X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bayi 2 Hari Maut Diberi Pisang Oleh Nenek, Katanya Dulu Anak Diberi Makan Tak Mati Pun...

4 min bacaan
Bayi 2 Hari Maut Diberi Pisang Oleh Nenek, Katanya Dulu Anak Diberi Makan Tak Mati Pun...

Semoga ibu ayah di luar sana boleh belajar dari kisah tragis ini. Bayi makan pisang sebelum waktunya, inilah akibat yang terpaksa ditanggung...

Masih banyak ibu yang belum menyedari bahayanya memberi makan bayi baru lahir dengan makanan berat. Kisah tragis bayi makan pisang dan akhirnya meninggal ini mungkin akan semakin membuka mata kita.

Kisah tragis bayi makan pisang hingga meninggal

Seorang ibu dari Indonesia, Lia Imelda Siregar ada menulis status di Facebook tentang bayi berusia 10 hari yang meninggal setelah diberi makan oleh neneknya. Lia adalah salah seorang ahli medik di IGD (Instalasi Gawat Darurat), di mana tempat bayi itu mendapatkan rawatan.

bayi makan pisang, bayi makan pisang umur berapa, bayi makan pisang tiap hari, pisang makanan bayi

Kredit: Facebook Lia Imelda

JANGAN BERI AKU MAKAN PISANG, NEK

Ini semua satu pengajaran bagi kita. Kalau zaman dulu, mungkin bayi baru lahir boleh diberi bubur nasi pisang.

Mungkin kerana ketika itu pisang masih bersih tiada racun pestisid.

Seperti siang tadi, kami mendapati bayi berumur 10 hari lahir tidak cukup bulan. Baru hari ke sembilan, dia sudah diberi bubur nasi pisang oleh neneknya. 

“Si kecil asyik nangis saja, puan. Jadi saya buat puri guna pisang. Dulu tiada apa berlaku pun bila saya buat ini untuk anak-anak saya.”

“Tapi sekarang, keluar darah dari duburnya, puan. Darah segar dan bau hamis. Saya menyesal.”

“Bidan sudah beritahu saya, tapi saya masih degil, puan.”

“Waktu lahir beratnya 1,8 kg. Sudah sepuluh hari turun 1,3 kg.”

Si nenek terus menangis. Ini cucu pertamanya.

Akibat terlalu mengikut cara orang dulu – bayi makan pisang

bayi makan pisang, bayi makan pisang umur berapa, bayi makan pisang tiap hari, pisang makanan bayi

Kredit: Facebook Lia Imelda

Dulu lain, sekarang lain. 

Nek… Jangan bagi makan lagi ya. Kasihan dia bertarung nyawa, keluar darah dari hidung, mulut, dan dubur.

Usus mereka tak sekuat kita. Jangan ya, Nek…

Kami di IGD pun tak sanggup nak menyedut darahnya hanya kerana kelalaian yang kita buat sendiri. Bayi kecil itu tersedak ketika pipe kecil dimasukkan untuk menyedut darah di mulut dan hidungnya. 

Selamat jalan, dik…

Reaksi warga internet tentang tragedi bayi makan pisang

Status tentang bayi makan pisang ini telah menjadi viral, mendapat hampir 5 ribu komen dan dikongsikan sehingga 20 ribu kali. Banyak warga internet yang mengucapkan rasa dukacita atas meninggalnya seorang anak kecil.

Beberapa orang ibu ada juga memberi komen yang bayi baru lahir hanya perlu diberi susu ibu atau susu formula saja, tidak boleh diberi makanan pejal yang berat. Sedihnya, masih ramai ibu yang belum faham bahayanya jika terlalu awal memberi makan bayi.

bayi makan pisang, bayi makan pisang umur berapa, bayi makan pisang tiap hari, pisang makanan bayi

Kredit: Pregnancyandbaby.com

Beberapa ibu mengatakan yang anaknya juga diberi makan ketika usianya belum mencapai 6 bulan dan tetap sihat sampai sekarang. Ada juga ibu yang berkongsi foto anaknya yang berat badannya bertambah kerana sudah diberi makan sejak usia 2 minggu!

Para ibu yang memberi makan pejal awal ini mengaku yang mereka hanya mengikuti apa yang sudah dilakukan oleh ibu bapa mereka ketika mereka masih kecil.

Padahal, memberi makanan pejal pada bayi baru lahir boleh membahayakan kesihatannya!

Stories Rakan Kongsi
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Beware of chemicals that can harm your children
Beware of chemicals that can harm your children

Jangan beri makanan pejal pada bayi sebelum 6 bulan!

Bayi baru lahir hanya memerlukan susu ibu atau susu formula, BUKAN pisang atau bubur!

Sayangnya, menurut penelitian yang diterbitkan oleh jurnal Pediatrics pada tahun 2013, ramai ibu melewatkan pemberian susu ibu dan terus memberikan makanan pejal pada bayi tanpa mengetahui risikonya.

Sebab-sebab utama

bayi makan pisang, bayi makan pisang umur berapa, bayi makan pisang tiap hari, pisang makanan bayi

Kredit: Primroseschools.com

Ada sebab penting mengapa anda HARUS menunggu sampai bayi berusia 6 bulan untuk mula diperkenalkan makanan pejal.

  • Makanan pejal sukar ditelan dan dicerna. Pencernaan bayi belum berkembang dengan sempurna. Walaupun bubur nasi mahup un puri pisang telah dilenyek halus, usus bayi masih belum boleh mencernanya dengan baik.
  • Makanan pejal tidak sama gizinya seperti susu ibu atau susu formula. Makanan pejal mungkin mempunyai lebih rendah nutrisi namun tinggi kalori yang menyebabkan anak kecil mengalami obesiti.
  • Makanan pejal yang diberikan terlalu awal dapat menyebabkan masalah kesihatan, misalnya alergi atau alahan. Para peneliti juga menemui kaitan antara makanan pejal awal dengan penyakit kronik ketika anak dewasa, seperti diabetes dan celiac disease (gangguan pencernaan akibat mengambil gluten).

Ibu, kongikan artikel ini dengan teman-teman anda supaya ramai ibu dapat memahami tentang bahayanya memberikan makanan pejal pada bayi sebelum berusia 6 bulan.

Semoga tiada ada lagi kisah tragis bayi makan pisang dan meninggal akibat pencernaannya yang belum sempurna.

 

 

 

Terjemahan daripada theAsianparent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Makanan pejal pertama bayi : Apa ibu boleh buat dan apa yang tak patut dibuat

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Keselamatan anak
  • /
  • Bayi 2 Hari Maut Diberi Pisang Oleh Nenek, Katanya Dulu Anak Diberi Makan Tak Mati Pun...
Kongsikan:
  • Kenapa ‘Makan Untuk Dua Orang’ Tidak Bagus Semasa Mengandung

    Kenapa ‘Makan Untuk Dua Orang’ Tidak Bagus Semasa Mengandung

  • Bayi Yang Disuap Makan Oleh Ibunya Lebih Mudah Bertambah Berat Badan!

    Bayi Yang Disuap Makan Oleh Ibunya Lebih Mudah Bertambah Berat Badan!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Kenapa ‘Makan Untuk Dua Orang’ Tidak Bagus Semasa Mengandung

    Kenapa ‘Makan Untuk Dua Orang’ Tidak Bagus Semasa Mengandung

  • Bayi Yang Disuap Makan Oleh Ibunya Lebih Mudah Bertambah Berat Badan!

    Bayi Yang Disuap Makan Oleh Ibunya Lebih Mudah Bertambah Berat Badan!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.