Tentu ramai ibu bapa di luar sana sudah tahu tentang bahaya membedung bayi dengan cara yang tidak betul bukan?
Di antara sebabnya ialah, membedung cara yang salah boleh menyebabkan hip dysplasia (keadaan kaki tidak simetri), meningkatkan risiko Sudden Infant Death Syndrom (SIDS) atau kematian mengejut, serta perkembangan motor yang lambat.
Walaupun bayi gemar dibedung untuk mengekalkan suhu badannya, tapi, cara bedung yang salah adalah bahaya untuk mereka.
Tapi baru-baru ini, seorang jururawat telah berkongsi panduan dan tips untuk semua ibu bapa.
Mari semak dengan apa yang dikatakan olehnya seperti di bawah:
Melalui pengamatannya, bayi lebih suka jika dibedung tapi tangan dilepaskan. Mereka lebih bebas. Jadi, dia menyarankan agar bedung dilonggarkan.
Mengingati kejadian sebelum ini di hospital di Indonesia, seorang ibu datang dengan bayinya yang berusia belum lagi 2 hari.
Bayi itu dibedung dengan ketat, pernafasan bayi itu berbunyi dan dia kuat merengek. Semasa melepaskan kain bedungnya, tangan bayi itu terus terangkat dan menunjukkan tanda kejang (jari-jari kaku dan kejang).
Dan yang lebih kesian, ibu bapanya tidak sedar bayi mereka sudah kejang kerana tertutup rapi dengan bedung.
Ada baiknya mengapa cara bedung yang betul itu penting
Sebenarnya ada logiknya jika membedung itu tidak disarankan.
Ini kerana ketika dalam rahim ibu, bayi anda itu bebas menendang, bertinju, berpusing sesuka hati.
Kemudian setelah dilahirkan, semuanya tersekat kerana dibedung oleh kain yang ketat.
Jika tujuan membedung adalah untuk mengekalkan kehangatan, gunakan selimut atau baju yang lebih tebal.
Ibu bapa bayi tersebut mungkin membedungnya kerana risau untuk mendukung bayi yang belum kuat tulangnya. Jadi dengan membedung, mereka dapat menyokong bayi mereka.
Malah ada yang membedung bayi kerana ingin kaki mereka lurus. Sedangkan mengikut Beuh, skor Ballard, kaki bayi secara semula jadinya akan membengkok seperti kaki katak (frog like).
Tambahan, penggunaan sarung tangan akan mengehadkan ransangan saraf bayi untuk mengenali tekstur serta ransangan dengan kulit ibu.
Sebaiknya, kulit bayi bersentuhan dengan kulit ibu terutamanya ketika menyusu.
Jika memakai sarung tangan adalah untuk mengurangkan si kecil menggaru atau mencederakan diri, potong kukunya dan biarkan sahaja kerana itulah yang dilakukan sedari dalam rahim.
Semoga bermanfaat.
-Penggunaan foto bayi sudah mendapat izin ibunya.
Sumber: theAsianParent Indonesia, Facebook Nur’aini Uni Aini
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Ibu Ayah Perlu Bedung Bayi Sampai Umur Berapa? Jika Terlajak Boleh Beri Kesan Bahaya!
Baca juga: Nak Cari Bedung Baby Yang Cantik & Selesa? Tengok 6 Pilihan Ini, Ibu Mesti Berkenan!
Baca juga: Kalau Betul Teknik Bedungnya, Bayi Boleh Syok Tidur Berjam-Jam! Betul Ke?