13 Tips Bijak Beli Barang Bayi Yang Murah, Yang Penting Jimat!

Tak lama lagi isteri akan bersalin, tapi keperluan bayi masih belum beli. Jangan risau! Cuba guna 13 tips mudah ini untuk berjimat sambil beli semua barang baby ;)

Bila keadaan ekonomi tak menentu, ramai ibu ayah akan cut cost dalam membeli barang baby murah supaya perbelanjaan tidak terlalu banyak dan membazir

Lagipun, bayi cepat membesar. Jadi, kalau beli barang mahal sedikit, ia merugikan kerana tidak boleh pakai lama pun. Contohnya seperti pakaian

Untuk membantu kalian, hari ini kami di theAsianparent Malaysia akan menyediakan 13 panduan dan idea membeli barang baby murah seperti di bawah ini:

Barang baby murah – 13 panduan sedia keperluan dan barangan bayi 

Menjual barang preloved di Charity Jumble Sale 2018

1) Jika melahirkan bayi sulung, elok sediakan barang dan keperluan baru seperti tujuh pakaian siang dan tujuh pakaian malam. 

2) Beli pakaian jenis unisex – iaitu tidak khas untuk bayi lelaki mahupun perempuan. Jadi, ia boleh dipakai untuk anak yang lain pula nanti (jika anda hamil kembali lepas bersalin). 

3) Beritahu rakan, saudara dan jiran yang isteri selamat bersalin dan sedang berpantang. Dalam masa itulah, mereka akan datang ziarah dan bawa hadiah untuk bayi. Jadi keperluan baby seperti losyen, tisu basah dan napkin akan bertambah. Di situ anda dapat berjimat. Tapi jangan terlalu berharap ya! 

4) Bayi cepat membesar jadi sebaiknya tidak beli pakaian newborn terlalu banyak. Lebih bagus beli saiz yang besar sedikit supaya dapat pakai lama. 

5) Beli pakaian bayi semasa jualan murah. Biasanya Lazada atau Shopee Malaysia selalu buat diskaun barang baby murah di website mereka. Inilah masa untuk rebut! 

6) Selain itu, dapatkan keperluan bayi ketika jualan gudang atau terus beli dari kilang. Biasa yang buat jualan gudang seperti Tolly Joy dan Pureen. 

7) Pinjam daripada adik beradik atau sanak saudara. Contoh yang boleh pinjam seperti breast pump, bakul baby dan banyak lagi. 

8) Beli pakaian dan barangan bayi “preloved item” di Facebook. Sekarang memang trend orang jual barang terpakai di sosial media. 

9) Jika anda hamil anak nombor dua atau ketiga, si adik itu dapatlah guna pakaian lama abang dan kakaknya semula.  Sebab itu penting basuh dan simpan dengan elok pakaian lama.

10) Ya, lampin bayi adalah keperluan utama tapi anda boleh beli secara pukal sebab ia lebih murah dan jimat. 

11) Kalau nak lagi jimat, guna lampin kain sebab bayi kecil kerap membuang jadi nak jimat inilah caranya. Cuma anda kena rajin basuh.

12) Barangan bayi yang lain seperti buaian, stroller, car seat baby, baby walker dan lain-lain boleh dibeli secara preloved atau pinjam daripada ahli keluarga lain yang tidak menggunakannya lagi.

Charity Jumble Sale 2018 – Menjual barang preloved yang berkualiti 

Charity Jumble Sale 2018

Pada 27 Oktober yang lalu, lebih daripada 150 orang berbelanja barang preloved untuk keluarga dan anak-anak di The British International School of Kuala Lumpur, Bandar Utama yang dianjurkan oleh Ibu Family Resource Group. 

Charity Jumble Sale 2018 menawarkan pelbagai aktiviti percuma untuk kanak-kanak dan jualan barang preloved yang berkualiti seperti pakaian, mainan, buku cerita kanak-kanak, cenderahati, set bersalin, kasut, perabot, kereta bayi dan banyak lagi dengan harga yang amat berpatutan. 

Kebanyakannya menjual semula item yang tidak digunakan oleh anak-anak mereka tapi masih boleh dimanfaatkan oleh pembeli baru. Kira-kira 40 vendor mengambil bahagian dalam acara tersebut. 

Sejumlah RM5,600 telah diperolehi dari Charity Jumble Sale 2018 yang akan didermakan kepada badan kebajikan terpilih bagi membantu golongan yang memerlukan. 

************************************************************

Kini, harga barang semakin mahal. Lagi-lagi lepas adanya SST dan cukai barangan yang lain. Jadi mula kumpul tabung dari sekarang untuk beli keperluan baby baru lahir anda. 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: Hasrul Hassan

Kredit gambar: lisbox.com

Baca juga:

https://my.theasianparent.comchecklist-barang-baby/