Siapa yang tak terkejut bila bayi yang baru lahir 3 hari usianya sudah boleh mengangkat kepalanya sendiri dan cuba untuk merangkak! Insiden yang mengejutkan ini bukan hanya buatkan si ibu terkejut, malah penonton yang melihatnya juga.
Ibu yang baru melahirkan bayi tersebut, Samantha Mitchell, berusia 34 tahun dari White Oak, Pennsylvania serta ibunya sempat merakam saat mengejutkan dan luar biasa itu menggunakan kamera telefon pintarnya. Rakaman itu jelas menunjukkan yang bayinya, Nyilah Daise Tzabari sedang mengangkat kepala dan cuba untuk merangkak.
Anak perempuannya itu juga kelihatan menggeliat, membuat bunyi dan mengangkat kepalanya beberapa kali sambil melihat di sekelilingnya. Sangat luar biasa!
Menerusi video yang dikongsikan di dalam TikTok milik Samantha, boleh didengari yang mana dia bertanya kepada ibunya, “Adakah itu normal?”
“Tidak, dia baru berusia 3 hari,” jelas ibunya membalas persoalannya.
“Ibu, dia merangkak! Macam mana ia boleh jadi normal? Apa yang berlaku sekarang ini?” tanya Samantha dalam keadaan tidak percaya dengan apa yang dilihat dibuat oleh puterinya itu.
Ibunya menjawab, “Oh Tuhan, dia tidak seharusnya sekuat ini,” dengan nada yang tidak percaya dan terkejut dengan insiden yang dilihatnya.
Wanita berkenaan sempat merakam insiden tersebut kerana tahu rakan dan ahli keluarganya yang lain pasti tidak akan percaya, dan terkejut apabila melihat bayi yang baru berusia 3 hari itu sudah boleh mengangkat kepala dan cuba untuk merangkak.
@samantha_elizabeth__ I still cant belive this happened… #baby #babytiktok #crawlingbaby #talkingbaby #tummytime #3daysoldbaby #3daysold #nyilahdaise ♬ original sound – samantha_elizabeth__
Peristiwa mengejutkan yang dirakam oleh Samantha itu adalah ketika berada di hospital, dua setengah hari selepas dirinya selamat melahirkan bayi perempuannya itu.
Di dalam video tersebut, bayi comel itu dilihat memakai lampin dan kedua-dua belah tangannya di letakkan di hadapan untuk menyokong badannya dan merangkak sambil mengangkat kepalanya.
Ibu kepada Samantha boleh dilihat sangat terkejut dan teruja dengan peristiwa itu yang dipertunjukkan oleh cucunya itu. Terbaru, bayi itu sudah berusia 3 bulan, dan dikhabarkan sudah mampu berdiri dengan sokongan dan akan boleh mula berjalan tidak lama lagi.
Tidak hanya terkejut, malah Samantha juga sangat berbangga dengan kebolehan anaknya itu serta kekuatan yang dia ada biarpun baru sahaja dilahirkan. Umum tahu yang bayi baru lahir mengambil beberapa masa untuk lehernya betul kuat untuk mengangkat kepala mereka, apatah lagi untuk merangkak menggunakan lututnya.
Jelas Samantha lagi, “Video itu memaparkan kali pertama saya melihat dia merangkak dan saya benar-benar terkejut. Saya mengasuh dan mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dengan kanak-kanak, dan saya tidak pernah melihat perkara seperti ini sebelum ini.
“Saya rasa saya tidak pernah bersama ramai bayi pada usia tiga hari, jadi ada banyak gangguan, namun saya tidak pernah melihat bayi seperti ini.
“Cara dia mengangkat kepalanya juga dan berbual (babbling) membuatkan saya begitu terkejut,” katanya.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Stimulasi Agar Bayi Cepat Duduk Dan Merangkak, Seawal Usia 7 Bulan Ibu Dah Boleh Bantu Mereka!
Baca juga: Bayi Duduk Atau Merangkak Dulu? Ini Apa Anda Perlu Tahu Tentang Bayi 4-8 Bulan
Baca juga: Begini Rutin Penjagaan Bayi Baru Lahir Yang Betul, Barulah Si Manja Tidak Kerap Merengek!