Baru-baru ini, kecoh media sosial apabila ada posting seorang ibu yang bertanya “boleh ke bayi 2 bulan makan pisang yang dilenyek?”
Tentulah jawapannya TIDAK kerana bayi bawah umur enam bulan hanya perlu minum susu ibu atau susu formula saja.
Walau bagaimanapun, kepercayaan orang dulu memang berbeza dengan pemikiran zaman kini. Ada ramai orang tua yang menyarankan ibu bapa untuk beri anak makanan pejal seawal mungkin berdasarkan pengalaman mereka sendiri.
Sebab itu, ramai ibu bapa muda keliru. Dalam kes ini, bapa bayi itu mengatakan anaknya boleh makan pisang yang dilenyek kerana pernah dilakukan oleh ibunya ketika dia masih bayi.
Ibu bayi itu menjelaskan kepada suaminya usus bayi belum berkembang dan tidak boleh diberi makan pisang lenyek bawah umur enam bulan.
Tapi, suaminya tetap berdegil dan mengatakan isterinya itu tidak menghormati pengalaman ibunya.
Difahamkan bayi tersebut tinggal bersama neneknya. Ini sekaligus membuatkan ibu muda ini bimbang jika ibu mertuanya itu tetap bagi makan pisang lenyek tersebut tanpa pengetahuannya.
Bayi 2 bulan makan pisang lenyek – Ini bukan kejadian pertama
Ini bukan kejadian pertama yang membuktikan bayi 2 bulan tidak wajar diberi makanan pejal. Ada kes bayi mati selepas neneknya memberi makan pisang, ingat tak berita itu?
Memberi bayi makanan pejal sebelum waktunya adalah sangat bahaya dan ia boleh membawa risiko kesihatan seperti masalah pencernaan dan tercekik.
Apa kata pakar tentang bayi 2 bulan makan pisang lenyek?
Menurut Dr. Sutha Auraphairoj, Pakar Pediatrik di Thailand, ramai yang masih mempunyai pengetahuan bertentangan dengan memberi bayi makan terlalu awal terutama datuk nenek mereka.
Disebabkan itulah, ramai ibu bapa keliru mana satu yang benar.
Walau bagaimanapun, lebih baik anda mendengar pandangan juga nasihat profesional perubatan maklumat pemakanan bayi dan kanak-kanak.
Dalam kes ini, doktor mendedahkan pisang sememangnya kaya dengan nutrien tapi bayi bawah enam bulan TIDAK BOLEH makan pisang atau makanan lain kerana boleh mengancam nyawa si kecil itu.
Apa yang dicadangkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tentang makanan pejal bayi?
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan untuk memulakan makanan pepejal selepas bayi berusia sekurang-kurangnya enam bulan kerana perut dan usus bayi belum berkembang sepenuhnya sebelum waktu itu.
Sekiranya beri bayi makan sebelum waktunya, kemungkinan dia boleh mengalami senak perut, sembelit, cirit birit atau alahan makanan.
Ini kerana mukosa usus mereka masih kurang berkembang dan menyebabkan antigen disembur ke dalam aliran darah.
Antigen ini adalah bahan yang merangsang tubuh mencipta antibodi yang boleh menyebabkan alahan.
Bolehkah bayi 2 bulan makan pisang atau makanan baby yang lain? Ini yang anda patut tahu!
Sekali lagi ditegaskan bayi berusia bawah enam bulan tidak boleh ambil sebarang makanan pepejal termasuklah puri atau pisang hancur.
Bayi hanya perlu disusukan secara eksklusif sehingga mencapai umur enam bulan kerana penyusuan susu ibu sudah memenuhi semua keperluan pemakanan bayi.
Sekiranya si ibu tidak dapat menyusukan bayi atas sebab tertentu, mereka boleh menggantikannya dengan susu formula yang dirumus khas untuk bayi. Bayi juga tidak memerlukan air.
Menurut satu kajian yang diterbitkan Jurnal Paediatrics tahun 2013, ramai ibu memberikan bayi makanan pepejal terlalu awal tanpa mengetahui risiko yang boleh terjadi.
Kenapa ibu perlu tunggu sehingga bayi umur enam bulan?
Terdapat sebab-sebab penting mengapa ibu wajib tunggu sehingga bayi umur enam bulan sebelum memperkenalkan makanan pepejal.
- Makanan pepejal sukar ditelan dan dicerna kerana sistem pencernaan bayi belum berkembang sepenuhnya.
- Makanan pepejal tak semestinya berkhasiat seperti susu ibu dan kurang sesuai untuk perkembangannya.
- Boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti alahan dan ekzema
- Penyelidik juga mendapati, jika diperkenalkan terlalu awal, ia boleh menyebabkan penyakit kronik seperti diabetes apabila kanak-kanak meningkat usia.
- Biasanya gigi bayi mulai tumbuh dan kuat apabila mencapai usia enam bulan sekaligus membuatkan mereka mudah mengunyah makanan.
Diharap penjelasan di atas terjawab untuk anda yang mempersoalkan adakah boleh bayi 2 bulan makan pisang lenyek. Jangan lupa untuk tag dan share artikel ini bersama rakan anda yang lain!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Penulis asal Kevin Wijaya Oey. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan.
Baca juga:
Bayi 2 Bulan SENGAJA Diikat, Diberi Bubur & Air Oleh Ibu Bapa Sendiri!