Bau Miss V Yang Normal Dan Tidak Normal: Ladies! Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Tubuh Anda!

Bau miss v yang normal adalah antara perkara yang para wanita perlu ketahui kerana ia menunjukkan faraj anda berada dalam keadaan sihat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bau miss V yang normal perlu diketahui lebih ramai wanita agar anda dapat mengelakkan sebarang masalah yang lebih serius. Ini kerana bau miss V yang tidak normal boleh menjadi petanda anda mempunyai masalah kesihatan yang lain. Perkongsian kali ini berkaitan dengan bau miss v yang normal dan tidak normal.

Apa Bau Miss V Yang Normal?

1. Bau Masam Atau Seperti Sesuatu Yang Ditapai

Kebiasannya, miss v yang normal mempunyai bau yang sedikit masam atau agak tajam dan baunya hampir seperti bau yogurt atau roti. Bau ini disebabkan gabungan bakteria baik di vagina iaitu Lactobacilli, iaitu sama seperti bakteria pada makanan yang melalui proses fermentasi.

Bau ini disebabkan oleh keadaan keasidan atau pH vagina berada diantara 3.8 hingga 4.5. Bakteria ini menjaga keasidan vagina bagi melindungi pembiakan berlebihan bakteria jahat yang boleh menyebabkan ia mengeluarkan bau busuk. 

2. Bau Duit Syiling Atau Tembaga

Boleh jadi vagina anda akan mengeluarkan bau tembaga seperti bau logam. Bau ini dikatakan akibat darah atau hubungan seks. Bau logam itu kerana darah akan keluar ketika haid.

Darah mengandungi zat besi jadi ia akan mengeluarkan bau logam. Hubungan seks yang ganas juga boleh menimbulkan pendarahan sehingga menyebabkan vagina mengeluarkan bau seperti logam. 

Jika vagina anda berbau logam ia akan hilang dengan sendiri, namun jika dalam beberapa tempoh selepas selesainya haid, bau itu tidak hilang adalah lebih baik dapatkan nasihat dan rawatan doktor. 

3. Bau Manis

Jika miss v anda berbau manis atau bau gula molase, anda tidak perlu risau kerana ia merupakan bau yang normal. Ini kerana bau miss v dipengaruhi oleh bakteria.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bakteria yang berapa pada miss v anda sebenarnya bertukar ganti, sebab itu bau faraj anda berbeza-beza. Paras pH pada vagina anda sering kali berubah kerana bakteria di vagina sering kali berubah. Perubahan inilah yang menyebabkan vagina berbau manis. 

4. Bau Bahan Kimia Atau Peluntur

Bau ini sama seperti bau peluntur baju atau ammonia. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa keadaan yang mana miss v anda berbau seperti ini dan anda perlu berjumpa dan menerima rawatan daripada doktor.

Biasanya bau ini disebabkan air kencing mengandungi amonia atau urea. Sisa air kencing pada pakaian dalam dan sekitar vulva akan menimbulkan bau seperti ini. Air kencing yang berbau amonia juga adalah tanda dehidrasi. 

Bau ini juga mungkin disebabkan jangkitan dan gejala yang timbul biasanya disertai dengan bau hanyir, rasa perit atau terbakar dan panas ketika buang air kecil serta gatal-gatal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa Bau Miss V Yang Tidak Normal?

1. Bau Terbakar

Ada yang mengadu bau vagina mereka seperti bahan terbakar. Ini boleh terjadi disebabkan oleh faktor stres yang membuakan kelenjar peluh iaitu apokrin dan ekrin bekerja lebih kuat.

Kelenjar ini akan menghasilkan cairan seperti susu. Apabila ia bertindakbalas dengan bakteria di vagina, cairan ini akan mengeluarkan bau sedemikian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Bau Hanyir Seperti Ikan

Bau hanyir atau ikan busuk juga boleh terjadi pada vagina anda. Ia terjadi akibat jangkitan bakteria vaginosis dan juga trichomoniasis. Malah ia juga adalah jangkitan yang menular akibat hubungan seksual. Penyakit ini dapat disembuhkan melalui antibiotik.

3. Berbau Busuk Seperti Bangkai

Bau busuk ini adalah busuk seperti binatang mati. Ini mungkin disebabkan terdapat sesuatu di dalam vagina anda seperti tampon dan sebagainya yang tertinggal di dalam selama berhari-hari sehingga mengeluarkan bau.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 15 Fakta Penting Yang Semua Wanita Harus Tahu Tentang Miss V Anda

Baca juga: 17 Pantang Larang Makanan Untuk Pesakit Buah Pinggang Dan Tips Diet Yang Betul

Baca juga: Apa Itu Kencing Berbuih? Ia Boleh Jadi Tanda Awal Masalah Buah Pinggang! Awas, Ini Yang Patut Anda Lakukan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Anis