Jarum epidural 14 tahun lalu ditemui pada tulang belakang, ibu ini alami kerosakan saraf!

Kami bukan nak menakutkan ibu tentang epidural tapi jadikan insiden ini sebagai peringatan kita bersama kerana setiap pembedahan berisiko tinggi untuk sebarang kemungkinan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang ibu bernama Amy Bright telah melahirkan bayi pada 2003. Namun insiden bahaya suntikan epidural akhirnya meragut kegembiraannya. 

Dalam kegembiraan menyambut seorang bayi comel, wanita ini menderita apabila ada jarum suntikan epidural yang rosak tertinggal di tulang belakangnya!

Mengimbas kembali detik itu, Bright mengalami sakit tulang belakang yang serius selepas dua bulan melakukan pembedahan C-section.

Namun, deritanya tidak berhenti di situ saja, Bright turut mengalami kerosakan saraf dan kesukaran untuk menggerakkan kaki kirinya. Hanya kerusi roda menjadi bantuan untuknya bergerak.

Ia berlaku gara-gara bahaya suntikan epidural itu. Pertama kali menerima rawatan, doktor mengatakan dia hanya mengalami sciatica. 

Menurut klinik yang dikunjungi, sciatica adalah sejenis penyakit yang membabitkan saraf sciatic. Ia menyebabkan seseorang itu lumpuh separuh badan sama ada sebelah kiri atau kanan. 

Akhirnya kebenaran terbukti tentang bahaya suntikan epidural, ketika Bright melakukan CT scan.

Didapati sebahagian jarum epidural telah melekat di tulang belakangnya hampir satu dekad! Berita itu cukup mengejutkan Bright dan keluarganya. 

Bahaya suntikan epidural: Jarum suntikan ditemui di tulang belakang selepas 14 tahun 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kejadian ini jelas membuktikan ada bahaya suntikan epidural yang tersembunyi, kita tak sangka boleh berlaku.

Menurut Bright, jarum epidural itu ditemui di tulang belakang dan bawah tulang punggungnya. Jarum berukuran tiga cm itu tertanam di situ. 

Tak dapat membayangkan bagaimana terseksanya dia hadapi derita ini. 

Disebabkan bahaya suntikan epidural itu, Bright rasa kecewa, sedih dan takut dengan apa yang telah berlaku ke atas dirinya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

” Setiap kali ingin berjalan, bergerak atau menundukkan badan, saya dapat rasakan jarum suntikan itu bergerak di setiap inci tulang belakang.

Apa yang buat saya marah dan tak puas hati, ia tertanam di belakang badan saya hampir 14 tahun! 

Selama itu juga saya terpaksa menghadapi derita sakit belakang dan doktor hanya beri pain killers, ubat relaks otot dan ubat-ubatan lain bagi membantu hilangkan rasa sakit. 

Saya bimbang dan tak dapat bayangkan masa depan saya terutama kaki saya ini yang semakin lemah setiap hari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya mungkin terpaksa berada di kerusi roda sampai bila-bila. Ia menakutkan saya,” katanya dengan perasaan sungguh sebak. 

Apatah lagi ia sudah terlambat untuk membuang jarum tersebut kerana menurut doktor, Bright mungkin berisiko untuk lumpuh.

Penipuan pihak hospital terhadap bahaya suntikan epidural 

Bright dan peguamnya, tetap akan menyaman pihak hospital tersebut dan kes tidak berhenti setakat di situ sahaja.

Ini bukan alasan untuk doktor tidak tahu ada jarum yang digunakan rosak dan tertinggal pada tulang belakang Bright. 

Apatah lagi ukuran jarum tersebut lebih kurang 9 ke 10 cm. Sepatutnya pakar bius sudah memeriksa setiap jarum yang ingin disuntik dalam keadaan baik dan belum digunakan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Mereka tahu jarum itu tertinggal di belakang tubuh Bright, tapi mengendahkan hal tersebut tanpa pengetahuan Bright dan keluarganya. Ia sangat melampau jika perkara ini terus berlaku. 

“Pihak kami sudah menfailkan kes ini ke mahkamah dan telah buat aduan kepada pihak atasan hospital terbabit,” kata peguamnya. 

Namun, ketika ditemuramah media, Naval Hospital mengelak untuk memberi sebarang komen berkaitan kes tersebut. 

Perancangan untuk masa depan 

Apabila tiada peluang mengeluarkan jarum epidural itu, masa depan Bright seakan kelam dan tak bercahaya lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, ibu beranak enam ini belum memberitahu hal tersebut kepada suaminya kerana tidak mahu dia kecewa. 

Malangnya, sehingga kini, Bright masih dapat rasai sisa jarum epidural itu di tulang belakangnya. 

Disebabkan hal ini, Bright rasa paranoid dan keadaannya juga sedikit membimbangkan. Dia mungkin perlu menggunakan terapi dan ubat sepanjang hayatnya kerana bahaya suntikan epidural itu. 

“Saya berharap keadilan berpihak kepada saya dan mempersiapkan diri untuk menempuh hari-hari yang mendatang,” ungkapnya. 

Risiko epidural anaesthesia

  • Epidural akan menyebabkan tekanan darah turun. Jururawat akan sentiasa pantau dan periksa tekanan darah pesakit supaya darah mengalir kepada baby. 
  • Anda mungkin mengalami sakit kepala yang teruk akibat kebocoran cairan tulang belakang. 
  • Terdapat kesan sampingan seperti tubuh menggigil, sakit belakang, ngilu ketika jarum disuntik dan mual. 
  • Anda akan mati rasa selama mana ubat bius masih ada 
  • Kerosakan saraf boleh berlaku tapi jarang kali terjadi. 

Perkongsian ini bukanlah bertujuan untuk menakut-nakutkan semua ibu di luar sana tentang bahaya suntikan epidural. Akan tetapi, ambillah pengajaran berguna dari kisah yang pernah terjadi ini.

Anda sebagai seorang ibu dan wanita berhak mengetahui risiko dan sebarang kebarangkalian yang boleh berlaku sebelum anda memilih sebarang prosedur untuk bersalin. 

Semoga artikel ini memberikan kita maklumat yang berguna. Share artikel ini di laman socmed anda! 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber/ Penulis asal: theAsianparentSingapore/Rosanna Chio 

Baca lagi:

https://my.theasianparent.comlumpuh-selepas-bersalin