Ahli Pemakanan Malaysia telah berkongsi tentang bahaya makan malam boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius terhadap kanak-kanak yang sedang membesar.
Tidak dinafikan bahawa tabiat kebanyakan rakyat Malaysia sering keluar makan di kedai berbanding menyediakannya sendiri di rumah kerana faktor kesuntukan masa.
Justeru, pilihan kedai yang menyediakan makanan segera atau mamak mampu membantu aktiviti makan bersama keluarga menjadi lebih mudah.
Bukan itu sahaja, tekanan tugasan seharian turut membuatkan anda dan anak-anak terpaksa menikmati makanan sehingga lewat malam.
Namun, sebenarnya ibu ayah perlu mengambil lebih perhatian dan menyedari bahawa bahaya makan malam ini mungkin menjejaskan kesihatan anak untuk masa akan datang.
Bahaya makan malam
Menurut pakar pemakanan dan pembantu profesor Program Keibubapaan Persatuan Pediatrik Malaysia, Dr. Satvinder Kaur menjelaskan bahawa tabiat pengambilan makanan pada lewat malam boleh membuatkan gangguan pencernaan, ketidakselesaan perut dan karies gigi terhadap kanak-kanak.
“Masyarakat pada hari ini cenderung makan selepas waktu makan malam bukan disebabkan oleh rasa lapar, namun kerana desakan keinginan, tekanan atau rasa bosan. Hal ini sekaligus membawa kepada tabiat makan secara berlebihan,” katanya.
Sekiranya tabiat makan lewat malam berlaku sebelum waktu tidur anak, ia boleh menyebabkan tahap metabolisme tubuh badan menjadi rendah.
Ia turut menghasilkan kalori tambahan yang disimpan sebagai lemak yang tidak diperlukan. Sistem pencernaan anak-anak juga akan berhadapan dengan masalah kerana proses pencernaan lewat malam memerlukan tempoh yang mencukupi.
”Ibu ayah perlu mengawal bahaya makan malam kerana ia adalah aktviti yang tidak sihat terutamanya untuk kanak-kanak. Mereka akan cenderung untuk makan lebih banyak dari jumlah yang diperlukan oleh badan, terutamanya sekiranya anak-anak sudah menikmati makan malam lebih awal,” ujarnya.
Malah, Dr Kaur menyatakan bahawa bahaya makan malam boleh mendorong kepada peningkatkan statistik jumlah obesiti dalam kalangan kanak-kanak.
“Jika tabiat makan malam menjadi kebiasaan, kanak-kanak akan menerima pertambahan berat badan. Tanpa campur langkah pencegahan secara awal, ia akan berterusan sehingga mereka melangkah usia dewasa dan sukar mengubah tabiat ini.
Hal ini mungkin akan menjadi lebih serius kerana mereka terdedah dengan risiko pelbagai masalah kesihatan berbahaya.
Sekiranya anak-anak telah terbiasa dengan gaya pemakanan pada waktu lewat malam, ibu ayah jangan risau kerana terdapat beberapa cara yang anda boleh lakukan. Antaranya:
#1. Jadi contoh yang baik untuk anak-anak
Sedarkah anda bahawa anak-anak yang sedang membesar akan menerima apa sahaja perkara yang berlaku di sekeliling mereka?
Dalam hal ini, sekiranya anda sendiri yang menyediakan pelbagai hidangan pada waktu tengah malam, anak-anak pasti akan lebih berselera untuk menikmatinya.
Justeru, anda perlu mengajarkan anak-anak dengan pemakanan yang sihat ketika waktu makan agar mereka tidak akan mencari mee segera atau snek yang memiliki kandungan garam tinggi sebelum tidur.
#2. Hadkan waktu berjaga
Pendedahan terhadap cahaya skrin untuk suatu tempoh yang panjang sebenarnya menjejaskan tubuh badan dan menggalakkan anak-anak untuk terus terjaga sehingga tengah malam.
Hal ini membuatkan mereka untuk lebih cenderung berasa lapar sehingga sukar untuk melelapkan mata.
Justeru, ibu ayah perlu memantau waktu menonton atau penggunaan telefon pintar agar mereka tidur lebih awal pada waktu malam.
Selain itu, galakkan juga gaya hidup lebih sihat melibatkan aktiviti fizikal supaya mereka dapat mengeluarkan peluh pada siang hari dan mendapat tidur yang berkualiti.
#3. Elakkan terlepas waktu makan
Sekiranya anda tidak membantu anak-anak mengambil makanan pada waktu makan, mereka akan berupaya untuk mengambil jumlah makan secara berlebihan.
Hal ini kerana keadaan perut telah kosong dan memaksa diri anak-anak untuk memenuhinya lebih dari keperluan harian.
Keadaan ini menjadi lebih teruk sekiranya makanan yang diambil tinggi dengan kandungan kalori, gula atau garam berlebihan.
Justeru, tidak hairanlah sekiranya anda mendapati anak menghidapi masalah kegagalan buah pinggang atau penyakit kencing manis pada usia setahun jagung lagi.
#4. Memupuk tabiat tidur berkualiti
Mengawal jadual waktu tidur yang sihat juga boleh digunakan sebagai langkah pencegahan untuk menghentikan pengambilan makanan yang berlebihan.
Menurut Dr Kaur, kanak-kanak antara umur 6-13 memerlukan sekitar sembilan hingga 11 jam tidur sehari agar perkembangan fizikal dan mental mereka kekal sihat.
#5. Makan secara teratur
Ramai juga tidak menyedari peranan pengambilan makanan berkhasiat secara teratur dapat memastikan kesihatan yang baik.
Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak kanak-kanak dan diteruskan sehingga dewasa terutama apabila usia semakin meningkat.
Makanan seimbang adalah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan badan yang memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan berterusan.
Oleh itu, makan terlalu banyak sebelum tidur boleh menjejaskan perkembangan anak-anak. Ia turut membuatkan anak-anak mudah berasa letih pada keesokan hari sehingga tidak cergas untuk terlibat dengan sebarang
Sumber: World of Buzz
Kredit foto: Sumber
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
Ibu-Ibu Perlu Rilek, Anak Anda Tak Akan Kebuluran Kalau Tak Mahu Makan