X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bersyukur Dapat Mandikan Anak Buat Pertama Dan Terakhir Kali, Ibu Ini Berkongsi Kisah Kandungkan Anak Jantung Berlubang

15 Nov, 2021
Bersyukur Dapat Mandikan Anak Buat Pertama Dan Terakhir Kali, Ibu Ini Berkongsi Kisah Kandungkan Anak Jantung Berlubang

Sempat memandikan jenazah bayi sendiri, bayi jantung berlubang memang biasa didengari, namun apabila ia terjadi pada kita, tiada siapa mampu menanggung.

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Begitulah rata-rata yang melihat video yang dikongsi Puan Muniey di akaun TikTok miliknya. Video itu memaparkan ibu ini memandikan sendiri jenazah bayi kedua yang baru dilahirkannya. Sesungguhnya bayi jantung berlubang memang tidak asing, tapi apabila ia berlaku pada kita sendiri, berat sungguh ujian yang diberiNya. 

Bayi jantung berlubang, dikesan sejak kandungan 5 bulan

bayi jantung berlubang

Menurut Puan Muniey apabila dihubungi theAsianparent, dia mendapat tahu bayi yang dikandungnya itu mengalami jantung berlubang selepas membuat detail scan pada kandungan berusia 5 bulan. 

“Masa tu la doktor detect jantung berlubang, selepas itu saya refer pakar jantung di Serdang dan sejak itu memang saya follow up dengan pakar di sana.

Boleh kata setiap kali check up, saya mengharapkan yang baby saya akan pulih, namun sebaliknya yang berlaku, doktor detect masalah jantung lain pula. Injap bocor dan banyak lagi maslah lain berkaitan jantung. Walau bagaimanapun saya perlu kuat demi anak dalam kandungan,” kata Puan Muniey. 

Kemungkinan bayi akan meninggal dalam perut selepas 37 minggu

Sampai usia kandungan 37 minggu, doktor pakar menjelaskan ada kemungkinan bayi jantung berlubang akan meninggal dalam perut, doktor juga sempat berpesan untuk membuat persediaan dari segi mental. 

“Hari-hari saya berdoa agar Allah swt  panjangkan usianya dan moga ada keajaiban yang berlaku. Malah sepanjang saya kandungkan dia, dia sangat aktif, siang malam bermain saja dalam perut. Pergerakannya boleh dikatakan sangat normal,” ujar Puan Muniey.

Mungkin juga Allah ingin beri lebih masa untuk si ibu bersama bayi tersayang, kandungannya overdue sehingga 40 minggu dan 3 hari.

Bayi jantung berlubang selamat dilahirkan, namun…

bayi jantung berlubang

Hinggalah tiba tarikh 6 November 2021, pada jam 8 pagi, Puan Muniey sudah mempunyai tanda-tanda untuk bersalin. “Pada jam 4 petang saya sudah dimasukkan ke dalam dewan bersalin, namun sebelum bersalin sekali lagi doktor menerangkan mengenai keadaan bayi dan berharap bayi akan menangis apabila dilahirkan nanti” jelas Puan Muniey.

Tepat jam 6.19 petang, lahirlah putera yang ditunggu-tunggu dan dinamakan Mohd Affan. “Sempat saya dakap dia dan dengar sedikit tangisan daripada dia walaupun tidak lama. Saya sangat lega apabila saya mendengar tangisannya itu, dan tidak dinafikan saya masih berharap yang dia akan terus sihat dan panjang umur.”

Namun apakan daya, apa yang tertulis di Lauhul Mahfudz tetap akan terjadi. Allah swt lebih sayangkan bayi kedua milik Puan Muniey. Pada jam 7.40 malam, bayinya Mohd Affan telah menghembuskan nafas terakhir. 

Allah permudahkan pengurusan arwah bayi Mohd Affan

bayi jantung berlubang

Keesokan harinya, segala urusan jenazah dilakukan dengan sempurna. “Saya dapat discaj awal, dan berpeluang menguruskan jenazah bayi. Saya dapat memandikan anak lelaki saya buat kali pertama dan juga kali terakhir. Saya tatap wajahnya dan peluk buat terakhir kali. Saya iringinya hingga ke rumah baru,” ujar Puan Muniey dengan redha. 

Sesungguhnya dia ke tempat yang abadi, jauh lebih indah dari duniawi. Itulah janji yang dipegang semua ibu-ibu yang pernang kehilangan. Penulis sendiri pernah mengalami pemergian seorang bayi sebaik dilahirkan. Ya, pahitnya perlu ditelan, lukanya meninggalkan parut paling dalam, tapi apa yang pasti dialah anak syurga yang bisa membimbing kita kelak. 

Dikhabarkan dari perkongsian terbaru dari ibu ini, anak pertamanya cukup terasa kehilangan adiknya itu. Dicium dan dibawa kemana saja kain balutan jenazah adiknya itu sebagai pengubat rindu. Anak kecil pun tahu maksud kehilangan apatah lagi kita yang dewasa ini. 

Semoga diberi kekuatan pada keluarga ini, dan moga orang ramai boleh mendoakan keluarga ini agar sentiasi dirahmati dan dilimpahi rezeki. 

@afraeryna18

kakak rindu adik 🥺🥺 ♬ Selawat tafrijiyyah – Nadnasyaniey

Sumber: Muniey Nurnasuha

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Disahkan Mati 53 Hari Lalu, Tapi Ibu Ini Berjaya Melahirkan Bayi Ajaib!

Stories Rakan Kongsi
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Bersyukur Dapat Mandikan Anak Buat Pertama Dan Terakhir Kali, Ibu Ini Berkongsi Kisah Kandungkan Anak Jantung Berlubang
Kongsikan:
  • Baru Nak Masuk 5 Bulan, Bayi Ini Meninggal Dunia Akibat Batuk Kahak Dan Demam Selepas Pulang Dari Bazaar

    Baru Nak Masuk 5 Bulan, Bayi Ini Meninggal Dunia Akibat Batuk Kahak Dan Demam Selepas Pulang Dari Bazaar

  • Sangat Kejam! Kanak-kanak Berusia 2 Tahun Jadi Mangsa Penderaan Oleh Kekasih Ibunya, Hanya Kerana Bising

    Sangat Kejam! Kanak-kanak Berusia 2 Tahun Jadi Mangsa Penderaan Oleh Kekasih Ibunya, Hanya Kerana Bising

  • Resepi Sizzling Yee Mee Yang Mudah Dan Boleh Dicuba, Kini Dah Boleh Makan Macam Di Food Court!

    Resepi Sizzling Yee Mee Yang Mudah Dan Boleh Dicuba, Kini Dah Boleh Makan Macam Di Food Court!

  • Baru Nak Masuk 5 Bulan, Bayi Ini Meninggal Dunia Akibat Batuk Kahak Dan Demam Selepas Pulang Dari Bazaar

    Baru Nak Masuk 5 Bulan, Bayi Ini Meninggal Dunia Akibat Batuk Kahak Dan Demam Selepas Pulang Dari Bazaar

  • Sangat Kejam! Kanak-kanak Berusia 2 Tahun Jadi Mangsa Penderaan Oleh Kekasih Ibunya, Hanya Kerana Bising

    Sangat Kejam! Kanak-kanak Berusia 2 Tahun Jadi Mangsa Penderaan Oleh Kekasih Ibunya, Hanya Kerana Bising

  • Resepi Sizzling Yee Mee Yang Mudah Dan Boleh Dicuba, Kini Dah Boleh Makan Macam Di Food Court!

    Resepi Sizzling Yee Mee Yang Mudah Dan Boleh Dicuba, Kini Dah Boleh Makan Macam Di Food Court!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.