpandang mereka secara automatik.

”Bila makan semua nakkan yang sedap-sedap. Bila belajar bodoh, sifir mudah pun tidak boleh ingat. Kau ni dahlah sudah Tahun 3,” ujar si ibu dengan suara yang bagaikan guruh di langit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak cukup dengan itu, jari telunjuk si ibu sudah melekat pada dahi anaknya itu. Sekali tengok macam ada spring, ditolak kepala dan bounce back, kemudian ditolak lagi dan lagi.

Mata saya tertarik pada makanan yang ada di tangan kanak-kanak berkenaan. Sebelah kirinya memegang gelas bubble tea dan sebelah lagi donut sprinkle dengan macam-macam benda.

Kesian tu memanglah kesian, tetapi saya hanya mampu tengok sahaja. Cuma sedikit terkesan dengan kata-kata yang dikeluarkan dari mulut seorang ibu terhadap anaknya.

Apabila dia sebut bodoh, bukannya si anak memilih untuk menjadi bodoh. Namun otaknya sudah diracuni dengan kata-kata negatif dan doa dari seorang ibu. Sebenarnya ramai ibu ayah tidak sedar bahawa mereka sedang sabotaj diri anak-anak.

Dalam tak sedar sabotaj otak anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Terutamanya dalam bab memberi atau menyediakan makanan mengandungi gula putih. Inilah yang dipanggil sebagai ”sabotaj otak”. Hal ini kerana kajian dari University of California Los Angeles atau UCLA Mei 2017 mengesahkan bahaya gula putih boleh menganggu proses belajar seseorang dan mengurangkan daya ingatan.

Dalam erti kata lain, pemberian gula putih adalah toksik kepada fungsi otak. Tiga tempat dalam otak akan diserang iaitu Hippocampus (tempat memori dirobek), Prefrontal Cortex (pusat berfikir diganyang) dan Temporal lobe (pusat belajar dihirs-hiris).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahasa kasarnya begini, ambil gula putih hanya meningkatkan tahap kebodohan, gandakan tahap bangan dan bagi bengong datang bersarang. Apabila daftar masuk tuisyen, langsung tidak membantu.

Mentoring pun sama gagal, coaching tidak akan membawa kemana-mana. Hantarlah ke program motivasi dengan kerap sekalipun, anak itu akan kekal sama. Prestasi si anak mendatar. Sebab?

Dia berdepan kesukaran untuk mengingat. Susah untuk menghafal dan lambat berfikir tidak selaju orang lain. Jadi, ibu ayah perlulah berhati-hati sikit dengan pemberian makanan manis.

Semak dahulu kandungan bahan, ada gula putih atau tidak. Kalau ditulis sugar, biasanya gula putihlah tu!

Jom bantu anak-anak, elakkan dari menjadi tukang sabotaj otak anak sendiri. Biarkan mereka membesar dengan sihat melalui nutrisi makanan seimbang kerana mereka juga berpeluang menjadi insan yang hebat.

Kesan lain pengambilan gula secara berlebihan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Anak sukar dikawal

Paras gula yang tinggi atau hypergycaemia akan menyebabkan pembakaran glukos berlebihan di dalam otot-otot. Ia turut menghasilkan gerak-geri otot yang menyebabkan anak-anak bergerak tanpa kawalan.

Dengan tenaga yang berlebihan ini, si manja akan mula berlari-lari, melompat dengan buas dan menjerit-jerit tanpa terkawal.

#2. Karies gigi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Karies gigi terjadi apabila bakteria di dalam mulut menggunakan gula bagi menghasilkan glukan. Ia membantu bakteria melekat pada gigi serta menghasilkan asid yang menyingkirkan enamel pelindung gigi.

#3. Obesiti dan diabetes

Kebanyakan makanan proses mengandungi paras gula yang tinggi. Keadaan ini menyebabkan berlaku peningkatan berat badan kerana kalori akan ditukar kepada lemak dan disimpan di dalam badan.

Bukan itu sahaja, gula halus mudah diurai akan menjadi glukos dan diserap ke dalam aliran darah. Jumlah gula berlebihan menyebabkan penghasilan insulin lebih tinggi untuk menyingkirkan gula.

Kesannya, ia memaksa tubuh menghasilkan satu lagi hormon untuk bertindak menaikkan semula paras gula. Lama-kelamaan, turun naik ini membawa kerosakan terhadap penghasilan insulin dan sekaligus menyebabkan penyakit kencing manis.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad, Her Inspirasi

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Ummu Hani Aziz & Google

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkandungan-gula