X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bahana Turutkan Kemahuan Keluarga, Lebih 100 Tetamu Dijangkiti Covid-19, Pengantin Lelaki Maut Selepas 2 Hari Berkahwin

3 Jul, 2020
Bahana Turutkan Kemahuan Keluarga, Lebih 100 Tetamu Dijangkiti Covid-19, Pengantin Lelaki Maut Selepas 2 Hari Berkahwin

Bukan saja pengantin lelaki meninggal dunia selepas dua hari bergelar pengantin baru, tetapi lebih 100 tetamu yang hadir disahkan dijangkiti Covid-19!

Perkahwinan yang diimpikan dilaksanakan besar-besaran terpaksa dibatalkan kerana wabak Covid-19. Sudah pasti  bajet kahwin tinggi dikeluarkan, tak hairan jika ada yang sanggup pentingkan diri demi tidak mahu rugi.

Apa yang menyedihkan bukan saja pengantin lelaki yang menunjukkan gejala dijangkiti wabak maut itu meninggal dunia selepas dua hari bergelar pengantin baru, tetapi lebih 100 tetamu yang hadir disahkan dijangkiti Covid-19!

Bajet kahwin tinggi dikeluarkan keluarga tak mahu rugi!

bajet kahwin tinggi dikeluarkan

Lelaki malang dari India itu sudah menunjukkan simptom dijangkiti Covid-19 sebelum perkahwinan itu dijalankan tetapi tetap membuat perjalanan ke kampungnya di bandar Paliganj.

Bagaimanapun, keluarganya berkeras tidak mahu perkahwinan itu dibatalkan kerana bajet yang besar sudah dikeluarkan untuk melaksanakannya. 

Perkahwinan itu turut dihadiri kira-kira 350 tetamu iaitu 7 kali ganda melebihi angka 50 tetamu yang ditetapkan Kementerian Dalam Negeri negara berkenaan.

Seminggu selepas perkahwinan itu, 300 individu sudah diperiksa dan kira-kira 100 disahkan dijangkiti Covid-19 yang mana majoriti daripadanya adalah tetamu yang hadir dan ahli keluarga.

Advertisement

Lelaki berkenaan juga dikebumikan tanpa dibuat ujian jangkitan Covid-19 ke atasnya.

Kampung berkenaan sudah ditutup memandangkan ia tempat tercemar dengan virus.

Lebih teruk, pihak berkuasa hanya tahu mengenai perkara itu selepas ada tetamu yang membuat laporan. 

India terus dilanda Covid-19 dan berada di tangga keempat tertinggi dunia dengan 585,441 kes serta lebih 17,000 kematian.

SOP yang perlu dipatuhi sekiranya anjur majlis perkahwinan

bajet kahwin tinggi dikeluarkan

Kredit foto: Business insider

Jika mahu buat majlis kahwin, pastikan anda patuhi Proseder Operasi Standard (SOP) ini ya bakal pengantin! Jangan pula degil, nanti merana memakan diri.

Kementerian Perpaduan Negara pada Isnin mengeluarkan SOP bagi penganjuran majlis sosial termasuk kenduri, majlis perkahwinan dan pertunangan.

Garis panduan berkenaan dikeluarkan sebagai panduan untuk para penganjur yang ingin menganjurkan majlis-majlis sosial tersebut semasa tempoh Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

SOP ini juga terpakai untuk penganjuran kenduri atau majlis perkahwinan atau lain-lain majlis sosial di rumah ibadat bukan Islam.

Antara SOP yang perlu dipatuhi oleh penganjur majlis:

#1. Had kapasiti pengunjung

Had kapasiti kehadiran pengunjung seramai 250 orang (mengikut saiz ruang majlis)

#2. Mewajibkan penjarakan sosial

bajet kahwin tinggi dikeluarkan

kredit foto: wedding wire

Mewajibkan penjarakan sosial dalam kalangan tetamu yang hadir bagi mengelakkan jarak terlalu dekat. Susunan meja dan kerusi perlu mengikut etika penjarakan sosial.

Penganjur perlu memastikan tetamu makan dalam kedudukan penjarakan sosial dan tidak berkumpul semasa makan.

#3. Tempoh penganjuran

Tempoh penganjuran yang dibenarkan juga adalah selama tiga hingga lima jam sahaja. 

#4. Penganjur mesti boleh kawal keadaan

Majlis tidak dibenarkan sekiranya penganjur sukar untuk mengawal keadaan dan perilaku tetamu. Anda yang bakal dikenakan tindakan jika menyalahi mana-mana peraturan ya!

#5. Buffet tidak benarkan 

Hidangan makanan dalam bentuk buffet atau layan diri adalah tidak dibenarkan.

#6. Tidak dibenarkan berhimpun sama sekali

Tetamu dilarang berkumpul atau berhimpun di luar ruang majlis sebelum atau selepas selesai majlis.

#7. Sediakan hand sanitizer

Sekiranya berkemampuan adalah lebih baik menyediakan hand sanitizer untuk kegunaan tetamu.

#8. Tempat yang cukup untuk membasuh tangan

Sediakan tempat yang cukup untuk membasuh tangan yang dilengkapi dengan sabun.

#9. Pakai topeng muka

Sekiranya bergejala, pakai topeng muka, tetapi lebih baik tidak hadir terus! Bukan kerana anda sombong, tetapi kerana anda bertanggungjawab terhadap orang lain.

Tips buat pegantin PKPP

Walaupun anda pengantin PKPP, raikan hari bahagia anda sepenuhnya. Tidak semestinya tidak boleh buat majlis besar-besaran perkahwinan anda tidak meriah. Apa yang penting fikirkan hikmah di sebaliknya.

#1. Anda boleh fokus kepada perkara penting saja

Fokus kepada perkara penting. Keputusan untuk berkahwin dengan insan yang anda cintai pasti satu perkara yang membahagiakan. Namun kesan daripada penularan Covid-19 sudah tentu memberikan impak kepada majlis yang anda rancang.

Tetapi bukankah perkara paling penting adalah ikatan perkahwinan antara anda serta pasangan, dan bukannya majlis itu sendiri.

#2. Elak pembaziran

Banyak anda boleh jimatkan? Perasan atau tidak, mungkin wang yang dijimatkan itu boleh anda buat tambah aset bersama!

#3. Seringkas mungkin

Dalam konsep hiasan bagi majlis perkahwinan pula, amat disarankan untuk anda memilih sesuatu konsep yang ringkas dan mudah.

Semua individu, khususnya wanita mahukan majlis yang meriah dan cantik dengan dipenuhi bunga segar, hiasan mewah dan sebagainya.

Tetapi jika memilih untuk berkahwin ketika pandemik ini, pastinya ada beberapa keinginan yang tidak dapat dipenuhi.

Sumber:usatoday, astroawani, siakapkeli

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 

20 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Perkahwinan & Alam Rumah Tangga

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Bahana Turutkan Kemahuan Keluarga, Lebih 100 Tetamu Dijangkiti Covid-19, Pengantin Lelaki Maut Selepas 2 Hari Berkahwin
Kongsikan:
  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham