TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Sayu, Ibu & Bayi Berusia 6 Bulan Maut Dalam Nahas Jalan Raya Babitkan Dua Kenderaan

28 Jul, 2021
Sayu, Ibu & Bayi Berusia 6 Bulan Maut Dalam Nahas Jalan Raya Babitkan Dua Kenderaan

Kemalangan di jalan raya kerap dilaporkan berlaku. Ia merupakan sesuatu yang paling menggerunkan ramai kerana berupaya menyebabkan nyawa tergadai

Kemalangan di jalan raya adalah sesuatu yang tidak terduga berlaku. Meskipun sudah berhati-hati, namun malang tidak berbau ini berisiko mengorbankan banyak nyawa.

Paling menyedihkan apabila ia melibatkan orang tersayang, kanak-kanak dan bayi. Impak pertembungan yang kuat antara kenderaan boleh menyebabkan kecederaan fizikal serta kehilangan nyawa.

Ibu dan bayi 6 bulan terkorban dalam kemalangan di jalan raya

kemalangan jalan raya

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kosmo, satu kemalangan di jalan raya telah berlaku di Ladang CEP Simpang Renggam pada petang semalam dan menyebabkan dua kematian iaitu seorang wanita dewasa dan bayi perempuan.

Kejadian yang berlaku kira-kira 2 petang itu, mangsa, Norashidah Zakaria, 35 dan anaknya, Azrah Hanan Muhammad Shahril, 6 bulan telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Menerusi kenyataan Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor, kemalangan di jalan raya itu melibatkan dua buah kenderaan jenis Proton Wira dan sebuah kereta jenis Nissan Cefiro.

”Kereta Proton Wira tersebut dipercayai dari arah Simpang Renggam ke Kluang, manakala kereta Nissan Cefiro dari arah bertentangan.” jelas Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Affendi Mustafa.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor telah menerima panggilan kecemaasan kemalangan jalan raya melalui talian MERS999 dan sebuah jentera FRT dari BBP Renggam dengan kekuatan keseluruhan seramai enam orang anggota telah dihantar ke tempat kejadian.

Dua orang mangsa telah dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba. Manakala, dua orang mangsa tersepit dalam kenderaan jenis Nissan Cefiro dan satu mangsa di dalam kereta jenis Protin Wira.

Pasukan bomba melakukan proses penyelamatan menggunakan peralatan khas bomba iaitu hydraulic cutter. Mangsa yang tersepit telah diserah kepada pihak ambulans bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Kadar kematian nahas jalan raya berada di tahap membimbangkan

kesan kemalangan jalan raya

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) melaporkan lebih 1.2 juta kematian setiap tahun di seluruh dunia dan 20 hingga 50 juta mengalami kecederaan fizikal disebabkan oleh kemalangan jalan raya.

Manakala Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman mendapati 10,382 kes kemalangan jalan raya berlaku di seluruh negara dalam tempoh 32 hari pertama pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

Kadar kematian disebabkan oleh kemalangan jalan raya amat membimbangkan kerana peratusan sebenar dalam tempoh sama dijangka lebih tinggi. Pada dasarnya, penguatkuasaan PKP mampu mengurangkan jumlah trafik dan sekaligus menurunkan angka korban kemalangan.

Namun begitu, ada kajian menunjukkan pengurangan lalu lintas mendorong seseorang memandu kenderaan dengan laju. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan kebimbangannya disebabkan oleh peningkatan kadar kemalangan jalan raya ketika fasa pertama PKP dan PKPB lalu.

Dalam pandemik Covid-19 ini adalah penting sistem kesihatan negara tidak dibebani dengan angka korban jalan raya yang tinggi. Apabila Covid-19 ini berakhir, kadar kematian akibat kemalangan juga tidak harus meningkat dan perlu dikurangkan semaksimum mungkin.

Jalan raya Malaysia yang ke-7 paling bahaya di dunia

kesan kemalangan

credit to sources

Kajian yang dilakukan oleh Zutobi.com melibatkan 56 buah negara seluruh dunia mendapati Malaysia berada pada tempat ketujuh dalam carta jalan raya paling berbahaya.

Ia mengambil kira beberapa faktor seperti analisa kematian kemalangan jalan raya, halaju maksimum dibenarkan, peratusan pemakaian tali pinggang keledar, kematian kemalangan jalan raya dan kadar alkohol yang dibenarkan untuk pemandu.

Jalan raya paling tidak selamat di dunia ialah di Afrika Selatan membabitkan pemandu mabuk. Negara kedua yang memiliki jalan raya berbahaya di dunia ialah Thailand kerana keadaan jalan tidak diselenggara dengan baik dan lalu lintas yang sibuk.

Amerika Syarikat berada di tempat ketiga dan membenarkan kadar alkohol lebih tinggi, 0.08g/dL serta halaju maksimum 137km/j.

Stories Rakan Kongsi
Is Your Child Ready to Live in the Future? How to Bring Out Their Best to Become Heroes of Tomorrow
Is Your Child Ready to Live in the Future? How to Bring Out Their Best to Become Heroes of Tomorrow
Lotus’s Baby Fair Kembali Lagi! Rebut Promosi Terhebat Barangan Keperluan Bayi Anda Di Sini!
Lotus’s Baby Fair Kembali Lagi! Rebut Promosi Terhebat Barangan Keperluan Bayi Anda Di Sini!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!

Berikut senarai 10 jalan berbahaya di dunia:

  1. Afrika Selatan
  2. Thailand
  3. Amerika Syarikat
  4. India
  5. Argentina 
  6. Bosnia dan Herzegovina
  7. Malaysia
  8. Croatia
  9. Macedonia Utara
  10. China

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 2 Beradik Berpelukan, Terkejut Tengok Tubuh Ibu Di Bawah Kereta Yang Maut Kemalangan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Sayu, Ibu & Bayi Berusia 6 Bulan Maut Dalam Nahas Jalan Raya Babitkan Dua Kenderaan
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham