TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Malang Tidak Berbau, Gusi Anak Fad Bocey Tertusuk Alat Kawalan Jauh Kereta Permainan

2 Mar, 2020
Malang Tidak Berbau, Gusi Anak Fad Bocey Tertusuk Alat Kawalan Jauh Kereta Permainan

Kereta permainan yang disediakan bersama alat kawalan jauh memang menjadi kesukaan kanak-kanak. Namun, ibu ayah perlu berhati-hati agar perkara ini tidak berlaku.

Anak-anak yang aktif menerokai dunia pastinya tidak akan terlepas dengan risiko kecederaan. Begitulah perkara yang berlaku kepada anak kembar lelaki Fad Bocey apabila bahagian gusi tertusuk besi alat kawalan jauh (remote control) kereta permainannya.

Menurut perkongsian isteri kepada pelawak populor ini, Nur Syahirah Abdul Rahman, dia memanjatkan rasa bersyukur kerana anaknya selamat menjalani pembedahan bagi mengeluarkan besi daripada gusinya kira-kira jam 2.15 pagi beberapa hari yang lalu.

Tersalah gigit alat kawalan jauh

bahaya alat kawalan jauh

Kejadian telah berlaku kepada salah seorang anak kembar lelakinya, Favian Adrazin Zayyan yang berusia 5 tahun kerana tabiatnya yang suka menggigit barang permainan.

“Habit suka gigit barang mainan, kali ini dia tersilap gigit remote control kereta. Alhamdulillah semuanya dah selamat,”

”Pukul 1.30 pagi masuk bilik pembedahan, dibius penuh sebab dia dalam keadaan kesakitan dan agak sukar untuk keluarkan besi berkenaan,” ujarnya menerusi akaun Instagram miliknya.

Sementara itu, Fad dalam satu temu bual bersama sebuah portal berita memberitahu, dia mendapat tahu berita cemas yang menimpa anak kesayangan ini setelah dihubungi bapa mertuanya kira-kira jam 10.30 malam tadi.

“Saya berada di majlis tahlil Allahyarham Abam dan abah beritahu Zayyan bersama kembarnya, Favian Adrazin Hayyan bermain dalam bilik mereka.

”Punca kejadian ini boleh berlaku tidak diketahui. Mungkin mereka berebut alat kawalan jauh berkenaan,” kata Fad.

Tambahnya lagi sebaik tiba di rumah, mereka terus bergegas membawa Zayyan ke sebuah pusat perubatan swasta di Setia Alam dan doktor melakukan pembedahan kecil.

”Pembedahan hanya mengambil masa kira-kira 45 minit. Saya bersyukur dia sudah stabil dan dibenarkan keluar hospital,” katanya.

Fad dan Nur Syahirah Abdul Rahman mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015. Mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Favian Adrazin Hayyan, Favian Adrazin Zayyan dan Nur Amirah Mishall.

risiko permainan kereta control

Panduan memilih permainan yang selamat

#1. Mengikut usia

Sebelum mendapatkan alat permainan, ibu ayah perlu memilih mainan yang sesuai dengan usia kanak-kanak. Untuk bayi misalnya, berikan permainan yang berwarna-warni dan mengeluarkan bunyi. 

Bagi anak-anak yang berusia tiga tahun ke atas pula, anda boleh belikan mereka sebuah basikal, bola atau raket badminton.

Pilihlah alat permainan anak-anak anda sebaiknya. Jika rajin dan ingin jimat, anda boleh bina atau mencipta sendiri permainan untuk mereka.

Ingat, momen kanak-kanak paling indah adalah anda turut serta bermain dengan mereka. 

#2. Tidak mendatangkan risiko bahaya

Ibu ayah perlu teliti ketika memberikan anak-anak bermain dengan alat permainan, hal yang paling membimbangkan adalah ketika anda meninggalkan mereka bermain bersendirian.

Bukan itu sahaja, kebanyakan ibu ayah membelikan permainan mengikut citarasa anak-anak dan harga yang mampu dimiliki sehingga mengabaikan faktor keselamatan.

Anda disarankan memilih permainan yang berkualiti untuk anak-anak iaitu lebih tahan lasak dan lama. Anak-anak terpijak pun susah nak pecah.

#3. Baik untuk minda

kesan remote kereta permainan

credit to sources

Ibu ayah perlu menggalakkan anak-anak menggunakan naluri ingin tahu terhadap persekitaran melalui permainan.

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Why Choose Gerber Baby Food?
Why Choose Gerber Baby Food?
Adakah Anak Anda Suka Meniru Perangai Orang Lain?
Adakah Anak Anda Suka Meniru Perangai Orang Lain?
Is Your Child Allergic to Milk or Lactose Intolerant? Here is the Difference Parents Should Know About
Is Your Child Allergic to Milk or Lactose Intolerant? Here is the Difference Parents Should Know About

Waktu bermain memberi kegembiraan dan memotivasikan anak agar mereka minat belajar cara berkawan, mengawal kemarahan, berkongsi barang dan sebagainya.

#4. Bukan tujuan memeranjatkan

Alat permaianan yang bertujuan memeranjatkan orang lain seperti ular, lipan dan sebagainya juga tidak sesuai diberikan kepada kanak-kanak.

Hal ini kerana anda hanya memberikan kenangan hitam kepada mereka sehingga sering dilanda ketakutan dan enggan bermain sendirian.

#5. Baik untuk jasmani

Rasullullah S.A.W menyarankan umatnya cara untuk menguatkan jasmani anak-anak melalui hadis Baginda,

‘Segala sesuatu yang berkaitan dengan zikir, maka itu adalah senda gurau belaka kecuali empat perkara; perjalanan seseorang antara dua tujuan (memanah), latihan menunggang kuda, bersenda gurau dengan keluarga dan belajar berenang’ – Riwayat al-Tabarani

Antara 4 perkara yang disebutkan dalam hadis di atas, anda boleh berusaha untuk melatih anak-anak berenang dan menunggang kuda.

Sumber: mStar, Sinar Harian, Keluarga Hebat

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Malang Tidak Berbau, Gusi Anak Fad Bocey Tertusuk Alat Kawalan Jauh Kereta Permainan

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkanak-kanak-tersekat-di-dalam-mesin-mainan-kerana-mahukan-hadiah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Malang Tidak Berbau, Gusi Anak Fad Bocey Tertusuk Alat Kawalan Jauh Kereta Permainan
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham