Checklist Barangan Keperluan Bayi Baru Lahir, Ibu Boleh Prepare Seawal Kandungan 6 Bulan

Barangan keperluan bayi boleh dibeli sedikit-sedikit mengikut bajet ibu ayah. Tidaklah nanti anda terbeban untuk sediakan semuanya sekaligus

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kehadiran cahaya mata sentiasa dinanti-nantikan tidak kiralah ibu mengandung anak nombor dua atau tiga. Perasaan tidak sabar dan teruja membuatkan ramai menyediakan barangan keperluan bayi baru lahir seawal usia kandungan 6 bulan.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Barangan keperluan bayi beli sikit-sikit ikut bajet ibu ayah
  • Senarai barang keperluan bayi baru lahir yang lengkap untuk rujukan bakal ibu

Tidak dinafikan adalah lebih baik beli sikit-sikit kerana segala keperluan ini memerlukan belanja yang agak tinggi. Ibu juga tidaklah nanti berasa begitu penat menyediakan barang bayi dengan keadaan perut semakin membesar.

Barangan keperluan bayi beli sikit-sikit ikut bajet ibu ayah

Menurut Nor Diyana dalam perkongsiannya di facebook, dia menyenaraikan barangan keperluan untuk bayi buat ibu-ibu yang suka melakukan persediaan secara sedikit demi sedikit.

Hi ibu-ibu… saya just nak share cara saya prepare/complete kan barang baby… sesuai untuk ibu-ibu yang suka atau prefer beli sikit-sikit… maybe boleh dijadikan rujukan untuk yang bakal jadi ibu atau blur-blur nak start yang mana dulu…

Barang-barang ni semua memang jadi keperluan dari anak first sampai la yang akan keluar… perlu atau tak barang tersebut bergantung pada ibu-ibu la…

Saya ada bagi sedikit penerangan di setiap gambar… brand barang terpulang pada ibu-ibu biasa pakai yang mana… buat yang first mom boleh buat sikit research brand-brand yang okey or tak…

Saya share barang baby dulu… barang ibu kalau ada masa lagi saya share untuk barang ibu dan barang untuk ke hospital pula…

Saya harap dapat membantu sedikit sebanyak… lain orang lain cara dan pendapatnya untuk prepare barang baby…

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau orang tanya berapa bulan boleh start beli jawapan saya kalau ibu ada duit yang cukup dan boleh beli selepuk… boleh start 6/7 bulan

Kalau ibu-ibu suka beli sikit-sikit atau bajet untuk kumpul barang baby kecik boleh start awal… jangan takut untuk prepare awal percaya qada dan qadar tuhan..

Kalau Allah cakap bukan masanya lagi dah 8/9 bulan pun kalau Allah cakap belum masanya lagi… tetap jugak belum masanya…

Cakap yang baik-baik, doa yang baik-baik… semoga dipermudahkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Senarai barang keperluan bayi baru lahir yang lengkap untuk rujukan bakal ibu

 

Benda pertama… buat listing barang apa yang nak beli… biasa saya akan complete kan barang kecik-kecik dulu yang buat nampak panjang dalam list…

#1. Cotton ball: untuk cuci pusat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Cotton bud

#3. Set mandian travel size (habis pantang boleh tukar pada head to toe)

#4. Bedak (depends ada yang tak berani nak bedakkan)

#5. Tissue basah (wajib borong banyak)

#6. Powder case puff (option sebab ada puff senang nak dap-dap)

#7. Ketip kuku

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Then barang kecik dah settle barulah fikir nak beli barang macam ni.

#1. Kain lampin (1 pek dah cukup) boleh lap muntah susu/bedung boleh tapi senang terlepas ikatan kat kaki.

#2. Pampers. Terpulang ibu-ibu brand mana yang sesuai… seeloknya new born jangan beli banyak-banyak, beli 1 pek dulu.

#3. Alas getah (ada ibu-ibu yang tak pakai… tapi bagi saya perlulah untuk alas masa tukar pampers, kadang baby kencing/poo poo tanpa amaran.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Swaddle (kain bedung) sama macam lampin tapi saiz besar untuk bedung baby lagi kemas… nak murah dekat shopee banyak pilihan… kalau beli mall mahal, kat shopee boleh dapat bawah RM10.

#2. Towel… 3 helai buat standby if baby terbuang air kat towel, ada spare yang lain.

#3. Receiving blanket/hoodie blanket (option).

Bab baju baby kita memang pasti ibu-ibu excited bab ni. Sama la jugak kita pun… kuantiti baju ibu-ibu boleh agak sebab set nak beli 6 tapi mesti akan beli lagi sebab geram dengan baju dorang comel-comel.

#1. Baju lengan panjang

#2. Baju lengan pendek

#3. Rompers (option)

#4. Topi

#5. Sarung kaki tangan (5 set)

#6. Barut

Seeloknya beli siza new born sikit je 2@3 pasang dah memadai sebab baby cepat membesar… ibu-ibu gdm biasa baby keluar dah 3kg lebih atau normal pregnancy pun ada yang baby besar… better beli size 3-6 bulan campur 6-12 bulan (depends cutting brand).

Barut beli 7 helai dah cukup… Ada yang pakaikan, ada yang tak… bergantung keperluan.

Tilam baby

So beralih pada barang yang besar… bagi saya ni option la… boleh beli dulu, boleh beli kemudian…

#1. Baby cot: keperluan bergantung pada situasi… sedia maklum baby akan kerap menyusu, ada setengah orang tak suka nak bangun duduk ambik baby kat cot… selesa baby dekat sebelah… if yakin kita tidur behave boleh letak sebelah… ada jugak ibu-ibu yang nak ajar anak tido tempat sendiri… so boleh beli jugak…

Saya, anak-anak buas suka melompat atas katil so memang tak boleh nak letak baby kat tilam… malam pun anak-anak tidur sekatil so memang baby kena letak cot… setiap orang ada situasi sendiri so kena tengok balik perlu or tak baby cot ni sebenarnya…

#2. Stroller… option… boleh beli awal, boleh beli lepas pantang… ikot bajet la. Ada bajet boleh beli awal.

#3. Carseat… boleh apply subsidi carseat untuk beli… boleh join group carseat support group untuk ilmu kepentingan carseat.

Option 

Storage baby.

#1. Troli rack ni membantu jugak nak bawak ke mana-mana barang baby… Boleh beli boleh tak.

#2. Drawer untuk simpan baju baby… elakkan simpan baju kat tempat terbuka la… berhabuk.

#3. Bakul-bakulan: untuk baju kotor/organize barang mandian.

 

 

Sebelum tertinggal.

Besen mandian…

Bakal ibu boleh membeli barang keperluan bayi mengikut senarai disediakan. Dapatkan barang keperluan anak mengikut bajet dan persediaan ibu dan bapa.Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Elak Barang Bayi Tertinggal Bila Keluar, Begini Caranya Nak Packing, Jimat Masa

Baca juga:  13 Tips Bijak Beli Barang Bayi Yang Murah, Yang Penting Jimat!

Baca juga:  10 Barang Bayi Yang Ibu Bapa Sering Lupa Beli

Penulis

Ain Yusof