X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Hukum Meninggalkan Puasa Kerana Bersalin, Wajib Ganti & Bayar Fidyah

3 min bacaan
Hukum Meninggalkan Puasa Kerana Bersalin, Wajib Ganti & Bayar Fidyah

Bagi wanita yang bersalin pada bulan Ramadan pasti anda tertanya-tanya apakah hukum meninggalkan puasa kerana bersalin. Adakah wajib ganti?

Bagi wanita yang bersalin pada bulan Ramadan, pasti ingin tahu hukum meninggalkan puasa kerana bersalin. Mengikut laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan puasa itu wajib diganti dan wanita itu perlu membayar fidyah.

Hukum Meninggalkan Puasa Kerana Bersalin

Berikut adalah beberapa keterangan berkaitan perkara ini berdasarkan laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. 

1.Wanita bersalin yang meninggalkan puasa Ramadan hendaklah menggantikan puasa yang ditinggalkan semasa nifas dahulu.
2.Jika wanita itu melewatkan puasa sehingga masuk ke Ramadan yang baharu, maka hendaklah mereka ganti puasa dan membayar fidyah bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan.
3.Jika wanita itu meninggalkan ganti puasa atas sebab keuzuran seperti masih menyusu anak, lalu masuk ke Ramadan yang baharu, maka mereka tidak perlu membayar fidyah tetapi tetap perlu menggantikan puasa.

Keterangan Hukum Meninggalkan Puasa Kerana Bersalin

hukum meninggalkan puasa kerana bersalin , due date bersalin, kiraan due date bersalin, kira due date bersalin, tarikh jangkaan bersalin, edd, cara kira due date bersalin, kalkulator due date bersalin

Menurut laman web itu, pertamanya perlu jelas mengenai maksud ‘pantang’ secara adat dan syariat. Dalam adat Melayu pantang selepas bersalin memiliki beberapa tempoh yang masyhur antaranya 44 hari dan 100 hari.

Manakala menurut syariat, berpantang ini boleh dikaitkan dengan hukum keluarnya darah nifas. Hukum nifas, adalah seperti hukum haid pada perkara-perkara yang haram dilakukan seperti solat, puasa, membaca al-Quran, menyentuh dan membawanya, menetap di dalam masjid, bertawaf dan berjima’, bermesraan suami dan isteri di antara pusat dan lutut.  Tempoh kebiasaan nifas adalah 40 hari, manakala maksimumnya pula adalah 60 hari.

Hukum Meninggalkan Puasa Kerana Bersalin, Wajib Qada’

hukum meninggalkan puasa kerana bersalin , puasa sehari sebelum Ramadhan

Menurut Imam al-Syarbini al-Khatib orang perempuan yang bernifas haram menunaikan ibadah puasa Ramadan. Jika dia berpuasa juga maka puasanya tidak sah dan wajib diqada’.

Ini berbeza dengan solat fardu yang tidak perlu diganti. Perkara ini berdasarkan hadis Muslim riwayat Aisyah R.Anha bahawa kaum wanita diperintahkan untuk mengqadhakan puasa Ramadan yang ditinggal akibat haid dan nifas tetapi tidak bagi solat fardu.

Pada asalnya hukum wanita yang menangguh qadha puasanya sehingga masuk ke Ramadan tahun seterusnya adalah haram dan wajib ke atasnya untuk qadha puasa dan membayar satu mud (secupak makanan ruji seperti beras dalam zakat fitrah) bagi setiap puasa yang ditinggalkan dan tidak sempat diganti sebelum tiba Ramadan bagi tahun yang baru. Namun begitu pengecualian diberikan jika penangguhan itu bersebabkan uzur syarie. 

Syeikh Muhammad al-Zuhaili di dalam al-Muʿtamad berkata “Jika seseorang wanita itu melewatkan qadha’ puasanya kerana uzur seperti berterusan sakit, menyusukan anak, hamil dan musafir, sehingga masuk ke Ramdhan yang baru, maka tidak wajib fidyah kerana kelewatan ini dan wajib qadha’ sahaja.”

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tidak Perlu Bayar Fidyah Jika Ibu Mengandung Atau Menyusu Tidak Sempat Ganti Puasa

Baca juga: Tip Untuk Para Ibu yang Berpuasa Ketika Mengandung

Baca juga: 11 Menu Makanan Sahur Untuk Ibu Hamil Yang Mudah Dan Kenyang Lama

Stories Rakan Kongsi
Mahu Minda Anak Lebih Tajam & Cekap? Ada Cara Mudah Untuk Kembangkan Otak Anak Hari Ini!
Mahu Minda Anak Lebih Tajam & Cekap? Ada Cara Mudah Untuk Kembangkan Otak Anak Hari Ini!
Kulit Menawan dan Menjadi Seorang Ibu: Bolehkah Kecapi Kulit Mulus Selepas Bergelar Ibu?
Kulit Menawan dan Menjadi Seorang Ibu: Bolehkah Kecapi Kulit Mulus Selepas Bergelar Ibu?
Tahukah anda udara kotor di rumah boleh mendatangkan penyakit kepada keluarga?
Tahukah anda udara kotor di rumah boleh mendatangkan penyakit kepada keluarga?
How To Get Your Child To Eat More Wholegrain
How To Get Your Child To Eat More Wholegrain

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Hukum
  • /
  • Hukum Meninggalkan Puasa Kerana Bersalin, Wajib Ganti & Bayar Fidyah
Kongsikan:
  • Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

    Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

  • Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

    Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

  • Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Jemaah / Sendirian-JAKIM

    Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Jemaah / Sendirian-JAKIM

  • Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

    Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

  • Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

    Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

  • Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Jemaah / Sendirian-JAKIM

    Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Jemaah / Sendirian-JAKIM

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham