Bayi baru lahir adalah insan yang mudah terdedah dengan penyakit kerana sistem imunisasi mereka masih lemah. Baru-baru ini, seorang bayi baru lahir meninggal dunia kerana pelawat yang datang memegang dan menciumnya bawa virus selsema!
Bayi baru lahir meninggal: “Dia baru berumur 8 hari”
Aliza Rose lahir ke dunia sebagai seorang bayi yang sihat pada Mei 2018 lalu. Akan tetapi, satu insiden telah berlaku hingga meragut nyawanya hanya lapan hari selepas dia dilahirkan.
Sedih dengan kehilangan anaknya, ibu Aliza, Abigail Rose Friend telah memuat naik status di Facebook tentang tragedi yang menimpa keluarganya ini.
“Saya tak akan berhenti berkongsi cerita sedih, menyayat hati dan menghancurkan jiwa tentang anak kami Aliza Rose,” kata Abigail.
Aliza telah dijangkiti virus HSV-1 yang biasanya dikenali sebagai virus selsema biasa.
Menurut Abigail, Aliza mendapat virus ini dari seseorang yang “memegangnya tanpa membasuh tangan dan mencium mukanya sambil membawa virus tersebut.”
Ia mungkin dijangkiti dari ciuman.
Dia mula sakit sehari setengah selepas virus HSV-1 itu melekat pada tulang belakangnya dan memakan paru-paru dan otaknya.
Aliza mula menunjukkan simptom selepas 36 hari dia dilahirkan. Dia kurang bermaya, tak nak minum susu dan gula dalam darahnya rendah.
Keadaanya tak kelihatan semakin pulih dan pada penghujung hari kedua, dia mula sakit sehingga perlu dipindahkan ke hospital lain.
Bayi baru lahir meninggal: Menghadapi kebenaran
Si kecil ini mula mempunyai masalah untuk bernafas, jadi mereka perlu meletakkan banyak mesin dan tiup hanya untuk berikannya oksigen.
“Anda tak boleh nampak yang dia seorang bayi,” kata ibu ini. “Saya sangat sedih lihat keadaanya seperti itu.”
Virus tersebut mengambil masa hanya enam hari setengah untuk menghancurkan badan si kecil tidak bersalah ini.
Lama kelamaan, ubat yang bayi ini perlu ambil menyebabkan dia mengalami sawan kronik sehingga otaknya berhenti berfungsi. Pada usia lapan hari, mesin sokongan hidup Aliza terpaksa dicabut.
Bayi baru lahir meninggal: Amaran ibu kepada semua orang
Abigai berharap yang dia boleh menyampaikan mesej ini kepada semua ibu bapa.
“BASUH TANGAN ANDA DAN JANGAN CIUM BAYI BARU LAHIR!”
Dia memberi amaran pada semua orang awan tentang bahaya yang boleh terjadi kerana membenarkan keluarga dan rakan untuk mencium bayi baru lahir.
Apa yang lebih membimbangkan, ibu bapa juga boleh menjangkiti bayi mereka dengan virus ini.
“Ia boleh membawa maut sehingga bayi sekurang-kurangnya berusia dua minggu. Bayi yang lebih berusia juga boleh dijangkiti virus ini kadang-kadang.”
Dia tak tahu siapa dalang di sebalik kejadian ini. Sesiapa saja boleh membawa virus ini dan tak menunjukkan apa-apa tanda!
Selain ibu ini, hanya suaminya Tyler dan beberapa kawan rapat yang menyentuh Aliza pada dua hari pertamanya.
Tak ada cara untuk tahu siapa yang berikannya virus ini kerana ia adalah virus yang biasa dialami oleh sesiapa saja.
Bila dikenang kembali, ibu ini merasakan yang dia perlu bersuara dan tegas beritahu pelawat untuk tak mencium anaknya.
Tapi dia tak kata apa-apa kerana tak mahu kecilkan hati sesiapa. “Saya rasa ramai ibu bara merasakan perkara yang sama”.
Tapi dia menasihatkan ibu bapa untuk bersuara kerana ia boleh membawa maut. Biar selamat dari menyesal.
Ibu ini juga menambah: “Tak ada satu saat pun yang saya tak fikirkan tentang Aliza. Dia sangat tembam, gembira dan manja. Dia dalam doa saya setiap hari.”
Tip melawat bayi baru lahir
HSV-1 boleh dijangkiti melalui mulut atau permukaan kulit yang kelihatan normal dan simptomnya tak kelihatan. Walau bagaimanapun, risiko terbesar boleh berlaku bila ada bengkak yang aktif.
Ini adalah beberapa tip untuk ibu bapa atau orang lain perlu tahu ketika melawat bayi baru lahir:
- SENTIASA basuh tangan anda
- Jangan melawat jika anda atau anak anda sakit
- Tunggu sehingga ibu bapa tawarkan anda untuk pegang bayi mereka. Jangan ambil bayi dan cium bayi baru lahir. Mereka sangat mudah dijangkiti kuman walaupun anda sihat.
- Jangan merokok sebelum melawat. Bayi baru lahir boleh terkesan dengan asap rokok yang melekat pada baju.
Keselamatan dan kesihatan bayi baru lahir adalah keutamaan anda, jadi jangan risau untuk bertegas bagi melindungi mereka.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Artikel asal ditulis oleh Jia Ling dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah.
Baca juga:
Kalau tak sihat, JANGAN lawat atau cium bayi baru lahir — ini padahnya!