Doktor Kongsi Bahaya Ambil Vitamin C Berlebihan, Ia Boleh Merosakkan Buah Pinggang!

Terdapat banyak pilihan produk dan supplemen kecantikan dijual dalam pasaran. Namun tahukah anda akan bahaya vitamin C jika diambil secara berlebihan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memandangkan pandemik Covid-19 pada hari ini masih belum berakhir, kebanyakan masyarakt masih mengamalkan pengambilan vitamin C agar tidak diserang pelbagai penyakit dan dalam masa sama mendapatkan kulit yang cantik. Namun tahukah anda akan bahaya vitamin C ini sekiranya diambil secara berlebihan?

Tidak dinafikan, golongan wanita adalah yang paling ramai mengamalkan vitamin C kerana sesetengahnya tidak gemar makan sayur dan bergantung sepenuhnya kepada supplemen.

Baca juga: Ibu Hamil Perlu Amalkan Vitamin C Setiap Hari, Ia Mengurangkan Risiko Diabetes & Preeklampsia

Bahaya vitamin C jika diambil dalam dos yang tinggi dan berlebihan

credit to sources

Menurut pandangan seorang doktor, Hafsah Sazali, vitamin C sememangnya penting untuk manusia dalam proses pembentukan kolagen, sejenis protein yang membekalkan struktur dalam gigi, tulang, saluran darah serta membantu penyerapan zat besi.

”Ia adalah bagus, namun tidak bermakna anda perlu mengambil dalam kuantiti yang banyak bagi menikmati manfaatnya. Kekurangan vitamin C akan menyebabkan masalah radang gusi, kering kulit, mata serta mulut. Ia dikenali sebagai scurvy.

Namun tiada bukti kukuh yang mengatakan vitamin C dengan dos tinggi mampu merawat penyakit kulit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kepercayaan bahawa vitamin C dapat memberikan kesan ajaib dalam tahap kesihatan seseorang bermula apabila saintis bernama Linus Pauling memberikan pendapat yang kontroversi di dalam bukunya, How to Live Longer and Feel Better pada tahun 1986 yang lalu. Dia telah mengada-adakan dakwaan terlampau tentang rawatan menggunakan vitamin C dengan dos tinggi.

Dia bersama dengan Irwin Stone telah mempromosikan vitamin C sebagai supplemen dan ubat yang berkesan meningatkan tahap kesihatan individu serta mengelakkan diri dari serangan penyakit dengan cadangan pengambilan melebihi 10g sehari.

Mitos mengenai vitamin C

Hakikatnya kajian mereka hanyalah semata-mata kepada pemakanan spesies primates iaitu monyet dan beruk yang memerlukan vitamin C 20 hingga 80 kali lebih tinggi dari dos yang dicadangkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Berdasarkan semakan Cochrane pada tahun 2000, supplemen vitamin C tidak mengurangkan kebarangkalian untuk mengelakkan risiko selesema. Namun ia hanya membantu percepatkan proses penyembuhan dan mengurangkan simptom agar pesakit tidak menderita teruk. 

Pendapat mereka telah ditolak oleh kebanyakan ahli saintis yang dipercayai.

Menurut Recommended Nutrient Intakes for Malaysia (2017), dos vitamin yang disarankan oleh orang dewasa dan warga emas ialah 70g sehari. Dos lebih tinggi diperlukan bagi golongan tertentu seperti ibu hamil (80mg sehari) dan menyusukan anak (95mg sehari).

Ia boleh didapati dengan kadar yang cukup secara semula jadi dalam pemakanan harian anda seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara risiko bahaya vitamin C yang ramai tidak tahu ialah:

#1. Menyebabkan kegagalan buah pinggang

Buah pinggang sering dianggap sebagai penapis air dalam tubuh badan kita. Ia adalah organ yang paling kecil. Pengambilan vitamin C yang berlebihan menyebabkan ia tidak dapat diserap oleh tubuh dan disingkirkan melalui air kencing. 

”Kes-kes kerosakan buah pinggang sudah dilaporkan di jurnal perubatan dan kami yang bekerja sebagai doktor buah pinggang pernah merawat kes sebegini,” kongsinya.

#2. Masalah cirit-birit dan senak perut

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Ia boleh berlaku apabila anda mengambil vitamin dalam jumlah yang banyak. Hanya sebahagian daripadanya dapat diserap melalui dinidng usus, manakala yang tidak dapat diserap akan kekal di dalamnya. 

Keadaan ini menyebabkan kesan osmotik, lalu menarik air ke dalam usus. Jumlah air yang besar menjadikan najis lebih cair dan akhirnya masalah cirit-birit.

Antara gejalanya ialah masalah perut tidak selesa dan loya. Vitamin C boleh menyebabkan perut mengalami sedikit pengasidan.

#3. Kadar zat besi berlebihan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Vitamin C berfungsi untuk menyerap zat besi daripada sayur-sayuran. Hasil kajian mendapati, ia akan mengalami peningkatan sehingga 67 peratus ketika individu dewasa mengambil sebanyak 100mg vitamin C.

Jika anda mengalami masalah seperti hemochromatosis iaitu kadar zat besi dalam tubuh berlebihan, ia akan melekat pada organ seperti jantung, sendi dan pankreas.

Lebihan vitamin C yang dikeluarkan oleh badan dikenali sebagai oksalat, ia adalah garam asid oksalik yang terbentuk sebagai hasil dalam air kencing. Walau bagaimanapun, oksalat ini akan membentuk kristal dan akhirnya menjadi batu karang.

Sumber: Keluarga, Dr Zubaidi

Kredit foto: google images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia