Tidak Perlu Bayar Fidyah Jika Ibu Mengandung Atau Menyusu Tidak Sempat Ganti Puasa

Bayar fidyah tidak dikenakan kepada ibu yang tidak sempat menggantikan puasa sekiranya mereka uzur syarie mengandung atau menyusukan bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap kali menghampiri bulan Ramadan, pasti akan ada pertanyaan berhubung kemusykilan agama berkaitan bayar fidyah. Maklumlah, sebagai umat Islam, tanggungjawab kita memastikan ibadah yang perlu dilakukan telah disempurnakan.

Antara pertanyaan biasa ialah melibatkan ibu mengandung dan menyusu anak. Sama ada perlukah mereka membayarnya jika tidak sempat menggantikan puasa dalam situasi keuzuran.

Sebagai contoh, ibu tersebut bersalin pada pertengahan Ramadan dan selepas itu, dia menyusukan bayi serta tidak larat menggantikan puasa sehingga masuk ke Ramadan seterusnya.

Atau situasi ibu yang bersalin ketika atau hampir bulan Ramadan dan selepas itu, menyusukan bayi serta tidak larat sehinggalah datang Ramadan berikutnya. Dia tidak sempat ganti puasa.

Bayar fidyah bagi ibu menyusu atau mengandung yang tidak sempat qadha puasa

Berdasarkan penjelasan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, pihak tersebut menerima pertanyaan daripada orang awam:

Adakah wanita yang tidak sempat menggantikan puasa Ramadan sehingga tiba Ramadan seterusnya wajib qadha’ dan membayar kafarah?

Alasan dia menangguhkan ialah kerana mengandung atau menyusukan anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jawapan:

Ibu-ibu yang melewatkan ganti puasa kerana uzur syarie seperti sentiasa sakit, menyusukan anak dan mengandung adalah tidak wajib dikenakan fidyah, jika mereka tidak sempat menggantikan puasa sebelum tiba Ramadhan seterusnya.

Hukum ibu hamil tidak berpuasa di bulan Ramadan

Menerusi penerangan lanjut pihak berkenaan, di dalam syariat Islam, mengandung dan menyusukan anak adalah bentuk keuzuran yang mengharuskan berbuka. Jadi keringanan atau rukhsah untuk berbuka diberikan kepada golongan seperti ini. 

Ia kerana ada kemungkinan sekiranya wanita ini meneruskan puasanya boleh mendatangkan mudarat sama ada kepada diri sendiri atau janin yang dikandung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hal ini ini berdasarkan firman Allah SWT:

Daripada Anas al-Ka’biy RA, Rasulullah ﷺ bersabda:

إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى وَضَعَ عَنِ الْمُسَافِرِ الصَّوْمَ وَشَطْرَ الصَّلاَةِ، وَعَنِ الْحَامِلِ أَوِ الْمُرْضِعِ الصَّوْمَ

Maksudnya: “Allah SWT meringankan puasa dan memendekkan solat bagi orang yang bermusafir, sementara perempuan mengandung dan yang menyusukan anak, Allah meringankan puasanya sahaja.”- Riwayat al-Tirmizi (715) dan Abu Daud (2408)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perlu ganti puasa atau dikenakan fidyah?

Satu lagi persoalan adalah tentang apakah hukum ibu hamil yang tidak berpuasa kerana risaukan bayi dalam kandungan? Adakah perlu menggantikan puasa fidyah atau tidak?

Wajib ke atas wanita yang tidak berpuasa kerana mengandung atau menyusukan anak untuk menggantikan puasa selepas berlalunya Ramadan.

Jika dia tidak sempat menggantikannya, bukan kerana keuzuran, maka dia dianggap berdosa dan diwajibkan untuk membayar fidyah sebanyak satu cupak makanan ruji tempatan, seberat 600 gram. Rujuk al-Fiqh al-Manhaji (2/92).

Menurut Irsyad al-Fatwa ke-31, hukum wanita mengandung yang meninggalkan puasa bergantung kepada beberapa perbezaan pendapat dalam mazhab Syafie.

Pendapat pertama: Jika perempuan hamil atau menyusu yang meninggalkan puasa, wajib qada’ puasa sahaja, tetapi sunat membayar fidyah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pendapat kedua:  Wajib qada’ dan perlu membayar fidyah bagi perempuan hamil atau menyusu yang meninggalkan puasa jika mereka takut kesihatan janin atau anaknya yang disusukan sahaja mengikut pendapat muktamad. 

Pendapat ketiga: Wajib mengqada’ dan fidyah hanya dikenakan kepada yang meninggalkan puasa kerana menyusukan bayi. Wanita hamil hanya wajib qada’ puasa sahaja tanpa fidyah.

Pendapat keempat: Jika kedua-duanya yakni perempuan yang hamil dan menyusu bimbang ke atas dirinya atau anaknya maka bolehlah ia berbuka dan membayar fidyah sahaja berdasarkan umum ayat di bawah:

وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ

Maksudnya“Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.” (Surah al-Baqarah: 184)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Secara ringkasnya, dua pendapat dalam mazhab Shafie telah dipilih iaitu:

  1. Perlu qada’ puasa jika wanita mengandung risaukan diri sendiri sahaja. Begitu juga jika risaukan diri dan kesihatan anak yang dikandung.
  2. Jika ibu bimbangkan kesihatan dan tumbesaran anak yang dikandung atau disusukan tanpa dirinya, makan diwajibkan qada’ puasa dan bayar fidyah. 

Golongan yang perlu ganti puasa atau bayar fidyah

  • Orang tua yang sudah tidak mampu berpuasa kerana lemah dan uzur (tak perlu ganti puasa, wajib bayar)
  • Orang yang sakit namun tiada harapan sembuh (tak perlu ganti puasa, wajib bayar)
  • Orang yang sakit tidak berpanjangan lalu berbuka kerana sakitnya (perlu ganti puasa dan tak perlu bayar)
  • Orang yang sakit tidak berpanjangan lalu berbuka dan tidak sempat menggantikan puasa sebelum Ramadan berikutnya. (perlu ganti puasa, wajib bayar)
  • Orang yang musafir yang berbuka kerana musafirnya. (perlu ganti puasa, tak perlu bayar)
  • Orang yang musafir namun tidak sempat menggantikan puasa sebelum masuk Ramadan tahun berikutnya. (perlu ganti puasa dan wajib bayar)
  • Perempuan yang haid. (perlu ganti puasa, tak perlu bayar)
  • Perempuan yang haid namun tidak sempat menggantikan puasa sebelum masuk Ramadan tahun berikutnya. (perlu ganti puasa dan wajib bayar)
  • Perempuan yang mengandung atau sedang menyusukan anak namun khuatir akan keselamatan dirinya ketika berpuasa. (perlu ganti puasa, tidak perlu bayar)
  • Perempuan yang mengandung atau sedang menyusukan anak yang khuatir keselamatan bayi yang dikandung atau anak yang sedang disusukan. (perlu ganti puasa dan wajib bayar)
  • Orang yang sengaja meninggalkan puasa Ramadan (perlu ganti puasa, tak perlu bayar)
  • Orang yang sengaja meninggalkan puasa Ramadan dan tidak menggantikan puasa sehingga masuk Ramadan tahun berikutnya. (perlu ganti puasa dan wajib bayar)

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia.

Baca juga: Bukan Sahaja Wanita, Lelaki Pun Kalau Tinggalkan Kena Ganti Puasa

Baca juga: Ibu Mengandung Berpuasa Di Bulan Ramadhan? Ini Nasihat Doktor!

Baca juga: Pakar Laktasi Kongsi Tips Puasa Penuh Ibu Menyusu Badan, Tidak Perlu Qada Tahun Depan!