X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

7 Tanda Perkembangan Anak Lebih Lambat Dari Biasa, Parents Perlu Alert!

5 min bacaan
7 Tanda Perkembangan Anak Lebih Lambat Dari Biasa, Parents Perlu Alert!

Ibu bapa jangan bimbang. Dengan tips kami ini, anda pasti akan dapat menolong anak mengharunginya.

TAdakah ibu bapa akan rasa bimbang jika orang lain turut mengesahkan perkembangan anak yang lambat dari kanak-kanak sebaya? Mungkin pada mulanya ibu bapa tidak mahu menerima kemungkinan ini.

Tapi apabila anak selalu mengalami masalah untuk belajar kemahiran atau perkara baru, ibu bapa mungkin akan mula peka dengan keadaan anak.

Walaupun kanak-kanak berkembang pada kadar yang berlainan, ibu bapa masih boleh semak untuk melihat tanda-tanda perkembangn anak yang lambat.

7 tanda perkembangan anak yang lambat dan apa ibu bapa boleh buat

1. Tanda perkembangan anak yang lambat - Jangka perhatian yang pendek

tanda anak lambat berkembang, perkembangan anak yang lambat, tanda tanda perkembangan anak yang lambat, petua anak lambat bercakap, perkembangan kanak-kanak yang lambat, perkembangan yang lambat

  • lemah dari segi akademik
  • tidak dapat beri tumpuan semasa belajar atau mengikut arahan baru
  • senang terganggu
  • ibu bapa dan guru sukar mengajar anak 

Cara ibu bapa boleh membantu: 

Walaupun ibu bapa akan perlu membantu anak dengan mata pelajaran mereka dengan lebih kerap, jangan lupa untuk memberi mereka peluang untuk bermain juga. 

Asingkan subjek yang perlu diulangkaji kepada seksyen kecil yang lebih pendek supaya anak lebih bersemangat untuk belajar. 

2. Tanda perkembangan anak yang lambat -  Ingatan yang lemah

tanda anak lambat berkembang, perkembangan anak yang lambat, tanda tanda perkembangan anak yang lambat, petua anak lambat bercakap, perkembangan kanak-kanak yang lambat, perkembangan yang lambat

  • tidak dapat fokus
  • tidak dapat ingat atau mengekalkan maklumat yang diajar.
  • selalu rasa ditenggelami terlalu banyak maklumat setiap hari, di rumah dan di sekolah. 

Cara ibu bapa boleh membantu: 

Ibu bapa perlu rajin mengulang kaji bersama anak dengan konsisten. Walaupun anak tak dapat fokus dan menghadapi masalah untuk ingat, ibu bapa masih boleh membantu anak untuk memperbaiki peringatan mereka.

Cuba tengok cara anak belajar, mana yang lebih berkesan untuk anak? Adakah anak lebih visual atau lebih suka mendengar? Guna cara itu semasa ulang kaji mata pelajaran untuk meningkatkan ingatan.

3. Tanda perkembangan anak yang lambat - Tidak dapat mengikut arahan mudah

  • tidak dapat mematuhi arahan asas 
  • tidak suka melakukan tugas kerana menganggap tugas itu sangat sukar.

Cara ibu bapa boleh membantu: 

Apabila memberi arahan, beri arahan yang pendek dan khusus. Jangan beri telalu banyak arahan pada masa yang sama. Beri anak masa untuk memproseskan semuanya. 

Beri tugas-tugas yang mudah dan sesuai dengan umur dan perkembangan anak. Jangan terlalu bimbang, semua kanak-kanak akan menghadapi cabaran untuk mengikut arahan.

4. Tanda perkembangan anak yang lambat - Masalah membaca dan menulis

  • tidak pandai membezakan antara huruf dengan angka kerana semuanya nampak sama
  • masalah membaca
  • tidak memegang pensil dengan cara yang betul

Cara ibu bapa boleh membantu: 

Guna kad imbas yang seronok dan menarik untuk membantu mereka membeza dan mengenal pasti nombor. Biarpun anak yang tidak pandai membaca menunjukkan tanda perkembangan anak yang lambat, ini tidak bermakna mereka bukan pelajar visual.

Rajinlah membaca bersama mereka, dan gunakan cara yang kreatif untuk mengajar anak menulis abjad. Ibu bapa juga boleh tukarkan pensil kepada pen, krayon ataupun cat tangan supaya aktiviti menulis boleh menjadi lebih menyeronokkan!

5. Tanda perkembangan anak yang lambat - Koordinasi mata dan tangan yang lemah

tanda anak lambat berkembang, perkembangan anak yang lambat, tanda tanda perkembangan anak yang lambat, petua anak lambat bercakap, perkembangan kanak-kanak yang lambat, perkembangan yang lambat

Koordinasi mata dan tangan adalah sebahagian penting dari perkembagan anak, kerana ia adalah kemahiran asas yang diperlukan apabila menulis, melukis, dan membaca. 

Menurut kajian ini koordinasi mata dan tangan penting untuk pembelajaran serta kemahiran sosial.

Cara ibu bapa boleh membantu: 

Mainan kanak-kanak seperti LEGO ataupun Playdoh yang melibatkan banyak koordinasi mata dan tangan akan banyak membantu. 

Selain itu aktiviti DIY seperti membuat kalung manik sendiri, teka-teki, dan mewarna juga boleh meningkatkan koordinasi, disamping memupuk kreativiti dan kepintaran anak.

6. Tanda perkembangan anak yang lambat - Melakukan tugas dengan cara yang tidak teratur

  • Mainan yang selalu bersepah
  • tabiat melakukan tugas dengan cara yang tidak teratur boleh memberi kesan negatif kepada kehidupan harian anak apabila mereka membesar nanti.

Cara ibu bapa boleh membantu: 

Pastikan anak mempunyai rutin harian yang konsisten. Ibu bapa boleh cuba memperkenalan sistem kod berwarna untuk mengajar anak untuk mengaturkan barang-barang mereka.

Tandakan rak dan laci dengan jelas di rumah supaya mereka boleh letak balik barang mereka dengan cara yang teratur. 

7. Tanda perkembangan anak yang lambat - cara pertuturan yang "tidak matang" atau sesuai untuk umur mereka

  • lambat bertutur
  • gagap, membaca perkataan dengan bunyi huruf yang terbalik. 

Cara ibu bapa boleh membantu: 

Walaupun baby talk adalah sebahagian dari perkembangan bahasa anak, tetapi sebaik sahaja anak sudah mula belajar bercakap, ibu bapa patut bercakap dengan mereka seperti orang dewasa. 

Dengar apa yang mereka ingin katakan dengan sabar, kemudian balas menggunakan bahasa yang boleh memperkaya pemikiran anak serta kemahiran perbendaharaan kata mereka. Galakkan mereka untuk bercakap dan banyak bertanya soalan.

**

Walaupun anak lambat berkembang, ini tidak bermakna mereka tidak mahir dari aspek lain. Anak yang lemah dalam mata pelajaran matematik mungkin sangat berbakat dari segi seni ataupun muzik.

Kanak-kanak dapat belajar dengan lebih baik apabila harga diri mereka dipupuk dan dirangsang. Jangan hanya suka membandingkan anak dengan kanak-kanak lain.

Cari minat dan kelebihan mereka kemudian berikan dorongan positif kepada anak. Apabila ibu bapa rajin memberi galakkan yang sesuai dan baik, anak pasti akan berjaya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Learning Disabilities Association of America, National Institutes of Health, Speech and Language Kids, Berkeley University of California

Baca juga:

Panduan lengkap pemakanan untuk perkembangan otak si kecil anda - mengikut umur

Stories Rakan Kongsi
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • 7 Tanda Perkembangan Anak Lebih Lambat Dari Biasa, Parents Perlu Alert!
Kongsikan:
  • Punca Autisme Mungkin Disebabkan Barang Rumah Ini!

    Punca Autisme Mungkin Disebabkan Barang Rumah Ini!

  • Ini Sebab-Sebab Mengapa Autisme Berisiko Terjadi Pada Anak Anda, Ibu Lihat Tandanya!

    Ini Sebab-Sebab Mengapa Autisme Berisiko Terjadi Pada Anak Anda, Ibu Lihat Tandanya!

  • Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

    Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Punca Autisme Mungkin Disebabkan Barang Rumah Ini!

    Punca Autisme Mungkin Disebabkan Barang Rumah Ini!

  • Ini Sebab-Sebab Mengapa Autisme Berisiko Terjadi Pada Anak Anda, Ibu Lihat Tandanya!

    Ini Sebab-Sebab Mengapa Autisme Berisiko Terjadi Pada Anak Anda, Ibu Lihat Tandanya!

  • Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

    Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.