Disebabkan Kesempitan Hidup, Bayi 14 Bulan Terpaksa Minum 5 Cawan Kopi Sehari!

Disebabkan tak mampu membeli susu, suami isteri ini memberi bayi mereka minum kopi setiap hari. Ya Tuhan, kasihannya si kecil itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seperti yang kita sedia maklum, kanak-kanak dan bayi amat memerlukan pemakanan yang berkhasiat supaya perkembangan mereka sihat dan membesar dengan sempurna. Sebab itu, ibu bapa tidak boleh membiarkan si kecil mengambil makanan kurang nutrisi kerana ia sudah pasti memberi impak pada kesihatan mereka. Namun begitu anda tahu tak tentang bahaya minum kopi setiap hari?

Hal ini kerana, sepasang suami isteri yang tinggal di Sulawesi Barat, Indonesia memberi bayi perempuan mereka yang berumur 14 bulan minum lima cawan kopi sehari sejak berumur enam bulan lagi. Ia berlaku kerana kesempitan hidup dan keluarganya tidak mampu membeli susu. 

   

Bahaya minum kopi setiap hari

Walaupun ibu bapanya tahu bahaya minum kopi setiap hari, namun apa yang aneh tumbesaran bayi tersebut normal dan sama seperti kanak-kanak yang lain. Bahkan, bayi perempuan yang diberi nama Hadijah itu berada dalam golongan anak hiperaktif.

Pada usia 14 bulan, Hadijah boleh berjalan sendiri dan aktif bermain bersama kanak-kanak seusianya. Namun, ibu bapa mereka mengakui sukar mendapatkan tidur yang mencukupi kerana anak mereka terlalu aktif.

Beri anak minum kopi kerana tak mampu beli susu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut ibu kepada bayi tersebut Anita, dia mengaku memberi anaknya minum kopi kerana tidak mampu membeli susu.

Malah gaji yang diperolehi mereka juga hanya Rp 20,000 (RM 5.95) dengan mengambil upah kupas kelapa bersama suaminya. Wang hasil bekerja itu hanya dapat memenuhi keperluan dapur mereka anak beranak sahaja.

Walau bagaimanapun, selepas kisah mereka tular, akhirnya keluarga kecil ini mendapat perhatian dari pasukan yang bertanggungjawab membantu keluarga susah hingga diberikan bantuan makanan seperti biskut dan susu.

Adakah kanak-kanak selamat untuk minum kopi? 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Orang dewasa memang penggemar nombor satu minuman berkafein seperti kopi namun bagaimana pula dengan kanak-kanak? Apakah risiko yang mungkin terjadi jika mereka minum kopi setiap hari?

Dari sudut pemerhatian, masih ada sebilangan kecil kanak-kanak yang minat minum kopi seperti cappucino, mocha dan latte. Selain itu, ada juga yang menjadikan kopi berais dan sejuk sebagai pilihan mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, menurut pakar dan ahli organisasi Better Sleep Council, Terry Cralle mengatakan pihaknya belum menjalankan kajian mengenai kesan kopi terhdap kanak-kanak tapi beliau percaya kandungan kafein boleh mempengaruhi perkembangan otak si kecil.

Malah menurut American Academy Of Pediatrics (AAP), lebih 70% kanak-kanak di negara itu yang minum kopi atau minuman ringan berisiko mengalami masalah tidur.

Selain itu, jika si kecil minum kopi ia boleh menyebabkan insomnia, perut berasid, sakit kepala, sukar memberi tumpuan, gangguan penyerapan kalsium dan peningkatan denyutan jantung.

Bahkan kopi bersusu juga dikhuatiri menyebabkan kalori tinggi dan kenaikan berat badan yang tidak sihat.

Diharap dengan perkongsian ini dapat membuka fikiran ibu bapa agar menghindari anak kecil supaya tidak minum kafein terlalu awal. Semoga bermanfaat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Vit Daily, Free Malaysia Today

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

Jangan Terpedaya Dengan Rayuan Anak! Kafein Dalam Kopi & Soda Bahaya Untuk Kanak-Kanak Ya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan