X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

BAHAYA Selalu Minum Bubble Tea, Tubuh Remaja Ini Dipenuhi Pearl Yang Tak Dihadam Baik!

3 min bacaan
BAHAYA Selalu Minum Bubble Tea, Tubuh Remaja Ini Dipenuhi Pearl Yang Tak Dihadam Baik!

Pastikan anda mengunyah boba dengan baik sebelum menelannya ya!

Jika anda seorang penggemar bubble tea atau boba, mungkin kes ini akan membuatkan anda lebih berjaga-jaga dalam kekerapan anda membeli bubble tea ini! Tahukah anda bahaya kandungan pearl bubble tea?

Baru-baru ini di China telah viral imej x-ray dalaman seorang remaja perempuan di mana kelihatan pengumpulan ‘pearl’ atau ‘boba’ yang terkumpul dalam badan seorang remaja berusia 14 tahun itu.

Imej tersebut semestinya mengejutkan ramai pihak terutamanya apabila mengetahui minuman yang digemari ramai ini tidak dapat dicernakan dengan baik sehingga berlaku penyempitan dalam tubuh manusia!

Pearl Bubble Tea Terkumpul Sebenarnya Najis Yang Tidak Dikeluarkan

Apabila disiasat, rupa-rupanya gambaran tersebut merupakan najis yang terkumpul akibat ‘boba’ yang tidak dicernakan dengan baik! Akibatnya, remaja tersebut terpaksa diberikan julap untuk melancarkan pembuangan bagi ‘mengosongkan’ ruang yang sempit akibat najis terkumpul itu!

bahaya minum bubble tea, bahayakah bubble tea, bubble tea malaysia, boba, tealive, chatime, the alley, tapioca pearls, bahaya bubble tea, cara buat bubble tea, bubble tea near me, boba malaysia,

Pengarah Hospital Bandar Zhuji, He Yuling, berkata, ‘pearls’ yang dibuat dari kanji ubi kayu itu tidak mudah dicerna. Lebih-lebih lagi apabila ditambah dengan bahan yang membuatkan ‘pearls’ tersebut lebih kenyal agar mudah dikunyah, namun ia membahayakan sistem pencernaan sekiranya diambil dalam kuantiti yang banyak. 

Bahaya Minum Bubble Tea: Adakah Kandungan Pearl Bubble Tea Berbahaya?

Berikut perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad di akaun Facebook beliau:

BAHAYAKAH ‘BUBBLE TEA’

Diberitakan seorang remaja berusia 14 tahun dari Zhejiang, China telah diviralkan, berikutan xray beliau yang menunjukkan beratus ‘bubble tea pearls’ yang tidak dihadamkan berkumpul dalam saluran usus.

Dengan lebih jelas, xray menunjukkan bagaimana pearls ini yang dibuat dari kanji ubi (tapioca starch) bersifat seperti gam yg melekat.

Jika digabungkan makanan lain yang belum sempurna dihadam, ia menyebabkan najis menjadi lebih melekit dan akhirnya menyebabkan usus tersumbat.

bahaya minum bubble tea, bahayakah bubble tea, bubble tea malaysia, boba, tealive, chatime, the alley, tapioca pearls, bahaya bubble tea, cara buat bubble tea, bubble tea near me, boba malaysia,

Akhbar online China “The Paper” melaporkan ibubapa remaja ini membawa beliau ke hospital berdekatan (Zhuji People’s Hospital) di Zhejiang pada 28 May 2019, setelah remaja itu mengadu sakit perut yang keterlaluan, tiada selera untuk makan dan sembelit yang lama.

Selepas melakukan pemeriksaan xray, doktor yg merawat Dr Zhang Louzhen melakukan pemeriksaan CT scan abdomen pula sebagai pengesahan dan mendapati bahawa bayangan ketulan telah memenuhi keseluruhan ruang antara perut hingga usus besar terakhir iaitu anus.

Bila disoal, remaja itu memberitahu beliau ada meminum segelas “bubble tea” lima hari sebelumnya.

Lalu doktor di hospital itu membuat kesimpulan bahawa masalah yang dialami oleh remaja ini berpunca dari butiran ‘tapioca pearls’ dalam minuman bubble tea yang tidak terhadam.

bahaya minum bubble tea, bahayakah bubble tea, bubble tea malaysia, boba, tealive, chatime, the alley, tapioca pearls, bahaya bubble tea, cara buat bubble tea, bubble tea near me, boba malaysia,

Apa yang berlaku adalah berkemungkinan remaja itu meminum terlalu banyak ‘bubble tea’, dalam masa terdekat.

Semestinya meminum ‘bubble tea’ tidak berbahaya, tetapi meminumnya dalam kadar yang banyak dalam jangka masa yang pendek, mungkin menyebabkan ‘tapioca pearls’ tidak terhadam dengan sempurna.

Apa yang penting adalah mengamalkan apa saja makanan dan minuman secara sederhana.

Jangan minum terlalu banyak, InsyaAllah kita tidak mengalami masalah.

Suarakan pendapat anda!

Apa minuman kesukaan Bunda?

Teh
Susu
Kopi
Lainnya (sebutkan di komentar)

40682 Orang telah memberi jawapan

Undi

Bolehkah saya minum bubble tea semasa mengandung?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Facebook Dr Zubaidi

Baca juga: 

https://my.theasianparent.combahaya-minum-air-dalam-botol-plastik

Stories Rakan Kongsi
Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa
Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Penjagaan Oral Yang Baik Dapat Mengurangkan Mabuk Hamil, Ini Cara Penjagaan
Penjagaan Oral Yang Baik Dapat Mengurangkan Mabuk Hamil, Ini Cara Penjagaan
Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga. Ambillah Susu - Sumber Protein Berkualiti Tinggi!
Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga. Ambillah Susu - Sumber Protein Berkualiti Tinggi!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • BAHAYA Selalu Minum Bubble Tea, Tubuh Remaja Ini Dipenuhi Pearl Yang Tak Dihadam Baik!
Kongsikan:
  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham