Bayi Dalam Kandungan Perlu Zakat Fitrah, Hukum Dalam Islam Yang Ayah Perlu Tahu

Setiap di antara kita tidak terkecuali untuk membayar zakat fitrah tapi pernah tak terfikir adakah bayi dalam kandungan perlu zakat fitrah?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semua umat islam wajib membayar zakat fitrah pada bulan Ramadan malah bayi dan kanak-kanak juga tidak terkecuali. Timbul pula persoalan lain adakah bayi dalam kandungan perlu zakat fitrah?

Bayi Dalam Kandungan Perlu Zakat Fitrah Atau Tidak?

Berdasarkan laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan hukum zakat fitrah itu tidak wajib bagi bayi yang berada di dalam kandungan.

Begitu juga tidak wajib bagi bapa untuk membayar zakat fitrah bagi pihak bayi tersebut.

Beza Janin Dan Bayi

Ada yang berpandangan bahawa zakat fitrah wajib dibayar bagi pihak bayi yang masih berada di dalam kandungan.

Hal ini berdasarkan hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim oleh Ibnu Umar iaitu:

فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- زَكَاةَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ عَلَى كُلِّ عَبْدٍ أَوْ حُرٍّ صَغِيرٍ أَوْ كَبِيرٍ

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maksudnya :” Rasulullah SAW mewajibkan untuk memberi zakat fitrah.(Kadarnya ialah) segantang dari kurma atau gandum. Ianya diwajibkan untuk setiap hamba yang merdeka. Yang kecil(kanak-kanak) mahupun besar (dewasa).”

Tetapi Ibnu Hajar Al-Asqalani mengatakan bahawa bayi di dalam kandungan tidak dipanggil kanak-kanak sama ada dari segi bahasa mahupun dari segi huruf.

Bayi di dalam kandungan boleh jadi mati atau hidup semasa dilahirkan. Atas sebab itu, bayi dalam kandungan tidak wajib keluar zakat keatasnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaimana Pula Dengan Bayi Yang Lahir Pada Pagi Raya

Bagi bayi yang lahir sebelum terbenam matahari pada hari terakhir bulan Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari iaitu masuknya 1 Syawal diwajibkan zakat ke atasnya.

Manakala, bayi yang lahir selepas terbenam matahari pada malam raya tidak wajib dikeluarkan zakat fitrah ke atasnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini berdasarkan syarat wajib zakat fitrah iaitu seseorang mestilah hidup pada sebahagian hari terakhir pada bulan puasa dan sebahagian malam raya.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jangan Lupa Tunaikan Zakat Fitrah, Bayar Secara Online Mudah Sahaja!

Baca juga: 8 Golongan Layak Terima Zakat Dalam Islam & Mengapa Kita Diwajibkan Melakukannya

Baca juga: Hukum Meninggalkan Puasa Kerana Bersalin, Wajib Ganti & Bayar Fidyah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah