Rezeki Dapat Triplet Seiras, Ibu Kongsi Cara Urus & Bezakan Bayi Kembar Tiganya Yang Lucu

Bayi kembar lucu dan seiras ini menjadi viral apabila ibu ayahnya kerap berkongsi video mengenai karenah mereka di media sosial

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kehadiran cahaya mata menjadi pelengkap dalam hubungan suami isteri. Jika  seorang bayi sudah bahagia tidak terkata, apatah lagi dikurniakan bayi kembar lucu perempuan seramai tiga orang serentak.

Pasti pada mulanya ibu ayah agak kekok bila bab menguruskannya. Yelah, bukan mudah untuk menjaga tiga bayi dalam satu masa. Kena sama-sama kuatkan fizikal dan juga mental.

Bayi kembar lucu triplet, seorang sengaja buat-buat menangis untuk kejutkan dua bayi yang lain

Sudah menjadi kebiasaan jika ibu ayah perlu berjaga malam melayan karenah bayi baru lahir.

Seorang ibu, Akma Syafira tidak ketinggalan merakam setiap momen dan gelagat bayi kembar perempuan lucu sejak dari lahir sehinggalah proses menguruskan mereka untuk dikongsi bersama rakan-rakan di media sosial.

Ini Nelda, dia akan mula menangis. Yang lain yang terkejut akan mula terjaga.

Naida dah start follow Nelda menangis. Bila semua menangis, dia akan pura-pura tidur.

@akmasyafira
Punca mama&papa menangis malam malam 😅 #triplets ♬ original sound – Mama Triplet ❤️ – Mama Triplet ❤️

Cara nak bezakan muka bayi kembar tiga yang seiras

Memandangkan ramai yang bertanya bagaimana cara untuk bezakan tiga orang bayi kembar, sebagai ayah, dia juga mengakui bahawa agak sukar untuk menjelaskannya.

Kembar seiras, satu uri dan tiga kantung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau tengok betul-betul Nelly memang sedikit berbeza mukanya. Manakala Nelda dan Naida memang sama. Muka Nelly paling bulat sekali, muka Nelda bulat juga tapi sikit kecil dari Nelly. Muka Naida macam lonjong sikit.

Manakala dari segi rambut, Nelly memiliki rambut yang paling tebal. Sementara Nelda dan Naida rambut mereka sama banyak.

Sebab Nelda dan Naida macam sama betul muka mereka, kami sebagai ibu ayah pun selalu keliru juga.

Tapi masih ada beza juga antara dua bayi ini. Nelda miliki pipi yang agak tembam dan pipi Naida macam sedikit kecil.

Nelly dia ada lesung pipit di bahagian kiri dan kanan. Yang lain tiada. Kalau tengok dari tepi pun, dah nampak beza sikit muka Nelly berbanding Nelda dan Naida.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bibir, hidung dan mata mereka semuanya sama. Dagu ada beza. Tapi tak tahu macam mana nak terangkan.

Beza yang lain kening mereka. Nelda dan Naida miliki kening yang terletak elok. Nelly pula keningnya tebal sedikit.

Dari segi warna kulit bayi pula, Nelly dia gelap sedikit sebab masa dalam NICU dia pakai lampu kuning. Yang paling cerah sekali adalah Nelda. Naida dia cerah juga, tapi kurang sikit dari Nelda.

Lepas ni dah nak cukur rambut mereka. Sementara ada rambut ni, bolehlah kami buat video kenang-kenangan dulu. Lepas ni mungkin lagi susah nak bezakan mereka kot.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perbezaan bayi kembar perempuan melalui bunyi tangisan

Selain itu, ibu kepada bayi kembar perempuan yang lucu ini turut berkongsikan suara bayinya yang manakah paling kuat kedengaran apabila menangis.

Jawapannya, Nelly. Suara dia paling nyaring dan boleh bergegar rumah kalau menangis. Nelda pun menangis nyaring juga dan Naida pula, bila menangis bunyinya lembut sahaja.

Beginilah keadaannya apabila ketiga-tiga bayi kembar kami menangis serentak. 

@akmasyafira
Macam ni lah rupa kalau dorang menangis serentak. 😄 #triplets ♬ original sound – Mama Triplet ❤️ – Mama Triplet ❤️

Dalam perkongsian yang terbaharu, dia dan suami akan mencukur rambut bayi kembar seiras mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walau bagaimanapun sebagai langkah berjaga-jaga dan takut tertukar, dia membuat keputusan untuk memakaikan gelang kaki dengan warna berbeza terlebih dahulu sebelum mencukur kepala hingga botak.

Naida dipakaikan gelang berwarna merah, Nelda pula warna hitam dan Naida warna hijau.

Selepas siap bercukur, dia mengatkan bayi tripletnya semakin comel dan berteka-teki adakah selepas ini dapat mengecam ketiga-tiga anak ataupun tidak.

Kami mendoakan agar pasangan ini dimudahkan urusan mereka untuk menjaga amanah daripada Yang Maha Esa dan menjadi ibu ayah yang terbaik. Insyaallah!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Perempuan Mengandung Dua Bayi Serentak, Tapi Bukan Kembar Walaupun Wajah Seiras

Baca juga:  Pengalaman TTC & Sabar Selama 7 Tahun, Akhirnya Allah Hadiahkan Sepasang Kembar

Baca juga: Ambil Susu & Baring, Ibu Hebat Ini Berjaya Melatih Bayi Kembar Tiga Behave Ketika Menyusu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan