X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Kalau Betul Teknik Bedungnya, Bayi Boleh Syok Tidur Berjam-Jam! Betul Ke?

5 min bacaan
Kalau Betul Teknik Bedungnya, Bayi Boleh Syok Tidur Berjam-Jam! Betul Ke?

Bayi akan terkejut dan mudah terjaga tengah malam akibat ibu ayah tak bedung anak dengan sempurna, percayalah bayi akan tidur lena jika dibedung!

Tahu tak punca bayi terkejut dan sering berjaga malam bukan disebabkan oleh lapar semata-mata, ia disebabkan oleh bayi tidak dibedung dengan sempurna.

Ya, ramai ibu ayah lemah bab membedung bayi kerana mereka rasa kesian tengok bayi mereka mengeliat nak keluarkan tangan, dengan alasan risau bayi rimas lah tak selesa lah. 

Tapi sebenarnya ada banyak kebaikan membedung bayi ni. Kalau nak tahu jom semak apa sebenarnya tujuan dan kebaikan membedung bayi dengan sempurna.

Kebaikan membedung bayi

bayi terkejut

#1. Elak bayi terkejut 

Pernah tak bayi anda terkejut sebab bunyi bising kemudian terus menangis? Kalau anda membedung mereka dengan sempurna, mereka akan kurang terkejut, dan jika terjaga akibat bunyi bising pun mereka tidak akan terus menangis. 

#2. Bayi rasa selamat

Tahu tak, kain bedung bayi yang membaluti tubuh mereka itu berfungsi seakan-akan rahim ibu. Jadi mereka berasa selamat seperti mana mereka di dalam rahim dulu. Namun pastikan balutan bedung itu tidak terlalu ketat. Anda perlu membalut kemas dan jangan risau akan bayi rasa rimas dan sebagainya, kerana percayalah itu memang tindakan refleks bayi. Yang penting bayi berasa selamat dan tidak mudah terkejut. 

#3. Elak bayi mencakar muka

Memang tabiat bayi begitu, mereka akan gosok-gosok muka dan sering menguis-nguis. Jadi jika anda tidak memakaikan sarung tangan (mitten) mereka akan mencakar muka mereka sendiri sekiranya tak dibedung! Kesian wajah bayi yang mulus itu. Apatah lagi, awal-awal ni ibu ayah memang seriau nak memotong kuku bayi kan? Jadi bedung bayi akan menyelamatkan wajah comel nan mulus si manja!

#4. Kekalkan suhu yang sempurna

Tahu tak bayi mudah berasa sejuk lagi-lagi kalau dipasang penghawa dingin. Anda pun tahu kan suhu badan kita bagaimana, jadi bayi ketika dalam rahim dulu suam-suam je suhunya dan dia sukakan begitu. Jadi penting untuk ibu-ibu membedung bayi mereka dalam bilik berhawa dingin bagi memastikan bayi tak mudah sejuk. 

#5. Meredakan tangisan bayi

bayi terkejut

Membedung bayi dengan sempurna bukan saja dapat elakkan bayi terkejut, malah juga dapat meredakan bayi yang menangis. Betul, membedung ni ibarat anda memeluk bayi dengan erat. Dan percayalah semua bayi dalam dunia ni suka sentiasa dipeluk, diriba dan ditimang. Jadi jika bayi anda kerap menangis setiap malam, bedungkan bayi dengan kain kapas yang ringan, ia dapat memuatkan bayi rasa dibelai dan dipeluk. 

#6. Penyusuan lebih mudah

Bayi anda juga dapat menyusu dengan lebih selesa tanpa pergerakan yang lebih. Jadi bila ibu-ibu nak menyusukan bayi tengah malam pun senang saja. Malah ibu ayah yang tidur sekatil dengan bayi pun tak perlu berasa takut akan menghempap tangan bayi yang comel itu. Biasalah bayi memang suka mengepakkan tangan atau mengangkat tangan mereka ketika tidur. 

Cara bedung bayi

Tidak boleh longgar dan terlalu ketat!

Bedungan yang longgar tidak akan mencapai manfaat membedung yang telah disenaraikan. Ia bukan sahaja mudah terlerai malah membahayakan andai kain bedungan mula menutupi muka bayi. Gunakan kain bedung yang cukup lebar agar balutan menyelimuti keseluruhan badan bayi dan dapat diketatkan. Ketat yang dimaksudkan disini adalah cukup untuk membuat satu balutan yang kemas dan menyelesakan bayi, bukannya untuk mendatangkan ketidakselesaan atau kesukaran buat bayi. Andai anda risau bedungan terlalu ketat, cuba masukkan tangan anda di antara bedungan dan dada bayi. Jika ia dapat dilakukan, maka bedungan anda adalah sempurna.

Membedung dengan tangan ke bawah

bayi terkejut

Walau dalam bedungan yang cukup ketat, membedung dengan tangan membengkok akan memudahkan tangan bayi terselinap keluar dan memburaikan keseluruhan ikatan.

Tidak menyakitkan pinggang dan ‘mengunci’ kaki bayi

Bahagian yang perlu diberi perhatian untuk menghadkan pergerakkan luar kawalan adalah tangan bayi, seperti didalam panduan ke 2 diatas. Bedungan tidak seharusnya menyakitkan pinggang bayi atau menyekat terus kaki bayi dari dapat dibengkokkan atau digerakkan. Amalan membedung begini dapat mengakibatkan Hip dysplasia atau masalah pembentukan sambungan pada pinggang bayi.

Membedung yang mengunci kaki bayi serta memaksa kaki bayi kekal lurus adalah amalan yang salah. Ia boleh menyebabkan Hip Dysplasia.

Stories Rakan Kongsi
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring

Kain bedungan tidak menyentuh muka atau pipi bayi

Kain bedungan yang mengenai muka atau pipi bayi, ia boleh mengaktifkan ‘rooting reflex’ iaitu tindakbalas bayi memalingkan muka dan mengikuti objek yang menyentuh pipinya dalam cubaan ‘menangkap’ objek tersebut untuk dihisap. Ia refleks yang biasa terutama ketika bayi lapar. Kain bedungan yang mengenai pipinya akan mengaktifkan reflek tersebut berulang kali hingga bayi merasa keliru, kecewa dan menangis disebabkannya.

Pastikan bayi tidak kepanasan

Jika anda khuatir bayi akan tidak selesa akibat kepanasan, cuba periksa jari dan telinga bayi anda. Jika terasa panas, kelihatan merah dan berpeluh, bayi sedang kepanasan. Pilih kain bedung yang menyerap peluh dan tidak tebal. Kain batik adalah antara pilihan terbaik. Ketika cuaca panas, pakaikan bayi dengan baju yang nipis atau bedung dengan bayi hanya memakai lampin.

Seeloknya mulakan membedung tidak lewat dari usia 3 bulan

Kerana tujuan meniru sebarang sensasi rahim adalah untuk membantu penyempurnaan proses peralihan dari dunia rahim ke dunia luar rahim, maka bedung boleh di mulakan pada bila-bila masa pada 3 bulan pertama.

Bukan bermakna menjadi kesalahan andai anda baru ingin memulakan bedung pada usia yang lebih lewat dari itu. Tetapi pada kebanyakkan masa, bayi sudah pandai menghisap jari dan mengekalkan jarinya di dalam mulut pada usia 4 bulan.

Sumber: Hello Doktor

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

https://my.theasianparent.combedung-bayi-langkah-langkah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Kalau Betul Teknik Bedungnya, Bayi Boleh Syok Tidur Berjam-Jam! Betul Ke?
Kongsikan:
  • Panduan Mengurus Bayi Baru Lahir Dengan Betul Agar Si Manja Kekal Selesa & Ceria

    Panduan Mengurus Bayi Baru Lahir Dengan Betul Agar Si Manja Kekal Selesa & Ceria

  • Rakaman Video Bayi Comel Gembira Dilepaskan dari Bedung

    Rakaman Video Bayi Comel Gembira Dilepaskan dari Bedung

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Panduan Mengurus Bayi Baru Lahir Dengan Betul Agar Si Manja Kekal Selesa & Ceria

    Panduan Mengurus Bayi Baru Lahir Dengan Betul Agar Si Manja Kekal Selesa & Ceria

  • Rakaman Video Bayi Comel Gembira Dilepaskan dari Bedung

    Rakaman Video Bayi Comel Gembira Dilepaskan dari Bedung

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.