Bapa selamba campak bayi dalam tong sampah kerana ingat bayi sudah mati

lead image

Kejam! Hanya semata-mata kerana bayi ini bertukar warna, sanggup si bapa campak bayi dalam tong sampah kerana menganggap bayinya telah mati!

Bapa campak bayi dalam tong sampah

MasyaAllah, sukar nak percaya bagaimana ibu bapa sanggup membunuh anak sendiri yang tak bersalah. Tapi, itulah yang terjadi dalam kes bapa campak bayi ini.

Di selatan China, footage CCTV telah meng”kantoi”kan kerja seorang lelaki apabila ia menayangkan bagaimana lelaki itu mencampak anak perempuannya yang baru lahir ke dalam tong sampah dan membiarnya di situ untuk mati.

Lelaki itu dikenali sebagai Mr. Li. Menurut laporan berita Yunnan Daily. bapa campak bayi ini telah ditahan.

bapa campak bayi

Kredit: NTD

Bapa campak bayi kerana ingat bayi telah mati

Kejadian ini terjadi kerana Mr. Li menganggap anak perempuannya yang baru lahir itu menghidap penyakit/keadaan yang “tidak boleh dirawat”. 

Semuanya dek wajah dan bibir bayi baru lahir itu yang tiba-tiba bertukar keunguan. Panik mungkin bayi itu berpenyakit, Mr. Li pantas mengambil keputusan untuk “membuangnya”.

Sebenarnya, wajah dan bibir bayi itu bertukar keunguan kerana dia sejuk baru lepas lahir! 

Ibu mangsa, Ms. Li dikatakan bersalin di ruang tamu rumah mereka ketika usia kandungannya baru masuk 8 bulan.

Dalam footage CCTV itu, kita dapat melihat bagaimana bapa campak bayi ini tidak kasihan langsung dengan anaknya itu. Dia sempat menyelitkan bayi itu dalam beg kertas sebelum diletakkan dalam tong sampah.

Selepas 30 minit, seorang wanita tua ternampak bayi baru lahir itu dan cepat-cepat menyelamatkannya. 

bapa campak bayi

Bayi perempuan itu masih dengan tali pusat! Dia kemudiannya dibawa ke Hospital Xuanwei People’s untuk mendapatkan rawatan. 

Bapa campak bayi perempuan selepas 2 jam dilahirkan

Menurut laporan berita, Mr. Li dan kekasihnya itu tidak berkahwin, tapi mereka tinggal bersama. Selama ini, Ms. Li tidak pernah mendapatkan rawatan dan pemeriksaan kandungan di hospital.

Mereka juga tidak membuat sebarang persediaan untuk melahirkan bayi tersebut di hospital. Pada 15 Januari lalu, tiba-tiba Ms. Li dapat merasakan yang dia bakal bersalin.

Dia terus melahirkan bayi tidak bersalah itu di ruang tamu rumahnya. 2 jam kemudian, memikirkan bayinya akan mati, Mr. Li membalut bayi itu dengan tuala, kemudian dimasukkan ke dalam beg kertas.

Selepas pemeriksaan di hospital dilakukan pada bayi tersebut, beliau didapati sihat! Sekarang ini bayi itu dihantar ke Xuanwei Children Welfare Office untuk diambil sebagai anak angkat.

Mungkinkah si bapa sengaja membuang anaknya dalam tong sampah itu kerana anaknya merupakan anak perempuan?

Memang menjadi seolah-olah trend di China untuk meninggalkan bayi mereka, terutamanya jika bayi itu adalah bayi perempuan. Ia umpama masalah yang tiada penghujungnya!

Apabila polisi “satu anak” dikeluarkan oleh parti Komunis, lebih ramai ibu bapa di China yang mengambil keputusan untuk membuang atau menggugurkan kandungan jika mengetahui anak yang dikandung adalah anak perempuan.

Kasihan… Mana pergi belas kasihan seorang manusia kepada orang lain? Inikan bayi baru lahir yang tidak bersalah.

Kalau kita tidak melindungi mereka, siapa lagi? 

Semoga perkongsian ini dijadikan pengajaran buat kita semua.

 

 

 

 

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore, NTD

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Proses Pengambilan Anak Angkat Di Malaysia Yang Harus Diketahui

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Ayu Idris

app info
get app banner