Risau Kepala Bayi 'Leper'? Ibu, Ini 8 Pilihan Bantal Bayi Terbaik Untuk Cegah Sindrom Flat Head

Boleh ke bayi tidur dengan bantal? Boleh, tapi kena pakai bantal bayi yang bersesuaian ya!

Pernah tak ibu ayah dengar tentang sindrom kepala rata pada bayi? Salah satu penyebab yang sering diperkatakan adalah bantal baby, padahal kebanyakan parents mengganggap penggunaan bantal bayi hanya untuk keselesaan anak, betul tak?

Sindrom kepala rata atau plagiocephaly merupakan keadaan di mana kepala bayi diratakan di satu sisi menyebabkannya kepalanya kelihatan sedikit tidak simetri. Ia terjadi kepada ramai bayi yang menggunakan bantal bayi, tetapi biasanya tidak menjadi penyebab utama kebimbangan kerana ia tidak memberi kesan pada otak bayi atau menyebabkan mereka sakit.

Ibu ayah boleh membantu mengelakkan kepala rata dengan memastikan kepala bayi tidak selalu berada dalam posisi yang sama. Teknik ini juga dapat membantu meningkatkan plagiocephaly yang dapat dilihat dan mendorong pembetulan semula jadi tengkorak, sehingga berumur sekitar 5 bulan.

Apakah Punca Sindrom Flat Head?

Punca paling biasa akan sindrom flat head adalah posisi tidur bayi. Bayi baru lahir berada pada posisi baring selama berjam-jam setiap hari, jadi kepala mereka kadang kala menjadi rata pada satu bahagian.

Ini berlaku tidak hanya ketika mereka tidur, tetapi juga ketika berada di dalam kerusi tempat duduk bayi di dalam kenderaan, baby carrier, stroller, buaian, dan bouncy seats.

Bayi pramatang adalah selalunya ada kecenderungan untuk mendapat flat head. Tengkorak mereka adalah lebih lembut berbanding bayi yang cukup matang. Mereka juga menghabiskan banyak masa pada bahagian belakang badan mereka tanpa bergerak atau diangkat kerana keperluan medikal, seperti duduk di dalam unit rawatan rapi neonatal.

Sindrom kepala rata boleh bermula sebelum lahir jika tekanan ke atas tengkorak bayi dari pelvis ibu atau kembar. Malah, ramai bayi daripada banyak kelahiran yang lahir dengan kepala yang mempunyai sedikit spot rata.

Sindrom flat head disebabkan oleh otot leher yang tegang yang menjadikan ia sukar untuk bayi untuk memusingkan kepalanya. Kondisi leher ini dipanggil torticollis. Kerana sukar untuk memusingkan kepala, bayi cenderung untuk mengekalkan kepala mereka di dalam posisi yang sama ketika baring. Ini boleh menyebabkan flattening.

Kemudian, pabila kepala mempunyai spot rata, torticollis boleh jadi teruk. Ia mengambil banyak tenaga untuk bayi memusingkan kepalanya. Jadi mereka yang dengan flattening yang teruk pada satu sisi cenderung untuk kekal pada sisi itu, dan leher mereka akan menjadi kaku akibat kurang pergerakan.

Bagaimanakah Sindrom Flat Head Boleh Dirawat atau Dicegah?

Penjaga perlu selalu meletakkan bayi di dalam posisi baring untuk tidur untuk membantu mencegah sindrom kematian mengejut bayi (SIDS), walaupun dengan kemungkinan akan berlakunya sindrom flat head. 

Jadi apa yang ibu ayah boleh lakukan dalam merawat sindrom flat head berikutan posisi baring dan tidur? Amalan seperti menukar posisi tidur bayi, mendukung bayi, dan memberikan lebih “tummy time" boleh membantu ia beransur pulih. Cuba tips ini:

1. Amalkan “tummy time."

Berikan lebih masa dengan pantauan penjaga untuk bayi meniarap di atas perut mereka ketika mereka bangun pada waktu siang. “Tummy time" membantu menormalkan bentuk kepala pada bahagian belakang.

Ia menggalakkan bayi untuk belajar tentang dunia. Ia juga membantu bayi untuk menguatkan otot leher dan belajar untuk push up menggunakan lengan mereka. Ini menolong dalam membina otot yang diperlukan untuk merangkak dan duduk.

2. Kerapkan mendukung bayi

Hadkan anak anda meluangkan masa berbaring pada bahagian belakang atau dengan head resting di atas permukaan rata (seperti di dalam kerusi tempat duduk di dalam kereta, stroller, buaian, dan kerusi bouncy).

Sebagai contoh, jika bayi anda telah terlena di dalam kerusi tempat duduk di dalam kereta, bawa keluar bayi anda dari kerusi tersebut apabila anda tiba di rumah berbanding membiarkan si comel terus tidur di dalam kerusi tersebut.

Angkat dan pegang bayi anda dengan kerap, yang mana akan meringankan tekanan pada kepala mereka.

3. Tukar posisi kepala mereka sewaktu tidur

Menukar posisi kepala bayi (dari kanak ke kiri, dari kiri ke kanan) apabila bayi anda sedang tidur pada posisi baring. Malah jika bayi anda bergerak sekitar waktu malam, letakkan bayi anda dengan sisi kepala yang bulat menyentuh tilam dan sisi yang rata memandang ke atas. 

4. Gunakan bantal baby direka khas untuk merawat atau mencegah flat head

Zaman sekarang pelbagai inovasi yang kita boleh temui, termasuklah bantal baby yang boleh mencegah sindrom flat head.

Bantal Bayi Khusus Elak Terjadinya Flat Head Syndrome

Selain daripada cara di atas, ibu ayah boleh juga elak keadaan ini berlaku dengan penggunaan bantal baby khusus juga. Bantal baby ini biasanya mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Material dengan ventilasi yang baik
  • Saiz mudah dibawa ke mana-mana
  • Mudah dijaga dan dibasuh
  • Berkesan untuk elak terjadinya flat-head syndrome

8 Bantal Bayi Terbaik Di Pasaran

Selain bagi mengelakkan terjadinya sindrom kepala rata, bantal baby yang bagus juga setidaknya bukan sahaja dapat mengatasi masalah kepala yang rata, tetapi juga masalah lain seperti refluks asid, kolik, kesesakan, atau hanya untuk keselesaan kepada si manja.

Mari kita lihat bantal bayi kepala rata yang paling popular di pasaran sekarang:

8 Bantal Bayi Terbaik Di Pasaran
Mama's Choice Pillow
Bantal Bayi Terbaik Secara Keseluruhan
Beli di Shopee
Lufgitter Silicone Nest U-Form
Terbaik Paling Selesa
Beli di Shopee
Beauty Shape Baby
Terbaik Hipoalergenik
Beli di Shopee
Boppy Original Newborn Lounger
Terbaik Senang Cuci
Beli di Shopee
Getha Baby Dimple Latex
Terbaik Dengan Kandungan Getah Asli
Beli di Shopee
Candide P'tit Panda Air+
Bantal Bayi Terbaik Anti Kepam
Beli di Shopee
Babymoov Lovenest Anatomical Head Cushion
Terbaik Yang Dibangunkan Pakar Paediatrik
Beli di Shopee
Akarana Baby Newborn Latex Pillow
Terbaik Untuk Aksesori Baby Gear
Beli di Shopee

Mama’s Choice Flat Head Prevention Pillow

Bantal Bayi Terbaik Secara Keseluruhan

Bantal baby Mama’s Choice didatangkan dengan pilihan warna yang menarik dan reka bentuk yang comel. Produk ini dilengkapi dengan kontur cekung yang sangat sesuai untuk menjaga bentuk asli kepala bayi dan mengelakkan ketegangan otot leher yang berisiko menjadikan kepala bayi menjadi montok.

Paling best sekali, bantal bayi ini diperbuat daripada 100% memory foam organik jadi, ianya mempunyai pengudaraan yang baik buat bayi anda!

Apa yang paling kami suka ialah dengan material bantal bayi ini yang lembut dan organik, ia meminimumkan risiko alergi bayi kepada debu dan pepijat jadi, ibu tidak perlu risau jika kulit bayi anda sensitif! Anda boleh mendapatkannya dalam 3 warna yang menarik iaitu biru, merah jambu dan kuning.

Apa yang kami suka?

  • Mencegah sindrom kepala rata atau sakit kepala pada bayi
  • 100% busa memori organik dengan ketebalan 3 cm yang lembut dan sejuk
  • Bahan luar kapas lembut yang memberikan sentuhan lembut, bayi akan tidur lena sepanjang malam!
  • Reka bentuk ergonomik, sesuai untuk pelbagai tempat seperti tempat tidur, kereta sorong, tempat duduk kereta, dan lain-lain.
  • Sesuai untuk posisi tidur terlentang dan tidur sisi
  • Didatangkan dalam 3 warna yang cantik, ibu mesti pening nak pilih!
  • Material yang sesuai untuk kulit sensitif bayi

Lufgitter Silicone Nest U-Form

Bantal Bayi Terbaik Paling Selesa

Lufgitter Silicone berbentuk U adalah penyelesaian untuk mencegah plagiocephaly, yang dikenali sebagai sindrom kepala datar. Bantal kepala yang khusus buat si manja yang baru lahir dengan material lembut dan selesa.

Ia memberikan banyak keselesaan sambil tetap memberikan sokongan penting untuk menjaga kepala bayi dalam keadaan yang betul.

Apa yang kami suka?

  • Diperbuat dari 100% kain bamboo, jadi selesa dan selamat untuk bayi.
  • Lembut dan tahan lama, boleh dipakai dalam jangka masa yang lama.
  • Ventilasi yang baik, kepala bayi tidak mudah berpeluh.
  • Bahagian tengah bantal juga cekung untuk membantu mencegah terjadinya sindrom kepala rata.
  • Berukuran 50×24.5×3.7cm menjadikannya cukup kecil untuk muat hampir di mana sahaja.

Beauty Shape Baby

Bantal Bayi Terbaik Hipoalergenik

Bantal baby jenama Beauty Shape Baby dapat mencegah penyakit kepala (disebut sindrom kepala datar) dan memperbaiki bentuk kepala, membawa sokongan ke leher dan membiarkan tulang belakang serviks membesar secara semula jadi.

Untuk produk bayi, Beauty Shape Baby menekankan prinsip keselamatan dan keselesaan. Produk ini menggunakan Bamboo Charcoal + Beau Foam berkualiti tinggi untuk memastikan keselesaannya.

Apa yang kami suka?

  • Kapas hypoallergenic sesuai untuk bayi yang mempunyai alahan.
  • Membetulkan postur tidur untuk mengelakkan leher sakit dan mencegah sindrom kepala rata berusia bayi 0 hingga 24 bulan.
  • Membantu tidur bayi dalam keadaan yang betul.
  • Menyerap peluh, mengelakkan alahan, antibakteria, dan anti hama.
  • Menjaga penutupan fontanelle, menggalakkan perkembangan otak.
  • Kain boleh bernafas dan sejuk.
  • Alas material kapas yang boleh dibasuh, memudahkan kerja ibu.
  • Mendakap bayi seperti dilindungi, bayi tidur lebih lena

Boppy Original Newborn Lounger

Bantal Bayi Terbaik Senang Cuci

The Boppy Newborn Lounger dilengkapi dengan kain bernafas dengan cetakan keseluruhan. Tidak ada ritsleting atau butang, menjadikannya sangat selesa untuk bayi.

Ia boleh dilap dengan kain lembap untuk kotoran kecil dan masukkan ke dalam mesin basuh sahaja jika terlampau kotor. Tetapi harus diingat ya, produk ini adalah untuk waktu terjaga bayi yang diawasi dan bukan untuk tidur.

Apa yang kami suka?

  • Corak bantal bayi yang menarik
  • Material fabrik dengan pengudaraan yang baik, kepala bayi tidak mudha berpeluh.
  • Reka bentuk yang mudah dibawa kemana-mana
  • Mudah untuk dijaga dan dibersihkan
  • Sesuai untuk bayi berusia 0-4m | maksimum 16 paun atau ketika bayi boleh berguling

Getha Baby Dimple Latex Pillow

Bantal Bayi Terbaik Dengan Kandungan Getah Asli

 

Getha Baby Dimple Pillow ialah bantal yang direka bentuk secara ergonomik agar sesuai dengan kepala bayi disyorkan untuk bayi baru lahir dan ke atas.

Bantal ini mempunyai poket kepala untuk mengurangkan tekanan pada tengkorak bayi yang rapuh dan mencegah sindrom kepala rata, malah amat sesuai untuk bayi yang mempunyai sedikit tempat rata di kepala kerana bantal ini boleh membantu membentuk kepala bayi membulat secara semula jadi.

Getha Baby Dimple Pillow ini diperbuat daripada 100% kandungan latex asli yang menjadikannya hipoalergenik semulajadi, anti-bakteria dan lembut pada kulit bayi.

Selain itu bantal ini juga memberikan sokongan yang kukuh untuk kepala, leher dan bahu bayi serta mengurangkan risiko sesak nafas dengan memastikan bayi benat-benar selesa untuk tidur lena setiap malam!

Apa yang kami suka :

  • Diperbuat daripada fabrik PPE kalis air yang lembut dengan gred perubatan serta sarung bantal juga mudah dibasuh.
  • Mempunyai lubang pin untuk pengudaraan udara, kelembapan dan bau yang sangat baik jadi amat selesa untuk kepala bayi.
  • Environment friendly kerana bebas toksik, biodegradasi dan mampan.
  • Sesuai untuk bayi baru lahir sehingga usia 6 bulan.
  • Merupakan jenama khusus untuk tilam dan bantal, jadi lebih dipercayai dalam menghasilkan bantal yang berkualiti.

Candide P’tit Panda Air+

Bantal Bayi Terbaik Anti Kepam

Direka dengan memory foam yang telah dibangunkan untuk meninggikan kepala bayi supaya ia mengekalkan bentuk bulat yang baik, ibu boleh merasa yakin dengan postur yang baik untuk bayi anda serta mengurangkan kemungkinan berlakunya sindrom kepala rata.

Jahitan jenis jaringan membolehkan peluh keluar dengan baik tanpa menyebabkan bau kepam, jaringnya dijahit di tengah mengikut bentuk tengkorak bayi dengan membenarkan udara mengalir dengan baik untuk keselesaan bayi.

Apa yang kami suka :

  • Rekaannya yang comel, dalam bentuk haiwan panda dengan pelbagai pilihan warna menarik.
  • Sesuai untuk bayi baru lahir sehingga usia 6 bulan.
  • Sangat lembut pada kepada bayi, pastinya bayi akan tidur lena sepanjang malam.

Babymoov Lovenest Anatomical Head Cushion

Bantal Bayi Terbaik Yang Dibangunkan Pakar Paediatrik

 

Dibangunkan oleh pakar pediatrik dari Perancis, Dr. Maidenberg, kusyen kepala yang dipatenkan secara anatomi untuk kepala membulat dengan elok, sudut condong dan bentuk yang dipatenkan membantu mengekalkan kepala cantik dan bulat bagi mengelakkan sindrom flat head.

Diperbuat daripada material jersi yang breathable untuk menjamin pengudaraan yang baik sambil menyokong kepala dan leher, bantal ini boleh digunakan sejak lahir dengan memastikan kecenderungan bentuk kepala menerusi tekanan yang diagihkan sama rata ke atas tengkorak kepala dan mengurangkan tekanan pada bahagian belakang kepala bayi, membantu mencegah sindrom kepala flat head.

Apa yang kami suka :

  • Sesuai juga untuk aksesori baby gear, seperti bouncer bayi, buaian, katil bayi mudah alih, carseat dan stroller dengan memaksimumkan kepala dan sokongan leher untuk bayi anda sepanjang hari.
  • Mudah dicuci, digalakkan dicuci dengan tangan bagi menjaga kualiti bantal.
  • Lembut pada kepala bayi, bayi pastinya merasa selesa dan tidur lena.

Akarana Baby Newborn Latex Pillow

Bantal Bayi Terbaik Untuk Aksesori Baby Gear

Akarana Baby Newborn Baby Latex Pillow merupakan bantal dengan kedudukan untuk pembetulan saintifik bagi mencegah sindrom flat head.

Alur kepala dan cerun serviks direka agar sesuai dengan lengkung kepala dan leher bayi dengan kedudukan secara seragam bagi tekanan kepala bayi, melindungi leher bayi dan membentuk bentuk kepala yang sempurna.

Diperbuat dengan 100 peratus zarah lateks manakala sarung bantal diperbuat daripada kapas lembut dan mudah bernafas, bantal ini membantu bayi anda mencapai tidur yang lebih lena.

Gunakannya juga sebagai sisipan untuk bassinet, gim bayi, stroller, katil bayi dan banyak lagi untuk memaksimumkan sokongan kepala dan leher yang diperlukan bayi.

Apa yang kami suka :

  • Boleh melindungi leher bayi, anak akan tidur lebih selesa.
  • Sesuai untuk bayi baru lahir sehingga usia setahun, boleh dipakai lebih lama.
  • Mudah dibasuh, digalakkan dibasuh dengan tangan bagi menjaga kualiti bantal.
  • Sangat lembut, tetapi tidak mudah leper.

Perbandingan Harga Bantal Baby Terbaik di Pasaran

Jenama Harga (RM)
Mama’s Choice Flat Head Prevention Pillow RM59.90
Lufgitter SiliconeNest U-Form RM118.00
Beauty Shape Baby RM120-280.00
Boppy Original Newborn Lounger RM320.00
Getha Baby Dimple Latex Pillow RM89.10
Candide P’tit Panda Air+ RM117.00
Babymoov Lovenest Anatomical Head Cushion RM98.00-159.00
Akarana Baby Newborn Latex Pillow RM32.00

Tip Bayi Tidur Lena Sepanjang Malam

Menurut Kementerian Kesihatan, pada keseluruhannya, bayi akan lebih tidur pada waktu siang dan malam hari, dia hanya akan terjaga apabila tiba waktu makan. Bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan siang atau malam dan boleh tidur dalam purata 16 jam sehari, 2 hingga 4 jam terus-menerus di antara waktu makan.

Menidurkan bayi boleh menjadi saat yang mengerikan bila anak tidur hanya sebentar sahaja dan tidak lena. Ada juga berlaku bila ibu sudah tidurkan bayi, dan anda mahu bangun melakukan kerja, bayi pantas sahaja bangun semula seakan mengetahui ibu tidak ada di sisi.

Bayi baru lahir sebenarnya masih belum memahami ritma kehidupannya. Dalam erti kata lain, si manja masih belum tahu bila waktu tidur, waktu makan dan sebagainya. Di sinilah tugas ibu dan bapa bermula bagi membentuk cara tidur serta waktu tidur anak.

Bagi membantu si manja mendapatkan tidur yang lena pada malam hari, ibu ayah boleh cuba ikuti panduan daripada Kementerian Kesihatan di bawah;

1. Posisi tidur

American Academy of Paediatrics mencadangkan posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah tidur terlentang dan bukan meniarap atau mengiring. Kejadian kematian bayi secara mengejut (Sudden Infant Death Syndrome-SIDS) telah berkurangan ke 50% semenjak posisi tidur ini dicadangkan pada tahun 1992.

Posisi ini dikecualikan pada bayi yang cacat di bahagian kepala atau mempunyai lidah besar yang akan menyekat penafasan.

2. Tempat tidur

  • Tidurkan bayi secara terlentang di atas tilam yang padat dan kemas di katil bayi mengikut tahap keselamatan terkini.
  • Jangan menggunakan bantal, pelapik tilam, selimut, permainan yang ada bahagian-bahagian kecil dan penghadang katil yang tidak selamat.
  • Jika menggunakan selimut, posisikan kaki bayi di penghujung palang katil.
  • Selimutkan bayi dengan selimut yang nipis ke paras dadanya.
  • Pastikan kepala bayi tidak tertutup dengan selimut apabila tidur.
  • Jangan tidurkan bayi atas tilam air, sofa, tilam yang lembut, bantal atau di permukaan yang lembut.
  • Pastikan bayi memakai pakaian yang nipis semasa tidur dengan suhu bilik yang sesuai.
  • Elakkan menyelimut bayi secara berlebihan dan pastikan suhu badan bayi tidak panas.
  • Bayi sepatutnya tidur terlentang. Bayi boleh di tiarapkan ketika jaga untuk perkembangan otot, mata dan bagi mengelakkan belakang kepala bayi menjadi leper.

Mengikut laporan, bayi yang berkongsi katil dengan orang lain boleh membahayakan bayi tersebut. Ikutilah panduan-panduan berikut:-

  • Letakkan katil bayi berdekatan dengan katil ibubapa untuk memudahkan penyusuan ibu dan sentuhan.
  • Sekiranya ibu memilih untuk menyusukan bayi di atas katil, pastikan bayi tidak tidur dalam posisi meniarap di permukaan tilam yang lembut atau cadar yang tidak kemas/longgar. Katil perlu dijauhkan dari dinding dan perabot untuk mengelakkan bayi daripada tersepit.
  • Orang dewasa selain dari ibu bapa dan anak-anak yang lain tidak boleh berkongsi tempat tidur dengan bayi.
  • Ibu atau bapa yang memilih untuk berkongsi tempat tidur dengan bayi tidak boleh merokok, menggunakan dadah atau mengambil alkohol yang akan membahayakan penjagaan bayi.

3. Membantu bayi tidur

  • Hindarkan rangsangan yang berlebihan ketika menyusukan bayi di waktu malam dan ketika menukar lampin.
  • Gelapkan bilik dan pastikan bilik adalah selesa dan senyap.
  • Pakar menasihatkan agar bayi dipangku sebelum tidur dan dialihkan ke katil sebelum bayi tidur. Dengan cara ini bayi akan belajar tidur dengan sendiri.
  • Memainkan muzik yang berirama perlahan bila tiba waktu tidur, bantuan muzik boleh membentuk jadual tidur berkala.

Semoga artikel ini dapat membantu ibu. Tidur yang mencukupi dan berkualiti amat penting untuk tumbesaran bayi. Jika tidurnya terganggu anak tidak dapat membesar dengan baik. Semoga bermanfaat!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bilakah Bayi Anda Boleh Mula Tidur Dengan Bantal?

Baca juga: Bantal Menyusu Bayi Membuatkan Ibu dan Si Manja Lebih Selesa. Jom Dapatkan Antara Yang Terbaik di Pasaran!

Baca juga: Bila Bayi Anda Boleh Guna Bantal Dan Selimut Untuk Tidur? Kami Ada Jawapannya!

Penulis

Contributor