Ketika mengandung banyak perkara perlu dibuat, salah satunya termasuklah menyediakan barang keperluan ibu berpantang.
Siapa lagi yang perlu sediakan jika bukan wanita yang mengandung itu sendiri kerana hanya mereka yang tahu barang keperluan yang mereka perlu ketika berpantang nanti.
Maklumlah, ketika berpantang memang tidak boleh keluar selalu, rasa susah pula bila asyik minta suami ulang alik belikan barang. Jadi yang terbaik adalah sediakan saja barang keperluan ibu berpantang ketika mengandung. Malah jika lebih awal disediakan lebih baik.
Barang keperluan ibu berpantang, sediakan awal lebih baik
Ada yang mengatakan bersedia awal tidak elok, sekurang-kurangnya kena tunggu kandungan 7 bulan baru boleh sediakan. Sebenarnya jika sedia awal lebih baik, kerana jika terbersalin awal, segalanya sudah disediakan.
Bersalin ada sesuatu yang kadangkala memang tidak dapat dijangka, jadi boleh saja jika ibu mengandung bersedia awal barang keperluan berpantang nanti.
Apakah yang perlu mereka sediakan sebenarnya. Berikut adalah beberapa barang keperluan ibu berpantang yang perlu disediakan:
#1. Dokumentasi
Paling jangan dilupakan. Wajib bawa dokumen ini ke mana-mana sahaja bila dah dekat dengan due date.
- Buku Pink Check-up
- Kad pengenalan
- Kad Nikah/ Sijil Nikah (Hospital kerajaan selalunya minta)
- Duit Deposit Hospital/ Cash in Hand (jika perlu): lebih baik bersedia supaya tidak tercari-cari ATM ketika kecemasan nanti
#2. Beg ibu
Lebih baik jika ibu buat dua beg, beg untuk labour room dan beg untuk di wad.
Beg labour room
- Maternity pad
- Seluar dalam
Beg wad
- Maternity / Overnight Pad (lebih 5 keping). Ada yang lebih selesa memakai overnightpad. Jadi ibu boleh pilih ikut keselesaan.
- Baju + Kain Batik/Skirt (1 set) – biasanya hospital akan suruh gunakan kain hospital, tetapi ini adalah untuk bila keluar wad nanti yang paling mudah adalah skirt labuh
- Baju sejuk sehelai
- Seluar dalam (lebih mudah yang pakai buang) – 5 helai
- Nursing bra/nursing pada
- Tuala/tuala muka
- Toiletries
- Energy bars 3-5 – seperti snickers/Mars/kurma mudah untuk makan dan beri tenaga
- Minuman 3 in 1
- Selipar
- Stokin
- Minyak panas
- Tisu/tisu basah
- Telekung
- Power bank, charger
- Nursing Butter
- Pinggan/ Gelas/ Sudu/ Garfu
- Thermos
- Plastik baju kotor
#3. Beg bayi
Letakkan dalam satu plastik ziplock barang untuk labour room. Memadai sepasang baju berbutang depan, kain lampin, dan diapers.
Beg wad
- 3 set baju butang depan
- Mitten dan booties 3 set
- Diapers (newborn)
- Tuala
- Selimut yang ada hoodies
- Head to toe wash
- Minyak untuk bayi/telon
- Baby wipes
- Botol susu
#4. Keperluan untuk penyusuan
Selepas pulang dari hospital, barangan apa yang ibu akan perlukan di rumah? Peralatan penyusuan adalah salah satunya.
- Steriliser untuk sterile botol susu
- Breast pump – boleh survey jenama apa yang sering digunakan
- Milk storage – plastik atau botol
- Cooler bag
- Botol susu
- Milk warmer
#5. Barang keperluan ibu berpantang di rumah
Barang ini akan ibu gunakan dalam tempoh 44 hari berpantang:
- Bengkung
- Maternity / Overnight Pad
- Kain Batik
- Mandian herba
- Set bersalin
- Minyak panas
- Tungku
- Phytonal Nona Roguy – untuk pelawasan yang mana penulis sendiri mempunyai pengalaman makan pil ini ketika berpantang memang sangat membantu
Persediaan mental dan fizikal
Selepas bersalin, memang keadaan kehidupan ibu akan berubah 100 peratus. Jadi sangat penting persediaan mental dan fizikal untuk menempuhi saat berpantang terutama bagi yang pertama kali jadi ibu.
Ketika ini ibu memang tidak akan mendapat tidur yang cukup kecuali jika bayi anda dijaga orang lain. Jika memang anda dan suami yang jaga sendiri, keadaan tidak cukup tidur memang wajib berlaku pada anda.
Jadi bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi semua ini. Apa yang penting sentiasalah bekerjasama dengan suami supaya anda tidak keseorangan dalam menghadapi perubahan ini.
Jika ada rasa stres, beritahu suami atau sesiapa saja yang menjaga anda. Jangan simpan seorang diri kerana akan melarat kepada masalah lain pula nanti. Ingat anda tidak keseorangan ibu, anda ada orang lain yang sudi membantu pada bila-bila masa saja.
Kehadiran anak kecil yang baru mengenal dunia memang banyak cabaran untuk anda hadapi dalam menjaganya. Jangan sesekali anggap bayi itu beban and kerana ramai lagi pasangan di luar sana yang impikan bernasib baik seperti anda iaitu boleh memiliki zuriat sendiri.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 6 Resepi Lauk Berpantang Untuk Ibu Lepas Bersalin, Lain Dari Lain, Confirm Lebih Selera Nak Makan!
Baca juga: Sebelum Beli Set Berpantang, Pastikan Anda Semak 10 Perkara Ini Dahulu!