X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Sebelum Beli Set Berpantang, Pastikan Anda Semak 10 Perkara Ini Dahulu!

4 min bacaan
Sebelum Beli Set Berpantang, Pastikan Anda Semak 10 Perkara Ini Dahulu!

Buat ibu hamil, set berpantang terbaik antara perkara yang difikirkan oleh ibu ketika kehamilan kerana ia diperlukan selepas bersalin nanti.

Buat ibu hamil, set berpantang terbaik antara perkara yang difikirkan oleh ibu ketika kehamilan mereka kerana ia adalah barang yang diperlukan apabila bersalin nanti.

Di pasaran terdapat terlalu banyak set berpantang untuk ibu bersalin. Ia terdiri daripada pelbagai set dengan keunikan tersendiri.

Sudah pasti, ada ibu hamil yang buntu dan keliru ketika membuat keputusan untuk membeli set berpantang. Yelah, banyak sangat rambang mata pula jadinya kan.

Set berpantang terbaik adalah yang sesuai untuk ibu

set berpantang terbaik

Pelbagai set berpantang yang dilihat di pasaran memang menawarkan pelbagai jenis bahan yang sering digunakan wanita berpantang untuk mengembalikan semula kesegaran tubuh badan selepas bertarung nyawa melahirkan bayi.

Ada yang mampu milik malah ada juga yang berharga ‘kayangan’. Apa pun, berbelanja mengikut kemampuan sendiri, usah menyusahkan diri mengambil set yang mahal-mahal tetapi akhirnya pening kepada kerana harganya yang terlalu mahal.

Ketahui 10 perkara sebelum beli set berpantang

set berpantang terbaik

Kebiasaannya, berpantang akan dilakukan dengan penggunaan set produk yang dikenali sebagai set bersalin atau set berpantang. Jadi sebelum memutuskan untuk menggunakan set yang tertentu, anda perlu tahu mengenai beberapa perkara, iaitu:

#1. Apakah jenama anda hendak guna?

Kebiasaannya, seorang wanita sudah pasti akan mempunyai kecenderungan untuk menggunakan jenama yang mereka sukai dan gemari sahaja.

Ini termasuklah set penjagaan diri dari hujung rambut ke hujung kaki. Disebabkan itu, apa kata anda cuba semak sekiranya jenama anda itu mempunyai set bersalin untuk anda guna kelak atau tidak.

#2. Testimoni pengguna

Ya, sudah pasti setiap testimoni pengguna dipaparkan oleh pengeluar produk itu adalah bagus. Mungkin tidak salah untuk anda mempercayainya kerana ia terpulang kepada anda.

Pun begitu, anda disarankan untuk mendapatkan pandangan dan pendapat daripada ibu yang rapat dengan anda.

Tanya kepada mereka berkenaan produk set yang terbaik pernah digunakan oleh mereka sendiri.

#3. Label produk

Sekiranya anda sudah memutuskan jenama set berpantang yang anda berkenan, cuba semak label produk tersebut terlebih dahulu.

Ini untuk memastikan bahan-bahan yang terdapat di dalamnya sama ada sesuai atau tidak untuk anda.

Bagi sesetengah individu, mungkin penggunaan sesuatu produk itu adalah tidak sesuai lebih-lebih lagi yang mempunyai alergi terhadap sesuatu bahan. Oleh itu, berhati-hati dengan apa yang bakal anda guna!

#4. Pasaran produk

Ini sangat penting bagi memudahkan individu mencari produk tersebut sama ada di kedai jamu, farmasi atau lain-lain tempat.

Set berpantang seperti ini juga mungkin dijual secara atas talian bagi memudahkan anda. Paling penting, pastikan anda membeli dari mereka yang telah diiktiraf.

#5. Apakah yang anda perlu dalam set tersebut?

set berpantang terbaik

Anda perlu tahu apa yang anda perlu guna semasa berpantang. Tidak semua benda di dalam set bersalin diperlukan oleh anda.

Disebabkan itu, anda perlu senaraikan dahulu apa yang patut dan yang tidak patut dibeli. Ada orang perlukan apa yang anda tidak perlu. Jadi semak dulu satu persatu benda di dalamnya.

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Childbirth aftermath – Get back in shape
Childbirth aftermath – Get back in shape

#6. Adakah set itu dijual dalam pakej atau berasingan?

Kebanyakan set akan dijual di dalam bentuk set. Namun begitu, masih ada produk yang akan menjualnya secara berasingan.

Jadi, anda sendiri perlu buat keputusan untuk membeli produk tersebut secara berasingan atau pakej.

#7. Kuantiti produk

Jika anda melihat kepada pasaran set yang ada, memang wujud pelbagai pakej menarik yang seakan-akan berbaloi untuk dimiliki.

Namun begitu, anda perlu tahu bahawa produk ini hanya perlu dipakai ketika berpantang sahaja.

Jadi, elakkan membeli dalam kuantiti yang banyak untuk mengelakkan pembaziran.

#8. Tarikh luput produk

Setiap produk akan mempunyai tarikh luput masing-masing. Sama seperti produk yang lain, set bersalin juga tidak terkecuali dan mempunyai tarikh luput.

Oleh itu, semak maklumat ini pada label produk. Pastikan anda tidak membeli set yang sudah terlepas atau terlalu dekat dengan tarikh luputnya.

#9. Bandingkan produk

Sama seperti barangan bayi yang lain, set bersalin juga mempunyai banyak jenama untuk anda pilih. Oleh itu, anda sebagai pengguna berhak untuk membandingkannya sesama produk.

Lihat dari segi harga, kuantiti, kualiti dan konsultasi produk tersebut. Akan tetapi, jangan pula anda beli set tersebut hanya kerana harganya yang murah.

Kadangkala, yang mahal akan mendatangkan lebih kesan dan anda sendiri akan berpuas hati dengan pilihan anda.

#10. Bajet anda

Akhir sekali, anda perlu menetapkan bajet anda. Sama seperti barangan bayi, set bersalin juga mempunyai banyak jenis.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Sumber: hellodoktor

Baca juga:

https://my.theasianparent.compantang-larang-ketika-mengandung

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Penjagaan pantang dan selepas bersalin
  • /
  • Sebelum Beli Set Berpantang, Pastikan Anda Semak 10 Perkara Ini Dahulu!
Kongsikan:
  • 7 Resepi Berpantang, Suami Tak Pernah Masuk Dapur Pun Confirm Boleh Buat!

    7 Resepi Berpantang, Suami Tak Pernah Masuk Dapur Pun Confirm Boleh Buat!

  • Pakai Stoking Ketika Berpantang - Keperluan Atau Membahayakan? - Ini Pendapat Doktor

    Pakai Stoking Ketika Berpantang - Keperluan Atau Membahayakan? - Ini Pendapat Doktor

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • 7 Resepi Berpantang, Suami Tak Pernah Masuk Dapur Pun Confirm Boleh Buat!

    7 Resepi Berpantang, Suami Tak Pernah Masuk Dapur Pun Confirm Boleh Buat!

  • Pakai Stoking Ketika Berpantang - Keperluan Atau Membahayakan? - Ini Pendapat Doktor

    Pakai Stoking Ketika Berpantang - Keperluan Atau Membahayakan? - Ini Pendapat Doktor

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.