Katil bayi yang berbentuk playpen merupakan satu keperluan bagi sesetengah ibu bapa, di mana playpen bayi boleh digunakan sebagai tempat tidur atau untuk meletakkan bayi sementara.
Playpen juga merupakan alternatif lain yang lebih memudahkan dan lembut berbanding katil biasa. Akan tetapi, tahukah anda tentang bahaya playpen bayi yang ramai ibu bapa terlepas pandang?
Bayi Maut Akibat Lemas di Playpen Bayi
Dalam kejadian baru-baru ini, seorang bayi maut akibat terselit di celah playpen bayi semasa sedang tidur. Bayi tersebut yang baru berusia 5 bulan dikatakan kekurangan oksigen setelah terlalu lama terselit di celahan playpen bayi itu.
Berikut perkongsian ibunya, Nursafiah Edy berkenaan tragedi yang menimpa wildan syurganya, Muhammad Eddy Huzairy. Ibunya berharap perkongsian ini dapat membuka mata ibu bapa lain tentang keselamatan playpen bayi khususnya ketika anak sedang tidur.
Bahaya Playpen Bayi: Bayi Tidak Terjatuh, Tetapi Terselit
Huzairy sangat suka berselimutkan kain batik…
Sedihnya perkongsian ibu ini. Semoga Pn. Nursafiah redha dengan pemergian Huzairy.
Bahaya Playpen Bayi: Ketahui Penggunaan Katil Bayi/Playpen Bayi Dengan Selamat
pakah ciri-ciri keselamatan yang lain bagi tempat tidur anak?
- Pilih katil yang diperbuat dari solid wood Katil yang diperbuat dari kayu tidak mempunyai jaringan yang boleh melentur dan membahayakan bayi, terutamanya jika tilam bayi lebih kecil dari katil. Katil sebegini juga lebih kukuh.
- Jarak pagar katil yang tidak besar Bila memilih katil baby, periksa pagar katil dan pastikan jarak lubang pagar tak melebihi dua inci untuk mengelakkan kaki, tangan atau kepala anak tersekat.
- Katil yang boleh diturunkan penghadang boleh juga membahayakan bayi, terutamanya apabila bayi anda sudah bijak menurunkan hadang tersebut!
- Tilam yang tidak terlalu keras/lembut Pastikan pemilihan tilam yang tidak terlalu lembut kerana boleh menyebabkan risiko lemas, dan tidak terlalu keras untuk keselesaan anak. Beli tilam yang kukuh dan padat bersama katil yang anda pilih.
- Elakkan bayi bersama selimut ringan kerana bayi tidak dapat mengawal pergerakkan selimut dan boleh menyebabkan kelemasan.
Semoga bermanfaat.
Bolehkah saya tidurkan anak saya di playpen?
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Ohbulan