Kenali 9 Ciri Bawaan Hamil Anak Perempuan, #2 Paling Tepat!

Anda pasti sedang berteka-teki jantina anak yang dikandungkan? Kali ini kami kongsikan ciri bawaan hamil anak perempuan yang mungkin sedang anda alami.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kehamilan memberi pelbagai kejutan. Ia termasuklah juga jantina anak yang dikandung. Kali ini kami kongsikan ciri bawaan hamil anak perempuan yang mungkin secara tak langsung ada kaitan dengan anda.

Ada pasangan yang memang mahu suprise dan hanya ingin tahu jantina anak selepas bersalin nanti. Tetapi ada juga yang ingin tahu awal kerana mahu buat persiapan rapi seperti bilik tidur, pakaian dan sebagainya.

Jadi terpulang kepada pilihan masing-masing sama ada lebih suka tahu terlebih dulu atau selepas bersalin nanti, apa yang penting semuanya selamat.

Bawaan hamil anak perempuan yang mungkin anda sedang alami

Kredit: majalahkesihatan

Perkara ini kebanyakannya dikongsi oleh mereka yang pernah berpengalaman hamil beberapa kali dan tanda-tanda ini sering muncul bila mereka hamil anak perempuan.

Malah ia turut diakui oleh mereka yang pernah hamil walaupun untuk pertama kali. Jom baca, adakah ia ada kaitan dengan anda? Besar kemungkinan anda hamil anak perempuan!

#1. Bentuk perut

Kredit: firstcryparenting

Dikatakan, bentuk perut wanita hamil yang kelihatan bulat menandakan yang dia bakal melahirkan anak perempuan. Bagaimanapun tiada bukti saintifik mengenainya. 

Bentuk perut ibu biasanya dipengaruhi oleh bentuk tubuh, usia kehamilan, berat badan ibu, posisi bayi dan bentuk rahimnya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Gemar makanan manis

Sekiranya seseorang wanita itu hamil anak perempuan, dia dikatakan akan lebih menggemari makanan manis seperti kek, aiskrim dan sebagainya. 

Penulis sendiri alami perkara sama ketika hamil. Boleh dikatakan setiap hari craving nak makan makanan manis seperti kek, brownies dan sebagainya. 

Bagaimanapun, jika anda sedar anda lebih suka makanan manis pada kehamilan kali ini , anda perlu bersedia untuk kawal pengambilan gula sehari bagi mengelak anda mendapat GDM atau diabetes ketika hamil.

Diabetes ketika hamil bahaya yang mana anda berkemungkinan ada risiko melahirkan bayi pramatang atau bayi terlalu besar. 

#3. Air kencing warna cerah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada pula ibu yang mengatakan ketika hamil anak perempuan, air kencing mereka akan berwarna cerah bagaimanapun tiada kajian yang boleh mengesahkannya.

Warna air kencing juga dipengaruhi pelbagai faktor ia termasuklah kurang air, jangkitan kuman, vitamin yang dimakan dan diet seharian ibu hamil. 

#4. Kulit berminyak, rambut kusam

Kulit berminyak dan rambut kusam adalah perkara biasa dialami wanita hamil akibat perubahan hormon, tetapi ia dikatakan lebih teruk jika anda hamil anak perempuan. 

Jika anda tidak selesa dengan kulit berminyak dan rambut kusam, mungkin anda boleh manjakan diri di spa atau salon, tetapi pastikan barang yang digunakan untuk perawatan adalah selamat untuk ibu mengandung.

Hamil bukanlah bermakna anda langsung tidak boleh merapikan diri, cuma pastikan barang yang digunakan adalah selamat untuk ibu hamil dan tidak memberi sebarang kesan sampingan yang boleh memudaratkan anda dan kandungan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Degupan jantung bayi lebih laju

Ada yang percaya bahawa degupan jantung bayi yang lebih laju adalah antara tanda yang dia bayi perempuan. Tetapi hal ini dikatakan mitos kerana degupan jantung tiada kaitan dengan jantina bayi. 

#6. Ibu alami alahan teruk

Kredit: tribunjogja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada yang mengatakan jika hamil anak perempuan, si ibu akan alami alahan lebih teruk berbanding hamil anak lelaki, selain alami perubahan berat yang turun mendadak dan dehidrasi.

Ada yang sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital kerana mengalami dehidrasi teruk akibat alahan dan muntah-muntah yang terlalu teruk hingga menyebabkan mereka pengsan. 

#7. Mudah lupa

Walaupun tiada kajian lanjut mengenainya, dikatakan mereka yang melahirkan anak perempuan secara konsisten akan jadi mudah pelupa, malah tiada juga dikatakan tidak suka berhias.

#8. Stres

Stres dikatakan boleh memberi ibu peluang lebih besar untuk hamil anak perempuan. Ada kajian menunjukkan ibu yang mengalami tekanan dari segi fizikal dan psikologi lebih berkemungkinan akan melahirkan anak perempuan. 

#9. Bayi songsang

Kajian pada 2015 berkaitan kelahiran songsang di Hongaria pada tahun 1996 dan 2011 mendapati bayi songsang lebih dikaitkan dengan bayi perempuan berbanding bayi lelaki. 

Ia bermakna kebanyakan kes bayi songsang adalah membabitkan bayi perempuan dan bukan bayi lelaki. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: cussonbaby

Baca juga: 7 Cara Power Hamil Bayi Perempuan Secara Semula Jadi, Betulkan Teknik Ini Dulu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar