Apabila hujan turun, rata-rata penunggang motosikal akan mengenakan baju hujan bagi melindungi diri daripada kebasahan.
Walaupun payung juga mempunyai fungsi yang sama untuk mengelakkan kita terkena hujan, tetapi tidak sesuai digunakan apabila angin kuat. Malah, penggunaannya yang terhad boleh mengundang bahaya pada pemakaiannya.
Terdapat pelbagai jenis pilihan baju hujan yang dijual di pasaran. Reka bentuk dan materialnya juga berbeza-beza untuk memenuhi keperluan dan keselesaan individu.
Cara Memilih Baju Hujan Untuk Penunggang Motosikal
Dalam menjamin keselesaan dan kepuasan si pemakai terutama penunggang motosikal, sebelum beli pertimbangkan terlebih dahulu berdasarkan pemilihan ini:
Baju hujan yang terbaik adalah baju yang diperbuat dari bahan PVC yang mempunyai sifat kalis air (waterproof) untuk melindungi badan dan pakaian dari basah kuyup.
Bahan seperti ini sering menjadi pilihan ramai kerana bukan sahaja mudah disimpan, malah sifatnya ringan dan cepat kering.
Pemilihan warna yang terang seperti warna fluorescent kuning memiliki high-visibility colour. Ini kerana warna seperti ini mempunyai ciri keselamatan iaitu pantulan cahaya.
Ia membolehkan pengguna lain melihat anda dengan jelas semasa hujan lebat walaupun ketika itu penglihatan berkurangan.
Memang warna hitam nampak bergaya, tetapi nyawa anda lebih penting.
Tidak seperti memilih baju biasa, baju hujan hendaklah dipilih lebih longgar daripada saiz asal kerana anda perlu memakainya dengan lapisan baju dalam yang lain.
Pilih juga yang sesuai dengan ukuran tinggi dan berat kerana setiap jenama memiliki ukuran yang berbeza.
Cari baju hujan yang bersesuaian dengan keperluan anda. Misalnya, pilih baju yang mempunyai pelapik dengan velcro pada bahagian zip depan supaya tidak dimasuki air.
Pilih juga raincoat yang mempunyai windproof yang berfungsi untuk melawan rintangan angin yang kuat semasa hujan lebat.
Perhatikan juga poket luar yang kalis supaya untuk memudahkan anda mengambil barang dengan mudah dan reka bentuk seluar dan pergelangan tangan boleh laras untuk menghalang air masuk.
8 Baju Hujan Terbaik Di Pasaran
Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu khususnya ketika hujan lebat, baju hujan akan menjadi penyelamat terbaik. Bagi memudahkan carian anda kami senaraikan 8 baju hujan yang terbaik dan berkualiti tinggi untuk kegunaan harian. Jom kita lihat!
8 Baju Hujan Terbaik Di Pasaran
| Foxdry RainCoat 04 Terbaik Kalis Angin | | View Details | Beli di Shopee |
| Reflective Safety Rain Coat Terbaik Tinggi Pantulan Cahaya | | View Details | Beli di Shopee |
| GIVI RRS07 Rider Tech Rain Suit Terbaik Keseluruhan | | View Details | Beli di Shopee |
| Decathlon Quechua Raincoat Terbaik Material Ringan & Boleh Bernafas | | View Details | Beli di Shopee |
| Forest Windbreaker Jacket Terbaik Sesuai Untuk Pelbagai Aktiviti | | View Details | Beli di Shopee |
| Poncho Rain Coat Terbaik Jenis Pakai Buang | | View Details | Beli di Shopee |
| Motowolf Raincoat Terbaik Trendy & Stylo | | View Details | Beli di Shopee |
| Arai Pro Rain Coat Terbaik Berkualiti Tinggi | | View Details | Beli di Shopee |
Baju Hujan Terbaik Kalis Angin
Foxdry RainCoat 04 ini merupakan salah satu jenama berkualiti tinggi yang popular dalam kalangan rider. Yang paling istimewanya, rain coat ini tidak seperti pelindung hujan biasa kerana ia bukan sahaja kalis air tetapi juga kalis angin.
Ia mempunyai zip logam velcro dengan ciri anti karat sekaligus menghalang air hujan masuk melalui celah zip. Untuk ciri keselamatan, baju hujan ini memiliki reflector atau pantulan cahaya untuk memastikan anda mudah dilihat walaupun ketika hujan lebat.
Apa yang kami suka:
- Rekaan ringkas, sesuai untuk semua peringkat umur
- Harga mampu milik
- Material yang berkualiti tinggi
- Mempunyai pelindung zip dan pantulan cahaya
Baju Hujan Terbaik Tinggi Pantulan Cahaya
Ketepikan soal bergaya menunggang motosikal di jalan raya dengan memilih Reflective Safety Rain Coat yang mempunyai ciri keselamatan terbaik. Warna flourescent kuning memiliki tahap pantulan cahaya yang tinggi membolehkan anda dilihat ketika dalam gelap.
Ia diperbuat daripada bahan PVC dan Oxford yang kalis air dan mempunyai net pada bahagian dalam yang melindungi anda dari rasa sejuk semasa hujan.
Jangan risau, raincoat ini juga sesuai ketika melakukan aktiviti outdoor seperti memancing dan berkhemah.
Apa yang kami suka:
- Harga yang murah dan berkualiti
- Selesa dan terletak
- Ringan dan mudah bernafas
- Warna yang paling terang dan mudah dilihat
Baju Hujan Terbaik Keseluruhan
GIVI RRS07 Rider Tech Rain Suit merupakan jenama yang terkenal dengan kualiti yang bagus dan tahan lasak. Meskipun rekaan GIVI ini dilihat lebih kurang sama dengan lain, tetapi ia mempunyai lapisan yang lebih tebal dengan memiliki keupayaan kalis air sehingga 3000mm dan disertakan dengan pelindung kalis air supaya air tidak mudah masuk ketika cuaca hujan.
Terdapat pelbagai pilihan saiz dari S hingga XXXL, jadi anda bebas memilih ikut kesesuaian ketinggian dan berat badan masing-masing.
Apa yang kami suka:
- Berkualiti berbaloi dengan harga
- Material tebal dan tahan lasak
- Selesa dan boleh bernafas
Baju Hujan Terbaik Material Ringan & Boleh Bernafas
Jika anda seorang kaki hiking atau sukakan camping, mungkin Decathlon Quechua Raincoat adalah pilihan yang terbaik untuk anda. Rata-rata pelanggan berpuas hati dengan rain coat ini kerana selesa dipakai dan mudah sarung.
Ia mempunyai tahap kalis air sebanyak 2000mm dan didatangkan dengan pelindung kepala untuk digunakan ketika hari hujan.
Apa yang kami suka:
- Material ringan dan boleh bernafas
- Harga yang mampu milik
- Zip mudah dibuka dan dizip semula
- Didatangkan dengan beg kalis air
Baju Hujan Terbaik Sesuai Untuk Pelbagai Aktiviti
Forest Windbreaker sesuai untuk mereka yang suka berjoging dan bersenam, selain digunakan ketika musim hujan. Ia didatangkan dengan mempunyai pantulan cahaya pada bahagian zip depan supaya anda mudah dilihat dengan jelas oleh orang lain.
Dengan fabrik polyester yang berkualiti tinggi dan kalis air, menjadikan baju pelindung hujan ini mampu bertahan dalam menapis air hujan dalam tempoh tertentu.
Apa yang kami suka:
- Mempunyai poket yang berzip jadi barang tidak mudah tercicir atau dicuri
- Fabrik ringan dan tak panas
- Sesuai untuk aktiviti luar
- Pelbagai pilihan warna menarik
Baju Hujan Terbaik Jenis Pakai Buang
Poncho Rain Coat mempunyai pelbagai variasi baju hujan salah satunya ialah disposable rain coat. Baju hujan ini didatangkan dengan pelbagai warna menarik serta diperbuat daripada bahan PP yang ringan dan boleh terus buang selepas digunakan.
Sangat sesuai digunakan pada waktu banjir atau kecemasan kerana mudah dibawa dan mudah disarung. Satu saiz sesuai untuk semua.
Apa yang kami suka:
- Harga yang murah
- Mudah disimpan dan dibawa
- Tidak perlu disimpan selepas guna
- Selesa dipakai tanpa berpeluh
Baju Hujan Terbaik Trendy & Stylo
Alah membeli menang memakai. Tidak salah sekiranya anda hadiahkan kepada suami sepasang set dari jenama Motowolf, pasti si dia suka! Ia didatangkan sekali dengan seluar berwarna hitam sepadan dengan baju.
Rain coat dengan rekaan yang menarik ini diperbuat daripada fabrik campuran fabrik campuran poliester, film TPU & PU yang ringan dan selesa dipakai.
Apa yang kami suka:
- Pelbagai pilihan warna menarik selain hitam iaitu warna oren dan hijau.
- Kain yang berkualiti dan tahan lasak
- Sesuai digunakan untuk semua aktiviti outdoor
- Menyerlahkan gaya si pemakai
Baju Hujan Terbaik Berkualiti Tinggi
Arai Pro Rain Coat merupakan jenama yang popular dan sering menjadi pilihan sebagai baju hujan motosikal di Malaysia. Ia mempunyai dua lapisan yang menghalang daripada dimasuki air hujan dan datang dengan topi pelindung kalis angin.
Terdapat juga jalur reflektif di belakang baju ini agar sesuai untuk digunakan pada waktu malam.
Apa yang kami suka:
- Jenama dipercayai
- Mudah didapati di pasaran
- Disertakan dengan seluar hujan sedondon
- Terdapat 5 pilihan saiz berbeza
Perbandingan Harga Baju Hujan Di Pasaran
|
Jenama |
Harga (RM) |
Foxdry RainCoat 04 |
RM 67.80 |
Reflective Safety Rain Coat |
RM 49.70 |
GIVI RRS07 Rider Tech Rain Suit |
RM 162.00 |
Decathlon Quechua Raincoat |
RM 39.00 |
Forest Windbreaker Jacket |
RM 59.90 |
Poncho Rain Coat |
RM 2.25- RM3.80 |
Motowolf Raincoat |
RM 124.11 |
Arai Pro Rain Coat |
RM 54.00 |
Tips Penjagaan Baju Hujan Supaya Tahan Lebih Lama
Kebanyakan baju hujan memiliki ciri tahan lasak, tetapi anda boleh mencucinya dengan cara yang sama seperti mencuci pakaian biasa setiap hari.
Ada beberapa tips yang boleh dipratikkan supaya baju hujan anda tidak cepat rosak.
1. Periksa poket sebelum mencuci
Ada kemungkinan anda terlupa bahawa anda menyimpan barang di dalam poket baju hujan. Sebelum mencuci, pastikan anda telah kosongkan bahagian poket supaya tidak merosakkan baju apabila membasuhnya dengan mesin basuh.
2. Cuci dengan segera selepas memakai baju hujan
Jika terdapat kesan kotoran yang ketara, rendam dahulu di dalam air dan tambahkan sedikit detergen supaya kotoran senang tertanggal. Atau gosokkan dengan sedikit detergen pada bahagian yang kotor.
Untuk penggunaan mesin basuh, set mod kepada program cucian lembut apabila mencuci baju hujan. Lebih baik asingkan baju ini dengan pakaian biasa untuk menjaga kualiti kain.
3. Jangan dilipat baju yang masih basah
Apabila rain coat masih basah, jangan terus lipat. Keringkan dahulu dengan cara digantung hingga kering. Tetapi, elakkan menjemur di bawah matahari terik kerana boleh merosakkan material secara perlahan-lahan.
Semoga bermanfaat!
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Musim Tengkujuh Bakal Bermula, Ini Tips Keselamatan Yang Boleh Diamalkan
Baca juga: 8 Sweater Selesa Untuk Anak, Apa Pun Sediakan Pakaian Yang Sesuai Dengan Cuaca Kita!
Baca juga: Hari-Hari Hujan, Baju Tak Sempat Nak Kering? 8 Mesin Pengering Baju Terbaik Ini Penyelamat Anda!