Sakit Belakang Ketika Hamil? 8 Bantal Mengandung Terbaik Ini Bantu Ibu Tidur Nyenyak, Boleh Juga Jadi Bantal Menyusu!

Kalau ada bantal menyusu, bukan ibu saja tak sakit badan lagi, malah bayi juga selesa dan keselamatan terjamin kerana mempunyai permukaan yang lembut!

Perubahan yang berlaku terhadap fizikal wanita hamil dalam tempoh kehamilan menyebabkan ketidakselesaan kepadanya walaupun dalam keadaan duduk mahupun ketika sedang berbaring, jadi untuk mengatasi masalah ini, bakal ibu boleh menggunakan bantal mengandung atau maternity pillow yang boleh membantu mengurangkan kesakitan tersebut.

Bantal pregnant adalah salah satu ciptaan inisiatif yang diambil untuk memberikan keselesaan yang maksimum kepada wanita hamil yang dibuat khusus untuk keselesaan dan sokongan postur badan dalam pelbagai posisi supaya wanita hamil mendapatkan tidur yang nyenyak.

Selain itu, bantal pregnantbiasanya direka 2 dalam 1 supaya boleh digunakan selepas bersalin iaitu ketika menyusukan bayi pula.

Tip Membeli Bantal Mengandung Terbaik

Sebelum mendapatkan bantal mengandung, ada beberapa ciri-ciri yang perlu disemak terlebih dahulu. Hal ini bagi memastikan bantal ibu mengandung ini cukup baik malah mungkin boleh digunakan dalam jangka masa panjang!

1. Harga

Bantal mengandung sangat popular dalam kalangan ibu-ibu mengandung ekoran keselesaan dan kualiti yang ditawarkan. Oleh itu, bantal hamil telah mendapat permintaan tinggi sekaligus menyebabkan harganya mencanak naik.

Jadi, adalah lebih baik untuk sentiasa merujuk kepada belanjawan anda untuk mengelakkan perbelanjaan secara berlebihan.

2. Material

Memilih bantal untuk ibu mengandung dengan bahan yang betul adalah penting untuk mendapatkan bantal yang berkualiti dan memberikan keselesaan yang maksimum. Batal perlulah diperbuat daripada bahan tahan lama supaya ia boleh digunakan dalam jangka masa yang lama.

3. Pelbagai fungsi

Jika boleh pastikan ibu membeli bantal pregnant yang turut mempunyai fungsi sebagai bantal untuk menyusu dan bantal untuk meletakkan bayi. Bantal menyusu biasanya mempunyai harga yang mahal jadi pastikan fungsinya berbaloi dengan wang yang telah dibelanjakan.

4. Saiz

Ini penting untuk digunakan pada waktu penyusuan kelak. Sekiranya terlalu besar, bayi mungkin tergelincir dan menyukarkan penyusuan tetapi jika bantal terlalu kecil, ia mungkin meninggalkan ruang antara paha dan bantal dan boleh meluncur ke bawah. Contohnya, bantal berbentuk ‘O’ bagus untuk sokongan belakang manakala bantal berbentuk bulan sabit baik untuk sokongan kepala bayi.

  • Mudah alih: Sekiranya ibu kerap bawa bantal ke mana-mana, mungkin lebih baik untuk membeli model mudah alih yang lebih kecil.
  • Mudah dibersihkan : Lebih baik jika bantal mempunyai sarung bagi memudahkan kerja pembersihan.

8 Bantal Mengandung Terbaik di Pasaran

Bagi membantu parents, kami senaraikan beberapa bantal mengandung dan menyusu bayi pilihan kami.

Bantal Mengandung Terbaik
Babylove Premium Nursing Pillow With Case
Terbaik Selamat Dan Selesa Untuk Ibu Dan Bayi
Beli di Shopee
DOOMOO Buddy Nursing Pillow
Terbaik Keseluruhan
Beli di Shopee
Theraline Maternity and Nursing Pillow
Terbaik Boleh Lentur
Beli di Shopee
Mamaway Non-toxic Maternity Support & Nursing Moon Pillow
Terbaik Tidak Bertoksik
Beli di Shopee
Waist Back Pregnancy Pillow
Terbaik Harga Murah
Beli di Shopee
ECOBB Extra Large U Shape Maternity Pillow
Terbaik Dengan Sokongan Seluruh Badan
Beli di Shopee
Chicco Bobby Custome Fit Total Body Pillow
Terbaik Dengan Keselesaan Head-To-Toe
Beli di Shopee
Holabebe Pregnancy Leg Elevation Pillow
Terbaik Untuk Sokongan Ligamen Dan Otot
Beli di Shopee

Babylove Premium Nursing Pillow

Bantal Mengandung Terbaik Selamat Dan Selesa Untuk Ibu Dan Bayi

Bantal mengandung Babylove ini direka untuk ibu dan bayi dengan keselamatan, keselesaan dan sokongan peluk sepanjang perjalanan ibu dari sejak hamil sehinggalah ke fasa selepas bersalin.

Ia sangat sesuai untuk membawa keselesaan pada bahagian pinggang, penyusuan untuk bayi tidak pernah rasa semudah ini sebelum pemakaiannya yang mana cukup efforless melegakan tekanan pada bahagian lengan, bahu, leher dan malah juga paha ibu.

Babylove Premium Nursing Pillow membawa lebih daripada sekadar keselesaan kepada ibu tetapi juga kepada bayi, menjamin keselamatan bayi anda dengan ketenangan minda.

Apa yang kami suka?

  • Beg simpanan bantal PVC untuk kemudahan dan pengalaman yang menjaga kebersihan memastikan yang bayi anda selamat daripada kuman yang tidak diingini dan bakteria di dalam indoor mahupun outdoor.
  • Sarung bantal jenis kapas premium semula jadi 100 peratus tidak bertoksik yang boleh ditukar untuk keselesaan yang ekstrem, boleh bernafas dan mesra alam untuk kedua-dua ibu dan bayi.
  • Isi serat poliester bergred 100 peratus virgin, memastikan yang bantal dalam bentuk yang sepatutnya walaupun selepas dicuci di dalam mesin basuh.
  • Bantal dan sarung bantal adalah selamat untuk dicuci di dalam mesin basuh dan mesin pengering dengan suhu normal.

DOOMOO Buddy Nursing Pillow

Bantal Mengandung Terbaik Keseluruhan

DOOMOO Nursing Pillow bukan sahaja selesa dan lembut, malah produk ini boleh digunakan sedari ibu hamil lagi dengan memberi sokongan tambahan pada perut.  Produk ini juga mudah dicuci dengan menanggalkan alas luarnya sahaja.

Penggunaan DOOMOO Nursing Pillow juga dapat membantu mengurangkan sakit belakang ketika tidur, membantu menjaga postur badan serta mengurangkan tekanan pada bahagian leher, bahu, perut, belakang badan, pinggang dan kaki. Bantal untuk ibu mengandung ini boleh juga digunakan untuk memberi sokongan semasa penyusuan bayi anda.

Apa yang kami suka:

  • Pengisian manik-manik mikro memungkinkan untuk kelembutan dan pembentukan yang mudah
  • Material luar diperbuat daripada bahan elastik lembut 
  • Penutup luar boleh ditanggalkan dan dicuci
  • Pelbagai penggunaan sebagai bantal sokongan kehamilan, bantal menyusu, alat sokongan bayi
  • 95% kapas organik & 5% elastana

Theraline Maternity and Nursing Pillow

Bantal Mengandung Terbaik Boleh Lentur

Berbeza dengan bantal mengandung lain, Theraline berbentuk panjang dan boleh dilentur untuk disesuaikan dengan badan anda tanpa mengira posisi berbaring dan duduk.

Tidak seperti bantal lain yang menyusut setelah digunakan, bantal ini tetap kukuh di tempatnya kerana penutup berkualiti premiumnya yang sempurna dipenuhi dengan kepala mikro yang terasa seperti pasir namun ringan seperti bulu.

Tambahan pula, Theraline Nursing Pillow bukan sahaja anti-alergenik tetapi juga hangat tetapi mempunyai pengudaraan yang baik. Pembersihan juga mudah kerana boleh dicuci pada suhu 60 ° C.

Apa yang kami suka:

  • Pengisian mikrob ringan
  • Anti alahan
  • Bebas dari bahan bahaya
  • Boleh disesuaikan dalam pelbagai posisi

Mamaway Non-toxic Maternity Support & Nursing Moon Pillow

Bantal Mengandung Terbaik Tidak Bertoksik

Bantal menyusu dari Mamaway ini mendapat anugerah Mother & Baby Awards Most Popular Nursing Pillow 2017 Gold. Buat para bakal ibu, pastinya akan tiba masa sewaktu tempoh hamil yang mana bantal hamil menjadi peneman paling penting ketika di katil beradu selain daripada pasangan anda. 

Jadi, bantal menyusu Mamaway boleh dijadikan peneman penting ibu. Ia diperbuat daripada material berkualiti tinggi. Bantal berbentuk bulan ini akan memasuki kehidupan anda sebagai peneman snuggle terbaik serta melengkapi sebagai satu bantuan tidak terhingga untuk proses menyusu bayi dengan postur badan yang betul, yang mana ia adalah kunci kepada pengalaman menyusu paling berjaya. 

Tidak hanya si ibu akan menyukainya, malah bayi juga akan menggemarinya kerana keselesaannya. Gunakannya sebagai booster ring lembut untuk si kecil apabila mereka sedang belajar untuk duduk.

Untuk para ibu yang mempunyai kesukaran untuk mencari posisi yang selesa untuk tidur sewaktu mengandung, hanya perlu pasangkan tali pinggang hamil dan letakkan bantal di antara peha untuk memudahkan tidur malam anda.

Apa yang kami suka:

  • Mendapat anugerah Mother & Baby Awards Most Popular Nursing Pillow 2017 Gold
  • Material berkualiti tinggi
  • Membantu memastikan postur badan betul ketika penyusuan
  • Foam bergred medikal hipoalergenik
  • Sangat breathable dengan pori menyerap lembapan yang memastikan anda dan bayi bebas peluh
  • Pengimbang suhu
  • Lembut, licin, anti-bakteria dan bebas toksik
  • Ideal untuk bayi dengan masalah ekzema, asthma, dan alergi
  • Molding kepada tubuh anda seperti air untuk keselesaan dan sokongan
  • Fungsi anti-bakteria yang kekal tidak berubah biarpun selepas basuhan demi basuhan

Waist Back Pregnancy Pillow

Bantal Mengandung Terbaik Harga Murah

Pilihlah bantal ini sekiranya anda sedang mencari sesuatu yang selesa untuk menampung perut yang sedang membesar terutamanya ketika berbaring secara mengiring. Bantal ini direka dengan bentuk yang dapat memberi sokongan untuk bahagian perut dan pinggang.

Reka bentuk bangal dengan pelindung pinggang sesuai dengan lengkung tulang belakang, menyokong pinggang, mengurangkan tekanan pada pinggang, dan meredakan sakit belakang dan dapat menyokong perkembangan janin.

Pengunaannya yang selesa membuatkan anda tidur lena tanpa perlu rasa sakit di bahagian pinggang!

Apa yang kami suka :

  • Reka bentuk yang lebih besar dan lebih luas untuk melindungi perut ibu hamil.
  • Dapat melegakan tekanan pada perut yang semakin meningkat secara beransur-ansur, mengisi jurang antara perut dan katil, dan memberi sokongan yang betul kepada perut semasa kehamilan.
  • Bantal ini diperbuat daripada material kapas yang mesra kulit, tiada statik, mesra alam, tiada rangsangan, lembut semula jadi, tidak mudah membiakkan bakteria dan boleh dibasuh dengan tangan atau dengan menggunakan mesin basuh.

ECOBB Extra Large U Shape Maternity Pillow

Bantal Mengandung Terbaik Dengan Sokongan Seluruh Badan

ECOBB Maternity Pillow mempunyai reka bentuk yang menawarkan sokongan seluruh badan, jadi anda boleh mengiring ke kiri atau ke kanan tanpa membuatkan badan terasa sengal akibat perubahan posisi.

Ia direka dengan rekaan ergonomik berbentuk huruf U agar sesuai untuk ibu mengandung dan juga sesiapa saja yang biasa tidur dalam keadaan mengiring. Bantal ini lembut dan boleh digunakan sebagai kusyen belakang.

Apa yang kami suka :

  • Saiz bantal yang besar dapat menyokong berat ibu hamil.
  • Didatangkan dengan corak rona warna yang polos dan lembut serta sarungnya mudah untuk ditanggalkan dan dibasuh.
  • Sesuai diguna masa mengandung dan boleh dijadikan bantal menyusu selepas lahir.

Chicco Bobby Custome Fit Total Body Pillow

Bantal Mengandung Terbaik Dengan Keselesaan Head-To-Toe

Chicco Body Pillow premium ini menjamin keselesaan anda secara maksimum apabila digunakan. Bantal ini sangat sesuai dan selesa untuk posisi tidur mengiring kerana dapat memberi sokongan pada bahagian belakang, perut dan lutut.

Potongan bantal ini dapat membantu dalam meredakan sakit otot dan keletihan malah bentuk dan isian berkontur yang unik direka untuk mengikut bentuk badan ibu dari kepala hingga ke kaki bagi menjamin sokongan penuh kepada badan ibu. 

Apa yang kami suka :

  • Sarungnya mudah untuk ditanggalkan dan dibasuh, sama ada menggunakan mesin basuh atau tangan. Paling menarik, sarungnya juga tidak mudah carik dan berbulu ketika dibasuh.
  • Menyokong pemulihan selepas bersalin dengan memberi tidur yang nyenyak.

Holabebe Pregnancy Leg Elevation Pillow

Bantal Mengandung Terbaik Untuk Sokongan Ligamen Dan Otot

Direka agar dapat melegakan kesakitan akibat hemorrhoid (urat bengkak) semasa hamil serta melancarkan peredaran darah dan mengekalkan postur badan yang dengan baik semasa duduk, bantal dari Holabebe ini juga dapat meningkatkan peredaran darah sekaligus menyokong ligamen dan otot anda.

Ketika berbaring ibu akan rasa lebih selesa jika kedudukan kaki ditinggikan sedikit jadi bantal ini dapat menjaga posisi kaki anda yang bagus untuk melegakan sakit lutut, sakit kaki, dan sakit pinggul, dan meningkatkan peredaran.

Apa yang kami suka :

  • Apabila bersalin nanti, bantal ini sesuai diletakkan sebagai pelapil pinggang ketika menyusukan bayi.
  • Diperbuat daripada campuran material kapas, linen dan polyster yang lembut dan mudah dicuci.

Perbandingan Harga Bantal Mengandung Terbaik

Jenama Harga (RM)
Babylove Premium Nursing Pillow RM119.90
DOOMOO Buddy Nursing Pillow RM428.00
Theraline Maternity and Nursing Pillow RM399.20
Mamaway Non-toxic Maternity Support & Nursing Moon Pillow RM439.90
Waist Back Pregnancy Pillow RM18.88
ECOBB Extra Large U Shape Maternity Pillow RM89.90
Chicco Bobby Custome Fit Total Body Pillow RM399.00
Holabebe Pregnancy Leg Elevation Pillow RM57.90

Kelebihan Bantal Mengandung dan Bantal Menyusu

Salah satu cabaran terbesar semasa hamil adalah untuk mendapatkan posisi tidur yang selesa. Mendapatkan waktu tidur yang mencukupi sewaktu hamil adalah satu komponen penting bagi mengekalkan kesihatan ibu dan anak di dalam kandungan.

Dalam pada itu, menyusukan anak juga bukanlah perkara yang mudah dilakukan, apatah lagi bagi para ibu yang baru belajar cara melakukan penyusuan badan yang sempurna bersama bayi.

Bantal pregnant 2 dalam 1 ini bukan sahaja dapat membantu ibu menyusu tanpa merasa letih, malah si manja juga sentiasa selesa. Berikut merupakan beberapa kelebihan bantal mengandung yang juga boleh dijadikan bantal menyusu:

  • Membantu menyokong tubuh – Bantal untuk ibu mengandung membantu menyokong tubuh ibu terutama pada bahagian perut, leher, peha, bahu, dan punggung. Jika ibu merasakan sakit punggung atau tidak selesa di bahagian tersebut, cubalah untuk berbaring mengiring sambil menggunakan bantal ini.
  • Membantu tidur nyenyak – Ibu hamil digallakn banyak berehat termasuk tidur yang cukup untuk kesihatan janin. Rekaan ergonomik bantal mengandung akan membantu ibu mendapatkan posisi tidur yang lebih selesa. 
  • Melancarkan peredaran darah – Dokter mencadangkan ibu hamil untuk tidur menghadap ke kiri, kerana posisi tidur memberi kesan pada kelancaran peredaran darah. Dengan menggunakan bantal menyusu, ibu dapat tidur dengan posisi tersebut.

Pada umumnya ibu menggunakan bantal mengandung ketika perut mulai membesar dan sukar untuk mencari posisi tidur yang selesa atau sekitar trimester 2 dan 3. Selain harganya yang mahal, mungkin ada ibu ragu membelinya kerana hanya digunakan sekejap, kjangan kuatir, bantal mengandung masih boleh digunakan setelah bayi lahir nanti malah mempunyai banyak kebaikan antaranya;

  • Memudahkan penyusuan secara duduk –  Ramai ibu lebih suka duduk dan menyusukan anak. Ia menyediakan sistem penyangga yang baik untuk bayi di mana si manja mempunyai akses mudah ke puting susu.
  • Mengurangkan sakit tubuh – Sakit belakang dan leher adalah beberapa kesan sampingan yang berkaitan dengan penyusuan. Bantal ini dapat menghilangkan keperluan untuk membungkuk atau membengkokkan berlebihan.
  • Kedudukan bayi yang lebih baik –  Sebilangan besar bantal penyusuan dilengkapi dengan platform mengangkat kepala bayi. Ini bukan sahaja membantu dalam penyusuan yang betul tetapi juga mengurangkan tindakan refluks. 

Posisi Tidur Ibu Hamil Yang Betul

Bukan mudah untuk mendapatkan tidur nyenyak dengan keadaan perut yang semakin membesar. Malangnya, posisi tidur biasa anda yang menyelesakan tidak lagi berhasil semasa anda hamil.

Oleh itu, ibu perlulah menukar posisi tidur yang betul bagi mendapatkan tidur yang nyenyak, bukan sahaja untuk keselesaan tubuh anda, bahkan juga demi keselamatan bayi.

Posisi mengiring adalah disarankan dan digalakkan kepada ibu hamil malah posisi ini adalah yang paling selamat untuk bayi anda dan posisi ini lebih selesa memandangkan bahagian abdomen anda semakin membesar.

Persoalannya, mengiring ke kanan atau ke kiri? Pakar menyarankan ibu hamil tidur mengiring ke kiri kerana vena besar (inferior vena cava) membolehkan aliran darah yang optimum dari bahagian bawah tubuh ke jantung.

Malah, oksigen dan nutrisi juga dapat disalurkan semaksima mungkin kepada bayi melalui plasenta. Selain itu, tidur mengiring juga membantu mengurangkan pembengkakan pada pergelangan kaki dan tangan. Bagi membolehkan anda tidur dengan selesa, anda disarankan untuk mengubah posisi mengiring ke kanan dan kiri.

Selain itu, ibu juga boleh tidur mengiring dengan keadaan lutut membengkok. Anda boleh meletakkan bantal pregnant di bawah perut, atau di antara kedua-dua kaki ataupun di belakang badan; mengikut keselesaan anda.

Oleh itu, cuba dapatkan posisi yang optimum dengan bantuan bantal-bantal yang selesa. Bantal-bantal yang selesa akan memberi sokongan kepada badan ibu yang direka khas untuk membantu posisi tidur ibu mengandung. Lihatlah saja bentuknya, sudah boleh membuat kita rasa mengantuk!

Cara Hilangkan Sakit Belakang Ketika Hamil

Dianggarkan seramai 50% hingga 70% daripada jumlah keseluruhan wanita akan mengalami sakit belakang apabila hamil. Masalah ini bukan sahaja dialami pada awal kehamilan, terdapat juga kes sakit belakang yang dialami pada fasa pertengahan atau akhir kehamilan.

Ianya adalah normal, tetapi jika rasa sakit pada belakang dan pinggul terlalu kuat dan masih tidak berkurangan walaupun anda sudah berehat, seeloknya lakukanlah pemeriksaan dan dapatkanlah rawatan dengan pakar yang bertauliah.

Antara cara-cara yang ibu boleh lakukan untuk mengelakkan sakit belakang adalah seperti di bawah;

  • Senaman: Lakukan beberapa senaman regangan untuk bahagian belakang, pinggang dan pinggul bagi mengurangkan tekanan pada otot dan tulang belakang sekaligus membantu dalam memberikan kelegaan bagi masalah yang dialami.
  • Urutan: Ambil masa untuk berehat dan urut pada bahagian yang sakit dan tidak selesa secara lembut dan perlahan-perlahan. Ini dapat membantu meningkatkan peredaran darah pada bahagian yang sakit dan mengurangkan tegang pada bahagian otot.
  • Posisi tidur yang betul: Jika tidur dalam keadaan mengiring, letakkan bantal pada kaki dan di sisi bawah perut. Ini pentingnya ibu mempunyai bantal mengandung yang akan berfungsi untuk menyokong tubuh dan memberi keselesaan!
  • Menggunakan maternity belt: Maternity belt membantu dalam menyokong tulang belakang dan memberikan postur tubuh yang lebih baik sekaligus mengurangkan rasa sakit pada belakang dan juga pinggul.
  • Pemakaian kasut yang sesuai: Elakkan daripada memakai kasut yang bertumit tinggi dan tidak selesa kerana ia akan mengurangkan sokongan terhadap pusat graviti dan mengganggu postur tubuh.

Tip Menyusu Badan Untuk Ibu Baru

Penyusuan badan bagi wanita yang baru sahaja bergelar ibu sememangnya satu perkara yang baru dan janggal pada mulanya. Demi memastikan yang proses penyusuan badan berjalan dengan lancar untuk ibu dan bayi, kami kongsikan beberapa tips menyusu badan untuk para ibu praktikan.

1. Jangkakan keinginan bayi anda

Berbanding menunggu bayi anda menangis, anda boleh jangkakan keperluannya dengan memerhati beberapa tanda tell-tale. Apabila bayi anda lapar, mereka mungkin:

  • Pusing atau angkat kepalanya berulang kali
  • Buka dan tutup mulut mereka
  • Menjelirkan lidahnya
  • Menghisap apa sahaja yang berdekatan

Jika anda melihat bayi anda membuat pergerakan ini, tawarkan payudara anda terus menerus. Bayi anda akan gembira yang mereka tidak perlu untuk berusaha untuk mendapatkan perhatian anda, dan anda juga akan membina satu level intimasi yang akan mendalam dalam hubungan ibu dan bayi.

2. Biarkan bayi anda memilih akan bagaimana kerap dan berapa lama untuk disusukan

Bayi anda tahu akan keperluannya lebih baik daripada anda. Biarkan mereka menentukan akan bagaimana kerap untuk disusukan. Jangan tetapkan selang waktu yang telah ditetapkan antara penyusuan dan kemudian menidakkan makanan bayi anda hanya kerana tidak cukup masa yang telah berlalu.

Sebaliknya, tidak perlu untuk mengejutkan bayi yang sedang tidur untuk menyusukannya hanya kerana tiga jam telah berlalu. Biarkan bayi yang sedang tidur aman dan susukannya apabila mereka bangun kelak.

Serupa dengan, biarkan bayi menentukan berapa lama untuk disusukan. Ingat, si kecil anda tahu bagaimana mereka perlukannya berbanding anda sekarang ini. Jangan risau jika waktu penyusan hanya berakhir 10 minit, dan jangan panik jika menjangkau lama sehingga 45 minit. Sesetengah bayi adalah yang makan laju, sementara sesetengahnya mengambil masa.

3. Cari keselesaan ketika menyusukan bayi

Anda akan meluangkan satu amaun masa yang signifikan memegang bayi anda di atas payudara sementara mereka makan. Jika anda melakukan ini di dalam posisi duduk tanpa sebarang sokongan, ia boleh jadi tidak selesa dengan cepat. Tambahan lagi, cuba untuk kekal pada posisi tidak selesa untuk jangka masa yang panjang boleh membawa kepada sakit belakang, bahu dan leher.

Tidak dilupakan, menggeliat secara kerap dan bergerak pada bahagian anda boleh mengganggu bayi sedang menyusu dan membawa kepada bayi yang mudah marah dan menambah kelaparan. Itu kerana ia penting untuk anda berasa selesa sepanjang proses penyusuan.

Kami cadangkan anda salah satu daripada dua posisi yang selesa untuk penyusuan badan:

  • Baring pada sisi dengan bayi menghadap anda
  • Duduk pada posisi reclined dengan bayi anda baring di lengan anda

Sebuah katil atau sofa besar dengan banyak bantal atau lebih senang beli sahaja bantal menyusu bayi yang kami senaraikan di atas untuk menyokong tulang belakang dan lengan anda untuk menjadikan posisi ini ideal untuk penyusuan. Cari satu yang terbaik untuk anda tetapi jangan takut untuk mencampur sekali sekala bergantung pada keperluan anda. Lebih peka anda terhadap keselesaan anda, lebih mudah dan selesa proses menyusu untuk anda dan bayi.

4. Relaks

Tambahan dalam memastikan yang anda dan bayi adalah selesa ketika penyusuan, cuba sedaya upaya untuk relaks. Bayi anda boleh merasakan jika anda tegang dan gemuruh akan penyusuan badan, dan mereka tidak akan menghisap susu dengan betul. Bayi anda tidak boleh relaks jika anda tidak relaks.

Teliti persekitaran anda juga. Jika anda berada di persekitaran yang stress atau satu persekitaran yang membuatkan anda tidak selesa, ubah pemandangan. 

Mungkin luangkan beberapa minit sebelum penyusuan untuk memberikan anda satu sesi pep talk. Hela beberapa kali nafas dengan perlahan dan sedalamnya. Bayangkan tempat gembira anda. Ini sepatutnya menjadi satu waktu yang menyeronokkan akan mengeratkan ikatan antara anda dengan bayi baru anda, bukan satu yang stress.

5. Bantu bayi anda mencari posisi yang betul

Menerusi proses penyusuan badan, bayi anda selalunya akan mencari posisi yang terbaik untuknya. Beri perhatian kepada posisinya jadi anda boleh buatkannya satu proses yang mudah. Setiap bayi berbeza, tetapi terdapat beberapa panduan yang am yang anda boleh gunakan untuk mencari satu posisi yang bagus untuk kedua-dua anda dan bayi.

  • Bayi anda patut diletakkan pada posisi yang betul yang mana mulutnya satu level dengan puting payudara.
  • Mereka sepatutnya tidak perlu untuk memusing kepalanya terlalu banyak.
  • Kepalanya perlu mendongak sedikit ke belakang.
  • Jika boleh, mereka patut menghisap pada seluruh areola, bukan hanya puting.
  • Dahi mereka sepatutnya berada ke atas menghadap payudara anda jadi hidung mereka berada dalam keadaan yang clear.

Terutama sekali, jangan paksa posisi ini. Bayi anda mungkin ada pilihan posisi yang berbeza sedikit. Biarkan ia berlaku secara semula jadi sementara anda memastikan yang bayi anda selesa dan boleh bernafas sementara mereka menyusu.

6. Kekal hidrat

Kita tidak boleh cukup menekan akan bagaimana pentingnya tip ini untuk anda dan bayi. Apa pun, anda masih makan dan minum untuk dua orang. 

Air mengisi semula tubuh, jadi peraturan yang baik untuk meminum satu cawan air setiap kali selepas sesi penyusuan badan. Ya, setiap kali. Ini akan memastikan tubuh anda boleh menghasilkan susu yang mencukupi dan anda juga kekal hidrat.

Semoga senarai bantal menyusu ini dapat membantu ibu memilih yang terbaik untuk si manja, dan diri anda juga!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sebelum menyusu bayi, pastikan anda tahu 5 ilmu dan cara susukan bayi ini dulu!

Penulis

Farhana Fuad