Keajaiban terjadi dan nasib sangat menyebelahi si kecil ini! Di Arkansas, seorang bayi ditemui hidup selepas dia terkeluar dari kereta apabila terlibat dalam kemalangan, lapor CNN.
Sebuah treler-traktor telah berlanggar dengan kereta yang dinaiki Bryce, bayi berusia 8 bulan itu dan keluarganya. Kereta mereka hilang kawalan dan berputar melanggar penghadang jalan rasa, menyebabkan bayi itu terkeluar.
Ibu bayi tersebut, Jakesia Colson mencari anaknya ibu selama hampir 30 minit. Apabila dia tidak dapat mendengar sebarang tangisan atau jeritan, dia mula panik.
Tetapi, syukur kerana bayi ditemui oleh pihak berkuasa dalam keadaan selamat di dalam longkang banjir 25 kaki dari tempat kejadian. Selain daripada kesan calar di dahinya, dia tidak mempunyai sebarang kecederaan lain.
“Dia tidak menangis, dia tidak menjerit, dia hanya duduk diam di sana menunggu kami”
“Dia seolah-olah menghulurkan tangannya, bersedia untuk diangkat,” Kapten Charlie Smith memberitahu CBS News. “Terlalu banyak kejadian yang tidak baik bila kami keluar. Dan di kala musim percutian hampir tiba, kejadian yang positif – ia rasa sungguh bagus.”
“Bayi itu sedang duduk dan melihat ke atas, menanti kami mengangkatnya,” kata pegawai bomba Josh Moore. “Dia tidak menangis, dia tidak menjerit, dia hanya duduk diam di sana menunggu kami. Ini pasti ketentuan Tuhan untuk dia berakhir dalam keadaan yang OK.”
Pihak berkuasa fikir bayi itu telah tergolek ke bawah bukit dan ke dalam longkang. Bayi itu dan keluargnya di bawa ke hospital. Kecuali pemandu kereta itu yang masih dalam pemulihan, mereka yang lain boleh keluar dari hospital.
Polis memberitahu yang bayi ditemui berada di dalam tempat duduk bayi (cara seat), tetapi tali tidak dipasang dengan betul. Tempat duduk bayi (car seat) juga tidak dipasang dengan betul, namun keluarga itu tidak di dakwa. Pemandun traktor yang telah melanggar kereta tersebut telah didakwa kerana menukar laluan dengan cara yang salah.
“Dia boleh mati, namun dia masih hidup dengan tiada kecederaan,” Colson memberitahu CBS News. “Saya rasa seperti Tuhan telah mengangkat dia keluar dari kereta dan meletakkan dia di situ. Dia masih hitam. Dia bayi ajaib saya.”
Tips Memasang Car Seat Dengan Betul
Dengan hanya meletakan bayi anda di dalam tempat duduk bayi (car seat) sahaja tidak cukup untuk memastikan keselamatannya. Anda harus memastikan ‘car seat’ itu dipasang dengan betul, dan tali pingggang keselamatan telah dipasang dengan baik.
73% ‘car seat’ yang digunakan tidak dipasang dengan betul, jadi pastikan anda membaca manual ‘car seat’ itu dan menggunakan ia dengan betul. Ini adalah beberapa tips bagi memastikan penggunaan ‘car seat’ yang betul.
1. Beli ‘car seat’ yang betul
Sentiasa periksa label bagi memastikan ia sesuai dengan umur, berat dan tinggi anak anda. ‘Car seat’ juga mempunyai tarikh luput – bahan akan rosak dan standard keselamatan menurun mengikut masa – jadi pastikan label menyatakan ianya masih selamat untuk digunakan.
2. Gunakan tempat duduk belakang
Pastikan semua kanak-kanak di tempat duduk belakang – secara jeneral, ia tempat paling selamat ketika kemalangan – sehingga mereka lebih kurang 13 tahun.
3. Pandang belakang atau pandang hadapan?
Anak anda sepatutnya berada di dalam keadaan pandang belakang hingga dia berusia lebih kurang 2 tahun. Apabila andak anda sudah terlalu besat untuk ‘car seat’, barulah tukarkan dia ke pandang hadapan.
4. Ujian inci
Sesudah memasang ‘car seat’, cuba tunda / tarik ia di bahagian laluan tali pinggang keselamatan. Anda sepatutnya tidak dapat menggerakan ia lebih dari 1 inci sama ada ke tepi, ke hadapan, atau ke belakang.
5. Ujian cubit
Periksa manual ‘car seat’ anak anda dan pastikan tali pinggang keledar melalui slot yang betul. Pastikan juga tali pinggang keledar itu dalam keadaan yang ketat. Klip dada patut berada di paras ketiak anak. Cuba cubit tali pinggang keledar di atas bahu anak; jika tidak dapat dicubit, maka anda memasang dengan betul.
6. Belajar memasang ‘car seat’ dengan betul
Sentiasa membaca manual dahulu. Anda juga boleh mendapatkan nasihat yang lebih pakar untuk kepastian.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 2 Beradik Berpelukan, Terkejut Tengok Tubuh Ibu Di Bawah Kereta Yang Maut Kemalangan
Baca juga: Sayu, Ibu & Bayi Berusia 6 Bulan Maut Dalam Nahas Jalan Raya Babitkan Dua Kenderaan
Baca juga: Dugaan Berganda: Seorang Ibu Hilang Suami & Anak Yang Maut Dalam 2 Kemalangan Berbeza!