9 Sebab Kenapa Bayi 9 Bulan Belum Merangkak, Ibu Ayah Kena Perhatikan Punca Ini

Bayi 9 bulan belum tahu merangkak? Ini sebab-sebabnya dan cara yang dapat membantu anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah anda bimbang bila bayi 9 bulan belum merangkak sedangkan bayi lain belajar merangkak dalam usia sekitar 6 ke 9 bulan? Malah dalam tempoh ini juga bayi sudah mula mengimbangkan diri di atas kedua-dua tangan dan lututnya. 

Kemudian, sedikit demi sedikit bayi akan menggunakan lututnya untuk bergerak ke depan dan belakang sehingga mampu merangkak dengan laju. 

Merangkak adalah salah satu perkembangan bayi yang penting kerana dapat menguatkan otot leher, tangan dan kaki juga melatih koordinasi mata si manja serta membangunkan penglihatan binokular. 

Namun begitu, apakah punca bayi 9 bulan belum merangkak? Ini antara sebab-sebabnya. 

Punca bayi 9 bulan belum merangkak 

#1. Memakai pakaian yang tidak selesa 

Kredit: Kumparan

Mungkin pakaian yang tidak sesuai membuatkan si kecil rasa sukar untuk membuat sebarang pergerakan sekaligus membuatkannya rasa kurang yakin. Antara pakaian yang tidak selesa ialah pakaian yang terlalu ketat, terlalu longgar atau dari fabrik licin.

Jadi, sebaiknya anda melihat jenis pakaian bayi itu jika ingin melatihnya merangkak semasa di rumah. 

#2. Selesa bergerak dengan cara lain 

Sesetengah bayi suka mengengsot untuk menggerakkan tubuhnya dari satu tempat ke tempat yang lain. Jadi, jika anda melihat bayi seolah-olah tidak berminat menggerakkan tubuh, sebaiknya anda jumpa pakar untuk bertanyakan tentang ini. 

#3. Kelahiran pramatang 

Bayi pramatang cenderung mengalami perkembangan dan tumbesaran yang terlewat seperti perkembangan kognitif, kemahiran motorik dan pertuturan.

Sebab itu, anda harus bersabar dan sentiasa menggalakkan si kecil belajar merangkak supaya dapat menandingi perkembangan mengikut usia sebenar mereka. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Berat badan 

Dalam Journal of Peadatrics mendapati salah satu faktor melambatkan kebolehan si kecil merangkak, meniarap dan berguling untuk memusingkan badannya adalah kerana masalah lebihan berat badan.

Sebab itu, jururawat di klinik kesihatan selalu memantau pertambahan berat badan bayi supaya seiring dengan tinggi dan umurnya. 

#5. Bentuk kaki bayi 

Bayi 9 bulan belum merangkak juga ada kena mengena dengan bentuk pada kakinya seperti clubfoot yang berbentuk seperti meninjik ke bawah, melengkung dan membengkok ke dalam.  

Apabila bayi mengalami masalah ini, rawatan boleh dimulakan seawal minggu kedua kelahiran bagi mencapai hasil yang terbaik. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6. Penggunaan baby walker 

Memang baby walker dapat memudahkan ibu memantau bayi dari semasa ke semasa, tapi jika kerap digunakan ia mampu menghambat si kecil untuk belajar merangkak dengan sendiri. 

Dr. Alan Greene dalam sebuah artikel mencadangkan ibu bapa menggunakan alatan seperti exersaucer atau push toys yang dapat membantu si kecil meningkatkan kemahiran ototnya. 

#7. Kerap didukung 

Bayi yang terlalu kerap didukung juga dapat mengurangkan kemahiran merangkak atau melakukan pergerakan sendiri. Jadi, sediakan ruang bermain yang comel supaya merangsang bayi bermain dengan bebas dan belajar merangkak. 

#8. Personaliti si manja 

Setiap bayi memiliki personaliti yang berbeza, ada yang aktif dan ada yang suka lebih santai. Jika dibandingkan, bayi yang bersikap lebih relaks mungkin mengalami perkembangan motor yang sedikit lewat berbanding bayi yang aktif. 

Walaubagaimanapun, mereka mungkin mempunyai kelebihan dari segi kemahiran lain seperti sosial, bahasa dan visual. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#9. Kurang tummy time 

Kredit: Bundoo

Apabila kurang tummy time ia juga menyebabkan bayi lambat merangkak. Jadi latihkan si kecil meniarap selama 15 ke 30 saat.

Namun, mungkin pada permulaan bayi kurang selesa tapi percayalah ia dapat menstabilkan badan si kecil sehingga boleh merangkak dan seterusnya berdiri dengan baik. 

Cara merangsang bayi 9 bulan belum merangkak 

  • Letak mainan bayi pada jarak tertentu yang membuatkan si kecil berusaha bergerak ke arah mainan tersebut. 
  • Selepas mandi, sesekali tiarapkan bayi tanpa baju supaya memudahkannya bergerak ke sesuatu tempat.
  • Biarkan bayi mengeksplorasi sekelilingya dan jangan terlalu cepat mengangkat bayi walaupun dia nampak kurang selesa. 
  • Merangkak bersama si kecil dan kemudian bermain bersamanya. Sekaligus bayi seronok untuk belajar merangkak. 

Walau bagaimanapun, jangan terlalu bersedih jika bayi mempunyai perkembangan yang sedikit lambat dan tidak membandingkan bayi dengan anak-anak yang lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya, bayi tidak menunjukkan sebarang minat untuk membuat pergerakkan adalah sebaiknya ada mendapatkan nasihat doktor untuk langkah yang seterusnya. Semoga perkongsian ini bermanfaat. 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Sirap Limau, Dr. Zubaidi

Baca juga: 

Stimulasi Agar Bayi Cepat Duduk Dan Merangkak, Seawal Usia 7 Bulan Ibu Dah Boleh Bantu Mereka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan