Bayi Masukkan Kaki Dalam Mulut Bukan Petanda Nak Adik, Tapi Ia Perkembangan Yang Sangat Bagus!

Salah satu perkembangan bayi 4 bulan adalah proses mouthing, di mana bayi mungkin gemar memasukkan kaki dalam mulut. Apa manfaatnya?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila tengok si manja mula memasukkan kaki ke dalam mulut, mulalah ada yang suruh kita standby sebab katanya anak bagi 'hint' nak adik lagi! Namun, hakikatnya ia merupakan perkembangan bayi 4 bulan hingga 8 bulan yang normal.

Setiap usia bayi yang berlainan akan meneroka kemahiran mereka yang terbaru, ini termasuklah memasukkan kaki atau tangan ke dalam mulut. Buat pengetahuan anda, masa inilah si kecil mula belajar tentang kebolehan tubuhnya dan meneroka melalui sentuhan dan deria lain!

Mouthing, Perkembangan Bayi 4 Bulan Ke Atas

Mulut bayi mempunyai banyak saraf, dan normal bagi bayi memasukkan sesuatu ke dalam mulut terlebih dahulu. Bayi boleh memulakan proses ini seawal usia 4 bulan, 5 bulan sehinggalah usia 8 bulan.

Perbuatan ini dikenali sebagai mouthing, satu tingkahlaku yang sangat normal bagi kebanyakkan bayi. Anda cuma perlu berhati-hati agar anak tidak memasukkan barang asing ke dalam mulut, dan pastikan kaki dan tangannya tidak terdapat apa-apa yang berbahaya.

Ibu ayah jangan risau ya jika lihat si manja melakukan aksi comel ini! Kalau ada yang kata dia mahu adik, itu cuma gurauan saja.

Tapi Kenapa Bayi Gemar Masukkan Kaki Ke Dalam Mulut?

Semasa dalam rahim, bayi masih tidak tahu tentang kewujudan kaki dan tangannya. Jadi, bila sudah dilahirkan, si kecil seolah-olah dapat penemuan baru tentang anggota badannya.

Tambahan lagi, apabila bayi memasuki usia 4 bulan ke atas, mereka sudah semakin bijak untuk melakukan sentuhan dan gerakan yang lebih hebat. Kaki dan tangan merupakan bahagian tubuh yang mudah dan seronok untuk dicapai jadi sudah tentu bayi akan bermain dengan anggota tubuh tersebut!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Manfaat Bayi Memasukkan Kaki Ke Dalam Mulut

Walaupun ia kelihatan seperti bayi sedang bermain, namun  aktiviti ini ada manfaat lain selain menerokai kebolehan bayi. Antaranya:

  1. Meningkatkan kesedaran terhadap tubuh, objek dan tekstur.
  2. Pengenalan awal kepada deria rasa, agar bayi lebih bersedia untuk makanan pejal semasa berusia 6 bulan.
  3. Ia juga bertindak sebagai cara untuk bayi menenangkan diri, dan memberikan keselesaan kepadanya.

Jika bayi anda gemar memasukkan sesuatu ke dalam mulut, anda perlu memastikan kaki dan tangan sentiasa dalam keadaan bersih dan tiada bahan bertoksin. Selalunya selepas bayi sudah pandai berjalan, dia akan berhenti melakukan perbuatan ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

 

Sumber: PaMa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Beto Rahman