Tidur Dengan Air-Cond Sepanjang Malam Boleh Undang 8 Bahaya Ini Pada Tubuh!

Anda ada aircond di rumah tak? Ketahui tentang kesan buruk aircond kepada kesihatan anda dan keluarga anda, sekiranya diguna secara berlebihan!

Cuaca panas yang berlaku di negara kita sejak kebelakangan ini tentunya membuatkan kita makin kerap menggunakan penghawa dingin di rumah. Tidur dengan penghawa dingin memang membuatkan tidur lebih selesa, namun ada beberapa impak negatif yang boleh terjadi kepada kita!

Bahaya Tidur Semalaman Dengan Penghawa Dingin 

Apabila menggunakan penghawa dingin, pasti kemampuannya menyejukkan udara dalam ruangan membuatkan kita tidak kepanasan. Tambahan lagi, pada malam hari boleh menyebabkan kita tidur lebih nyenyak, malah tidak sedar bila hari sudah pagi!

Di sebalik kesemua itu, pastinya ada kesan negatif sekiranya penghawa dingin digunapakai sepanjang malam. 

 #1 Perubahan Suhu Secara Mendadak

Ketika anda keluar dari bilik yang sejuk akibat penggunaan penghawa dingin dan beralih ke ruangan yang panas, ini akan menyebabkan kejutan kepada tubuh anda.

Apabila tubuh tidak sempat menyesuaikan diri terharap perubahan suhu, ia boleh menyebabkan beberapa masalah seperti kelelahan dan boleh merosakkan kulit!

#2  Masalah Dehidrasi

Penggunaan penghawa dingin akan menyerap kelembapan dalam bilik, namun berita buruknya: ia menyerap kadar air dalam tubuh anda juga!

Jangan hairan kalau anda seringkali terbangun dari tidur berasa haus, malah kulit anda juga akan merasa sangat kering pada waktu pagi.

 #3 Suhu Terlalu Rendah

Jika anda kerap berada di bilik yang berada pada suhu yang tidak optimal untuk tubuh, khususnya secara berpanjang, anda akan kerap sakit di bahagian sendi dan otot. Sekiranya perkara ini dibiarkan, anda boleh mengalami sakit kepala, sakit punggung, malah radang sendi.

#4 Kualiti Tidur Menurun

Menurut Science Daily, walaupun anda rasa nyaman, pada kenyataannya aliran udara dari penghawa dingin boleh menyebabkan kualiti tidur anda terganggu.

Kesan ini juga lebih kerap dirasakan oleh wanita dan orang yang lebih tua kerana memiliki tahap sensitiviti lebih tinggi terhadap udara sejuk.

#5 Pencemaran Udara

Menurut Environmental Protection Agency(EPA), anda sebenarnya lebih terdedah kepada pencemaran udara apabila berada dalam lingkungan penghawa dingin berbanding di luar. Ini adalah kerana penghawa dingin akan menyebabkan peredaran udara yang sama secara berulang-ulang.

Akibat itu, besar kemungkinan udara telah tercemar dengan debu, bulu haiwan atau habuk, yang menyebabkan anda menjadi sakit kerananya. 

#6 Risiko Pada Kesihatan

Kajian dari International Journal of Epidemiology menunjukkan orang-orang yang menghabiskan waktu di bilik yang berhawa dingin lebih lama berisiko menghidapi masalah kesihatan. Penyakit yang umum adalah masalah kulit, pernafasan dan telinga,hidung, tekak.

#7 Menghalang Kemampuan Tubuh Menghasilkan Imun Semula jadi

Suhu yang rendah menghalang tubuh untuk mencipta imun semulajadi kerana ketika anda tidur, tubuh akan menstimulasi dan menciptakan hormon yang penting untuk kekebalan tubuh.

Namun jika anda berada di ruangan yang terlalu sejuk, tubuh tidak akan dapat menghasilkan hormon tersebut dalam jumlah yang cukup.

Ini merupakan sebab utama badan sakit jika anda tidur di bilik berhawa dingin dalam tempoh yang panjang.

#8 Menyebabkan Asma

Individu yang menghabiskan sepanjang hari dan malam di bilik berhawa dingin akan merasakan kesan buruknya kerana dia bukan sahaja tidak mendapat udara segar, malah boleh mendapat asma!

Apa Yang Boleh Dilakukan Bagi Mengurangi Bahaya Menggunakan Penghawa Dingin?

Bagi mengurangkan risiko bahaya penghawa dingin, anda tidak perlu menghentikan penggunaannya terus menerus, seeloknya anda mengurangkan tempoh penggunaannya sahaja.

Tetapkan timer pada penghawa dingin anda selama beberapa jam sahaja dan ia akan terpadam sendiri apabila tiba masanya.

Sekiranya cuaca tidak terlalu panas, gunakan kipas angin biasa sahaja. Sementara itu, pastikan alat penghawa dingin anda diservis dari semasa ke semasa ya bagi mengekalkan peredaran udara yang lebih baik dan selamat.

Semoga bermanfaat!

Anda biarkan anak dalam bilik berhawa dingin sepanjang masa?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Nonilo

Baca juga:

https://my.theasianparent.compenghawa-dingin-rumah-bahaya/

Penulis

Beto Rahman