Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Perkongsian membina di laman media sosial memang amat diperlukan dalam waktu-waktu ramai orang ditimpa kesusahan ketika ini. Perkongsian seorang wanita mengenai kegigihan bakal suaminya mengumpul bajet kahwin mendapat pujian netizen.
Lelaki itu berjaya membuktikan putus asa bukan pilihan untuk menghadapi kehidupan penuh cabaran dan liku terutama dalam tahun serba mencabar ini.
Gadis berusia 23 tahun itu berkata pengalaman sehari mengikut suaminya melakukan kerja menjadi rider membuatkan dia lebih menghargai segala pengorbanan lelaki itu untuk mengumpul bajet kahwin mereka.
Gigih kumpul bajet kahwin
Kisahnya yang sedang menggalas beg makanan Grab Food menjadi tular selepas dia berkongsi gambar berkenana di laman sosial Twitter.
Bercerita kepada mStar, gadis berkenana mengakui gambar itu sudah agak lama diambil ketika menemani teman lelakinya yang ketika itu belum lagi mendapat pekerjaan baharu.
Menceritakan perkara itu, gadis berkenaan berkata dia memang selalu meminta untuk ikut kerana mahu merasa jadi rider, namun tidak dibenarkan oleh teman lelakinya. Namun, akhirnya permintaannya ditunaikan untuk ke kawasan yang dekat-dekat saja.
Katanya, pengalaman itu membuatkannya makin respect dengan usaha bakal suaminya. Dia rasa ingin cuba kerana lelaki berkenaan selalu bercerita bahawa panas, hujan dan sakit pinggang jika dia mengikutnya nanti.
Namun akhirnya dia dapat merasa juga. Sempatlah juga merasa disirami hujan. Lelaki berkenaan juga kini sudah mendapat pekerjaan baharu dan pasangan itu bakal berkahwin pada 16 September nanti! Semoga bahagia hingga ke syurga!
Tips kumpul duit kahwin
Tips ini mungkin boleh digunakan untuk perkara lain juga. Ada baiknya tidak perlu membazir untuk berkahwin. Mungkin hanya gunakan sedikit untuk majlis perkahwinan, selebihnya boleh digunakan untuk tujuan masa depan seperti menambah aset dan sebagainya.
Tidak salah belajar cara menyimpan kan? Bukan semua wang itu wajib dibelanjakan kepada majlis perkahwinan, gunakannya untuk masa depan yang lebih menjamin anda dan pasangan.
#1. Buat tabung kahwin
Walaupun belum jumpa calon, buat je tabung kahwin siap-siap. Mana tahu bila dah berkenan dengan putera idaman atau bidadari pilihan, boleh terus kahwin.
Tetapkan berapa lama anda mahu simpan dan amaun yang anda inginkan. Dengan adanya tabung anda akan jadi lebih berdisiplin dalam menyimpan duit kahwin.
#2. Simpan awal, jangan menyesal di kemudian hari
Kan bagus kalau simpan awal, tidaklah anda bersusah dan merana di kemudian hari. Ramai saja pasangan yang bercinta hingga 10 tahun, tapi sikit pun tak kumpul duit kahwin.
#3. Usaha kumpul duit
Duit tak turun dari langit. Anda perlu berusaha mencarinya. Ada yang buat satu akaun khas, dan bekerja sambilan tanpa langsung mengambil duit yang dimasukkan ke dalam bank. Malah ada yang meninggalkan kad bank mereka jauh di kampung contohnya.
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih kan?
#4. Elak hutang kad kredit
Tak perlulah berhutang. Ia bakal menyusahkan hidup anda jika tak mampu uruskannya. Gunakan cash supaya anda boleh pantau perbelanjaan dengan mudah.
Selain itu sekarang ini banyak aplikasi e-wallet yang boleh anda gunakan. Ada yang memberi pulangan point dan ia boleh ditukar dalam bentuk wang ringgit. Kan anda boleh berjimat tu?
#5. Bezakan keperluan dan kehendak
Jangan membazir wang kepada perkara berkait lifestyle kerana ia hanya akan memakan diri. Jika anda simpan wang, walaupun anda tidak kahwin, anda masih ada simpanan kan?
#6. Kurangkan dating!
Dah nak kahwin kan? Nak dating selalu sangat pun buat apa. Simpan rasa rindu anda itu, dah kahwin nanti berkepitlah puas-puas. Jika dating duit akan keluar lagi kan? Bila masa pula anda boleh menyimpan. Jadi tidak rugi kalau kurangkan dating, bukan menyimpan untuk orang lain, tetapi untuk pasangan dan anda juga kan?
#7. Jangan pinjam bank
Kalau terpaksa pinjam bank, bermakna anda belum mampu. Sila kumpul duit lagi, jangan berhutang untuk berkahwin. Lebih baik ia digunakan untuk membeli aset.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: mStar
Baca juga: Nak Kumpul Duit RM12,000 Dalam Masa Setahun Sahaja? Ini Caranya!