X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

8 Golongan Layak Terima Zakat Dalam Islam & Mengapa Kita Diwajibkan Melakukannya

5 min bacaan
8 Golongan Layak Terima Zakat Dalam Islam & Mengapa Kita Diwajibkan Melakukannya

Golongan layak terima zakat dalam Islam mempunyai beberapa kategori tertentu. Setiap orang Islam diwajibkan bayar zakat ketika bulan Ramadhan

Zakat dari segi istillah bermaksud suci dan subur. Manakala dari segi syarak, zakat membawa erti mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu kepada golongan tertentu. Golongan yang dimaksudkan ini adalah golongan layak terima zakat yang telah ditetapkan di dalam Islam.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Golongan layak terima zakat yang perlu anda tahu
  • Syarat wajib berzakat
  • Hukum dalam menunaikan zakat
  • Hikmah disyariatkan mengeluarkan zakat

Dua jenis zakat yang sangat sinonim dengan kita adalah zakat fitrah dan zakat harta. Zakat fitrah adalah yang selalu dilakukan ketika bulan Ramadan atau sebelum terbit matahari satu Syawal.

Sedangkan zakat harta meliputi beberapa kategori lain seperti zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat wang simpanan, zakat pelaburan, zakat KWSP, zakat emas & perak, zakat takaful, zakat padi, dan qada zakat. 

Golongan layak terima zakat yang perlu anda tahu

golongan layak terima zakat

Kredit: Lembaga Zakat Selangor

Zakat yang dikeluarkan oleh seseorang akan disampaikan kepada seseorang yang memerlukan. Dalam Islam, terdapat 8 jenis golongan layak menerima zakat. Antaranya seperti: 

1. Fakir

Fakir dikategorikan sebagai seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan . Mereka juga tidak menerima apa-apa pendapatan dari sumber lain yang jumlahnya kurang dari 50% (keperluan harian dan keperluan tanggungan) dan kurang dari 50% (belanja hidup diri dan tanggungan). 

2. Miskin

Miskin pula adalah seseorang yang masih mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya sekadar memenuhi sebahagian keperluan dirinya sendiri. Walaupun begitu, ia masih tidak cukup untuk menanggung keperluan harian dan tanggungannya.

3. Amil

Individu atau organisasi yang terlibat secara langsung dalam institusi zakat dalam mengurus dan memtadbir hal ehwal zakat. Ini termasuklah dalam proses pungutan, agihan, urusan kewangan, dan lain-lain. 

4. Muallaf

Istillah “saudara baru” amat dekat dikaitkan dengan golongan muallaf. Mereka ialah individu yang telah diberikan sinar hidayah dalam hatinya oleh Allah SWT untuk menerima agama Islam lalu memeluk Islam. Kategori ini terbahagi kepada dua kelompok iaitu:

a) Beragama Islam

  • Baru memeluk agama Islam
  • Ketua-ketua kaum Islam yang mempunyai hubungan baik dengan ketua-ketua bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya
  • Ketua-ketua kaum Islam yang masih lemah tetapi masih ditaati oleh mereka dibawah pimpinannya.
  • Orang-orang Islam yang tinggal di perbatasan yang berhampiran dengan negara musuh

b) Bukan beragama Islam

  • Boleh dipujuk supaya masuk Islam
  • Boleh dipujuk supaya tidak merbahaya kepada orang Islam

5. Al-Raqib

Al-Riqab bermaksud memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan. Ini termasuklah dari segi fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang yang tertentu.

6. Al-Gharimin

Mereka yang terpaksa berhutang kerana mahu memenuhi keperluan asas bagi diri, keluarga, dan tanggungan dengan segera dan dibenarkan oleh syarak dipanggil sebagai Al-Gharimin. Al-Gharimin juga layak dalam menerima zakat.

7. Fisabillah

Berjihad dalam menegakkan, mempertahankan, dan berdakwah dalam jalan Islam dipanggil fisabillah. 

8. Ibnu Sabil

Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh syarak dari mana-mana negeri atau negara yang memerlukan bantuan

Syarat wajib menunaikan zakat

Untuk syarat wajib berzakat, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu. Jadi sangat wajar bagi mana-mana individu yang ingin membayar zakat harus mengambil kira syarat wajib ini terlebih dahulu. Syarat-syarat tersebut ialah:

  • Islam
  • Merdeka
  • Milik sempurna
  • Cukup nisab
  • Cukup haul
  • Berkembang (Al-Nama)

Hukum dalam menunaikan zakat

Dalam Surah At-Taubah, ayat 103, Allah SWT ada berfirman yang maksudnya:

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.”

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Ayat ini tepat dalam meletakkan hukum berzakat itu jelas dan mudah diketahui dari sudut agama.  Hukum berzakat adalah wajib ditunaikan oleh orang Islam pada kadar-kadar tertentu, waktu-waktu tertentu dengan syarat-syarat tertentu, dan kepada orang-orang yang tertentu. Malah ia juga adalah rukun Islam yang keempat dalam Islam

Hikmah disyariatkan mengeluarkan zakat

Tujuan zakat amat jelas dalam membantu institusi umat Islam agar terbela dan terjaga. Namun begitu, masih ada banyak lagi hikmah yang boleh dihayati bukan sahaja kepada diri, malah kepada masyarakat dan negara juga. Antara hikmah berzakat adalah:

  • Mensucikan diri pembayar zakat
  • Mewujudkan sifat sentiasa bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT 
  • Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai oleh Allah SWT
  • Mewujudkan masyarakat yang saling bantu-membantu dan hidup dalam keadaan harmoni
  • Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.

Lagi beberapa minggu kita bakal berjumpa dengan Aidilfitri. Jangan lupa untuk menunaikan zakat fitrah. Walau sesibuk mana pun kita, pastikan yang wajib itu disegerakan dahulu. Semoga ia membawa keberkatan bagi hari-hari yang seterusnya. 

PPZ MAIWP, Zakat Selangor

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  4 Perkara Penting Tentang Zakat Yang Anda Perlu Tahu

Baca juga:  Amalkan Doa Ini Elak Anak Terjebak Perkara Buruk, Baca Semasa Bersedekah

Baca juga: Ramai Terkesan Akibat PKP, Ini Senarai NGO & Tabung Bantuan Yang Boleh Anda Beri Sumbangan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Hannani Juhari

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • 8 Golongan Layak Terima Zakat Dalam Islam & Mengapa Kita Diwajibkan Melakukannya
Kongsikan:
  • Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

    Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

    Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham