Bayi 8 Bulan Susah Makan, Apa Anda Boleh Buat Untuk Pujuk Si Manja Makan?

Bayi 8 bulan susah makan? Sekarang, mereka bijak meneroka aktiviti baru yang boleh membuatkan tumpuan mereka beralih. Jadi, apa anda boleh buat?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menginjak 6 bulan, bayi mula mendapatkan nutrien tambahan dari pengambilan makanan pejal selain daripada susu. Namun dalam sesetengah kes, ibu bapa mulai berapa risau apabila bayi 8 bulan susah makan walaupun sebelum ini, kelihatannya berselera sahaja.

Ibu bapa mungkin akan perasan akan berat badan bayi yang mula menurun, malah si manja anak juga kerap menolak makanan apabila tiba sesi makannya. Kenapa perkara ini terjadi?

Bayi 8 Bulan Susah Makan: Keperluan Si Manja Usia 8 Bulan

sumber: babynamessearch

Untuk anak usia 6-12 bulan, rata-rata pertumbuhan berat badan adalah 50-80 grams/seminggu. 

Berdasarkan rujukan tersebut, ibu bapa boleh melihat sama ada berat dan tinggi anak anda berada dalam kategori yang mana, adakah lebih rendah/tinggi dari bayi seusianya?

Selain itu, perubahan berat badan bayi juga harus diambil kira. 

Bayi 8 Bulan Susah Makan: Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Bayi 8 Bulan

Sebelum anda mula risau terhadap perubahan cara pemakanan anak, anda harus tahu yang pada 8 bulan bayi akan menjadi semakin aktif.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebolehan bayi mula meningkat malah bayi juga sudah bijak merasa makanan, dan menjadi lebih berminat untuk meneroka aktiviti baru yang boleh membuatkan tumpuannya mula teralih semasa sedang menikmati makanan.

sumber: smartparenting

Pada dasarnya, kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan keperluan nutrien dan mineral yang seimbang.

Malah mereka memerlukan sekurang-kurangnya 100 kalori untuk setiap penambahan kilogram pada tubuh, sehingga berusia 10 tahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila bayi semakin aktif, mereka memerlukan lebih tambahan kalori dalam aktiviti sehariannya, cadangan hidangan seharian juga akan turut bertambah bagi memenuhi keperluan kalorinya.

Bayi anda perlu mengambil makanan yang seimbang seperti bubur nasi yang dicampur sayur, sumber protein dan buah-buahan agar bayi anda mendapat keperluan nutrien sepenuhnya.

Cara Mengatasi Masalah Bayi 8 Bulan Susah Makan

Jika bayi anda kelihatan tidak berselera untuk makan, sering teralih perhatian atau berat badannya mulai susut, anda bolehlah mecuba beberapa kaedah di bawah bagi menggalakkan si manja makan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Pelbagaikan jenis makanan Pada usia ini, sebahagian besar bayi boleh mencuba makanan seperti bubur nasi, atau cereal yang diletakkan sayur-sayuran, ayam dan buah-buahan. Selepas makan, berikan susu sebagai ganjaran kepada bayi anda
  • Penampilan makanan Variasikan penampilan makanan dengan menyediakan sudu dan mangkuk yang menarik perhatian bayi. Keadaan ini dapat menarik minat bayi dan mencipta suasana yang menggembirakan untuk bayi menjamu selera.
  • Jumlah makanan Biasanya bayi dalam lingkungan usia 8-10 bulan diberikan 1 per 4 atau setengah cawan makan, dan ditambah dengan setengah cawan sumber protein untuk bekalan nutrien yang cukup untuk si manja.
  • Elakkan junkfood/makanan segera Beri bayi anda real food, bukannya makanan sedia yang mengandungi gula/garam. Bayi di bawah 1 tahun tidak memerlukan gula dan garam, malah pemberian gula dan garam pada awal usia boleh menyebabkan anak menjadi picky eater. 
  • Makan bersama bayi Bawa si manja makan bersama di meja anda sekeluarga. Letakkan di kerusi bayi dan biarkan dia merasakan yang dia sedang menikmati makanan dengan ahli keluarga yang lain, agar dia belajar cara makan berdasarkan pemerhatian sendiri.
  • Elakkan pemberian susu Terutamanya secara berlebihan sebelum makan bubur nasi. Bayi yang kenyang akan cenderung untuk menolak makanan lain. Sebaiknya beri susu kepada anak selepas selesai makan makanan pejal.
  • Masa tidur bayi Perhatikan waktu rehat anak kerana anak yang tidak mempunyai rehat yang cukup akan susah untuk menambah berat badan. Metabolisme tubuh akan bekerja dengan sempurna ketika anak sedang tidur.

Selain peningkatan berat badan yang normal, ibu bapa juga harus memastikan fungsi dan tumbesaran anak berkembang dengan normal.

Sekiranya bayi anda kelihatan tidak berselera untuk makan dan tidak berdaya melakukan aktiviti, rujuk doktor bagi mendapatkan nasihat pakar.

Semoga bermanfaat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Alodokter/Klikdokter

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Beto Rahman