Anak Terjaga Terlalu Awal? Amalkan Tips Ini Untuk Bayi Tidur Lebih Lama!

Ibu bapa perlukan rehat yang banyak, jadi jika anak bangun terlalu awal, bagaimana? Ini cara untuk buatkan bayi anda tidur lebih lama!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak anda mungkin tidak banyak kerenah dan mendengar kata, tetapi menjadi ibu bapa memang akan memenatkan. Bukan sahaja anda penat kerana kerja, anda juga penat apabila tidur tidak cukup kerana bayi bangun terlalu awal. Lagi-lagi jika dia sentiasa tersedar sebelum matahari terbit lagi.

Membayangkan ia saja dah cukup membuatkan kita penat, apatah lagi berada di situasi tersebut. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Secara amnya, waktu yang sesuai bagi si manja yang sedang membesar untuk sedar dari tidur ialah di antara jam 6:30 pagi hingga 7:30 pagi. Sekiranya bayi anda tersedar pada jam 5 pagi setiap hari, pasti ada sesuatu yang tak kena dan anda juga akan sentiasa penat hari-hari kerana bangun terlalu awal!

Jadi, jika si manja sering terjaga pada hening pagi, apa yang ibu dan ayah boleh lakukan untuk memastikan anda juga mendapat rehat yang secukupnya sebelum memulakan hari baru?

Bayi Bangun Terlalu Awal? Ini Mudah Untuk Cara Ajar Dia Tidur Lebih Lama

Kredit: Pinterest

1# Bermain dengannya sehingga malam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anak anda sering terjaga awal, kebarangkalian waktu tidurnya juga bermula terlalu awal. Solusi terbaik bagi masalah ini adalah anda harus bermain dengan anak sehingga malam. Kanak-kanak memerlukan tidur sekurang-kurangnya 10 hingga ke 12 jam, jadi jika anak anda tidur pada jam 8 malam, tentulah dia akan bangun sangat awal.

Baca juga: 6 cara bermain dengan bayi yang berumur 0-3 bulan

2# Cuba melewatkan waktu tidur sebanyak 10 minit setiap malam

Sekiranya malam sebelumnya si manja tertidur pada jam 8 malam, malam ini anda perlu membuatkan si manja tidur pada 8:10 malam. Walaupun hanya 10 minit bezanya, bagi seorang kanak-kanak, durasi itu sudah cukup untuk membuatkan mereka mengantuk tidak terkata.

3# Memendekkan waktu tidur petang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak anda mungkin bangun terlalu awal oleh sebab tenaga mereka sudah dicas dengan sepenuhnya ketika waktu tidur petang. Bayangkan jika anak anda sudah tidur petang dan tenaganya berada di 100%, dan ruang masa selepas dia tersedar dari tidur petang sehingga ke waktu tidur malam, tenaga mereka masih berada di 70%… tentulah mereka akan tersedar dengan lebih mudah pagi itu!

4# Pastikan tiada matahari memancar

Sumber: The Gro Company

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Si manja anda mungkin sensitif terhadap cahaya, dan hanya sedikit cahaya saja sudah boleh membuatkan mereka tersedar. Jika anda hendak bayi tidur lebih lama, pastikan langsir di dalam bilik anda tebal dan tidak mudah membenarkan cahaya matahari atau cahaya lampu jalan masuk ke dalam bilik.

Lebih baik juga anda memastikan bilik gelap gelita ketika waktu tidur kerana tidur di dalam bilik yang cerah akan mempengaruhi tumbesaran si manja.

5# Menggunakan puting

Sumber: Bundoo

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya si manja anda menggunakan puting, dia mungkin tersedar kerana puting tersebut telah jatuh dari mulut mereka. Tunggu beberapa minit selepas mereka sedar sebelum menyuap bayi anda puting dan usaplah kepala mereka dengan lembut supaya mereka rasa terpujuk untuk tidur.

Setelah mereka tidur nyenyak, jangan lupa untuk cabut puting daripada mulut mereka. Jika tidak ini akan memberi kesan kepada pembentukan gigi mereka pada masa hadapan.

6# Melambat-lambatkan sarapan

Kredit: Unsplash

Jika si manja tersedar dari tidur terlalu awal, kemungkinan besar bahawa anda juga menyediakan sarapan mereka sejurus selepas mereka bangun. Ya lah, ibu bapa mana yang hendak melihat anak lapar, kan? Sekiranya si manja sudah terbiasa bersarapan pada awal pagi, anda boleh mencuba untuk melewatkan sarapan mereka dengan beberapa minit setiap hari. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Contohnya, pada hari ini mereka bersarapan pada jam 5:30 pagi, esoknya anda boleh mencuba 5:45 pagi. Tetapi, jika anda ragu-ragu dengan cara ini, anda boleh meminta nasihat dari pakar kanak-kanak anda.

Secara kesimpulannya, dengan mengamalkan tips dan cara yang telah kami kongsikan, anda juga boleh mendapat rehat yang secukupnya sebelum hendak memulakan hari baru.

Selamat mencuba, ibu dan ayah!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: What to Expect

Baca juga: Posisi Bayi Tidur Yang Selamat Adalah Secara Melentang, Bukan Mengiring@ Meniarap!