7 Tanda Bayi Anda Mungkin Terlebih Minum Susu (Overfeed) Yang Boleh Beri Tekanan Pada Perutnya!

Bila bayi menangis, perkara pertama terlintas dalam kepala ialah beri susu. Tapi, pernah tak anda terfikir bayi banyak minum susu hingga boleh terlebih minum dan membahayakan mereka?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila bayi menangis, perkara pertama terlintas dalam kepala ialah anak mahu susu. Tapi, pernah tak anda terfikir yang bayi anda mungkin terlebih minum susu atau bayi banyak minum susu sangat?

Terlebih minum susu atau overfeed ialah satu keadaan apabila bayi minum lebih dari keperluan badan mereka. Terlebih minum susu boleh mendatangkan tekanan pada perut kecil bayi.

Ini kerena sistem pencernaan mereka belum mampu menampung nutrisi yang terlalu banyak.

7 tanda bayi banyak minum susu sangat dan ia terlebih

 

  • Jumlah buang air besar lebih 8 kali sehari
  • Sering buang air besar dan baunya busuk
  • Perut kembung yang ekstrem
  • Bunyi sendawa yang kuat
  • Sering muntah
  • Tidak senang duduk (asyik meragam)
  • Tidur terganggu

Ramai yang terkeliru masalah terlebih susu dengan kolik, GERD (Gastroesophageal Reflux Disease), alergi protein susu, atau pon tidak toleransi laktosa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pebezaannya ialah bayi banyak minum susu hingga terlebih menunjukkan pertumbuhan yang sihat, seperti tidak mengalami masalah dalam sistem pencernaannya. 

Ibu bapa boleh memantau pertambahan berat badan bagi. Seperti rujukan beriku:

  • 0 – 3 bulan: bertambah 600 – 900 gram sebulan
  • 4 – 6 bulan: bertambah 450 – 600 gram sebulan
  • 7 – 12 bulan: bertambah 300 gram sebulan

Jika pertambahan berat badan bayi anda lebih kurang 35 gram sehari atau lebih dari 1 kg sebulan, dia mungkin mengalami terlebih susu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi akan mudah tidak selesa, kerap terganggu, kerap menangis tetapi bukan kerana lapar. Jika mereka masih menyusu, mereka akan muntah kerana perut mereka sudah tidak dapat menerima susu yang masuk.

Apa yang menyebabkan bayi banyak minum susu?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada banyak alasan mengapa bayi banyak minum susu, antaranya ialah:

  • Kurang tidur. Waktu tidur yang tidak cukup akan menyebabkan hormon terganggu. Mereka akan mudah ingin menyusu walaupun tidak lapar.
  • Salah faham. Bayi memang kerap memasukkan tangan ke dalam mulut. Ini kerana sensori paling sensitif adalah pada lidah. Apabila mereka memasukkan tangan ke dalam mulut, ia tidak bermakna mereka lapar.
  • Refleks menghisap. Belum pandai memberi respon yang mereka sudah kenyang. Terutamanya jika diberikan botol susu. Mereka akan terus memberi refleks menghisap yang kelihatan seperti mereka sedang lapar.

  • Minum susu hingga tertidur. Bayi kerap tertidur ketika menyusu. Jika ini berlaku, hentikan penyusuannya. Ini kerana badan mereka akan menganggap waktu tidur adalah waktu menghisap susu dan jika terhentinya menyusu, mereka akan terjaga, jadi mereka terlebih minum susu kerana tidak berhenti.
  • Mengabaikan isyarat bayi kenyang. Selalu bukan jika bayi berhenti menyusu kita meminta dia menghabiskan sedikit lagi baki susu. Ini adalah salah satu punca mengapa bayi terlebih susu. Ini biasa terjadi kepada bayi yang minum menggunakan botol susu.

Jadi sebelum anda berikan susu lagi pada anak, pastikan dia benar-benar lapar. Jangan lupa untuk sendawakan bayi agar perutnya tidak mudah kembung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Ini sebab kenapa anda perlu susukan bayi anda mengikut permintaan!

Baca juga: 8 Tanda Bayi Alahan Dengan Susu Formula, Ibu Ayah Harus Lebih Peka Tentang Ini

Baca juga: Nourul Bagi Air Masak Pada Bayi, Ini Silapnya Beri Bayi Bawah 6 Bulan Air Masak, Ia Tetap BAHAYA!

Penulis

Aqma